450 ke Mekah
Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA, utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 26 Mei - Seramai 450 jemaah yang berangkat
ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah awal pagi ini menjadi kumpulan
penumpang pertama yang menggunakan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan
Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Jeddah.
Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 350 itu berlepas dari
LTSM kira-kira pukul 3.50 pagi.
Hadir menyaksikan pelepasan jemaah umrah itu ialah Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan
negeri, Khazan Che Mat.
Penerbangan itu susulan daripada termeterainya memorandum
persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan Saudi
Arabian Airlines bagi meningkatkan pengendalian urusan umrah dan haji secara
terus dari sini pada 19 April lalu.
Kerjasama strategik itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai hab umrah dan haji di Pantai Timur dengan kemudahan lebih luas untuk rakyat menunaikan ibadat itu.
Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan