Oleh Rohaniza Idris, roha@bharian.com.my
Tarikh: 2011/04/17
Model ceria pada harga serendah RM1,800 paling popular di D'reebu Sdn Bhd
ASYIK rasanya jika dapat bersantai bersama keluarga di laman kediaman pada waktu senggang dan hujung minggu. Lebih menarik jika ada perabot laman yang boleh disesuaikan dengan keperluan penghuni selain saiz dan konsep laman yang ada.
Jika dulu, kemewahan menikmati kemudahan di chalet itu hanya wujud dalam bentuk kenangan indah percutian, tetapi kini jelmaan pondok dan chalet itu mampu direalisasikan di depan mata. Malah penggunaan perabot laman kayu seperti pondok dan chalet kini semakin popular kerana saiznya yang boleh disesuaikan dengan laman berkeluasan terhad mahu pun yang luas.
Biarpun diakui kemampuan memiliki produk kayu ini lebih memihak kepada golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga tidak terkecuali jika tahu lubuk atau pilihannya.
Ini kerana, produk keluaran D’reebu Sdn Bhd (D’reebu) yang beroperasi di Sungai Buloh, Selangor turut memasarkan produk dalam pelbagai harga yang mampu milik dan kompetetif.
Pengurus D'Reebu Sdn Bhd, Alias Mohd Desa berkata, syarikatnya menjual pondok dengan harga serendah RM1,800 seunit dikenali sebagai pondok ceria dengan ukuran 5 meter X 5 meter.
“Jualan pondok ini sangat menggalakkan. Selain itu, kami menjual pondok santai yang
ukurannya lebih besar sedikit daripada pondok ceria tetapi berbaloi dimiliki. Selain itu, chalet yang kecil dan comel turut mendapat sambutan.
“Chalet adalah pondok yang bertapa dan berdinding, manakala pondok tidak mempunyai dinding, terbuka dan beratap. Saiznya yang kecil menyebabkan ramai yang mahu memilikinya.
Katanya, kebanyakan pondok dan chalet yang dihasilkan tampil ringkas tanpa sebarang ukiran kerana ia dapat disesuaikan dengan apa juga jenis kediaman atau konsep laman, daripada tradisional, kontemporari hingga yang moden.
“Saya akui pondok atau chalet dengan ukiran nampak lebih eksklusif kerana mempunyai ciri nilai tradisional Melayu. Bagi pondok dan chalet tanpa sebarang ukiran, ia tetap menarik dan harganya jauh lebih murah walaupun kayu yang digunakan masih sama iaitu meranti, cengal dan balau,” katanya.
Beliau turut memberitahu ciri ringkas tetapi menarik menjadi kelebihan pondok dan chalet kerana ia tidak lapuk di zaman dan tidak jemu dipandang.
“Jika pelanggan meminta pandangan saya, saya cadangkan pilih saja pondok kecil dan chalet yang tidak sarat dengan ukiran dan berkerawang kerana ia sesuai dengan apa juga jenis kediaman dan tidak jemu dipandang selain harganya jauh lebih murah. Namun, kami menerima tempahan untuk apa juga jenis pondok dan chalet yang diinginkan termasuk mempunyai ukiran tembok tebus atau bunga timbul mengikuti cita rasa pelanggan,” katanya.
Kebanyakan perabot laman yang dihasilkan di D’reebu menggunakan pasak dan tanggam kayu manakala penggunaan paku atau skru disorok supaya ciri kekuatan kayu diperlihatkan.
Satu yang menarik, pelanggan boleh memilih mana-mana pondok mengikut cita rasa masing-masing kerana lebih 28 reka bentuk pondok dijual dengan pelbagai jenis atap pilihan. Bagi chalet, enam reka b bentuk boleh dipilih.
Selain menggunakan atap genting, atap polikarbonat, kanvas, kain, papan dan singler turut dipasarkan manakala atap lalang atau rumbia dibuat berdasarkan permintaan dan tempahan pelanggan.
Selain itu, D’reebu juga menerima tempahan dan menjual produk kayu lain termasuk stor mudah alih, buaian, pergola, pagar kayu, sengkuap (awning) kayu, chalet, rumah kayu dan terkini kolam kayu yang boleh dipasang untuk dalam dan luar kediaman.
Kolam kayu itu menggunakan kanvas dan plastik bermutu tinggi yang kalis kebocoran sebagai kolam menadah air. Didatangkan dengan dek kayu di sekelilingnya, manakala ruang air terjun turut dipasang. Kolam berkenaan juga boleh ditempah mengikut cita rasa pelanggan.
INFO: D’reebu Sdn Bhd
# Ditubuhkan pada 2007 dan perniagaan utama adalah membuat dan memasarkan perabot laman.
# Operasi utama membuat dan memasarkan perabot taman seperti pondok, pergola dan gazebo.
# Beroperasi di Kampung Merbau Sempak, Jalan kepong- Kuala Selangor, Sungai Buloh, Selangor.
# Pernah mengikuti rombongan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia ( MTIB ) ke pameran perabot di Cologne, Jerman, pada Ogos 2008.
# Menyertai pameran perabot bersama Malaysian Timber Council ( MTC ) ke Pameran di Warsaw, Poland, selama 1 tahun pada 2009.
Menarik mengenai ukiran kayu:
# Ukiran kayu atau di seni ukir adalah cabang seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
# Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.
# Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dulu negeri berkenaan di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
Bentuk ukiran:
Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
Larik
Melarik adalah satu cara orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.
Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
Source: Berita Minggu Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 17 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
1 ulasan:
Assalamualaikum Tuan, Saya suka dengan Gazebo dan Dangau comel yang Tuan postkan di sini. Maklumat yang diberikan amat berguna kepada mereka yang mencari info tentang gazebo laman, wakaf kayu dan yang berkaitan di sini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Saya juga ada menulis berkaitan dengan Gazebo di Malaysia iaitu di Terengganu. Tq.
Catat Ulasan