2012/05/12
Tan Sri Arshad Ayub.
KUALA
LUMPUR: Tan Sri Arshad Ayub dan Khalidah Adibah Amin dianugerahkan Tokoh Melayu
Terbilang UMNO 2012 pada sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional
Bukit Jalil malam tadi.
Anugerah
itu, yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga
Presiden UMNO, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara dan parti.
Arshad, 84,
yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), terharu dan bersyukur
menerima anugerah itu.
Beliau
berharap orang Melayu tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit kerana UMNO
sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan rakyat dan negara.
"Sehingga
hari ini, saya belum jumpa bukti parti Melayu lain yang boleh menerajui negara
seperti UMNO," katanya ketika ditemui pemberita.
Arshad masih
aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan,
dan antara pelopor dalam pembangunan UiTM serta menjadi pengarah pertamanya
pada 1967 hingga 1975.
Adibah Amin
Khalidah Adibah,
76, pula diiktiraf Tokoh Melayu Terbilang UMNO kerana sumbangan beliau terhadap
ketamadunan ilmu persuratan, kesusasteraan dan bahasa.
Anak kepada
pejuang kemerdekaan Tan Sri Zainon Sulaiman atau Ibu Zain itu amat prihatin
dalam mengangkat latar hidup masyarakat ke dunia penulisan. – BERNAMA.
Sumber:
Berita Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan