TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 30 April 2012

Medinilla beamanii Tumbuhan Asli Sabah dan Sarawak


إدريس   تالو
Idris  Talu

Medinilla beamanii di Taman Botanikal Gunung Kinabalu, Sabah.
Medinilla beamanii  ini merupakan tumbuhan asli pulau Borneo (yang termasuk di dalamnya Sarawak dan Sabah).

Semasa melihat  tumbuhan ini kali pertama dahulu di Taman Penyelidikan MARDI Cameron Highlands, saya menyangka ianya tumbuhan import dari luar negara. Tidak menyangka ianya merupakan tumbuhan asli dari negara sendiri.


 

Semasa melakukan lawatan ke Sabah tidak lama dahulu, di sepanjang jalan di kawasan Ranau, Kundasang serta di Taman Botanikal Gunung Kinabalu, saya lihat tumbuhan  medinilla ini tumbuh subur secara semulajadi – di tepi jalan, di dalam semak dan di tepi sungai.


Kerajaan Malaysia umumkan gaji minimum sektor swatsa RM900



PUTRAJAYA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan. – UTUSAN

Kebanjiran artis luar negara perlu dikawal - Zed Zaidi

Zed Zaidi

KUALA LUMPUR: Kebanjiran artis luar yang mencari nafkah dalam industri hiburan tempatan kini pada tahap yang serius dan memerlukan kawalan menyeluruh, kata Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.

Beliau berkata, langkah tersebut penting memandangkan kegagalan pihak berwajib untuk berbuat demikian boleh menyebabkan industri hiburan negara ini satu hari nanti menjadi milik artis-artis luar.

Menurut Zed, pendirian tersebut tidak bermakna beliau menentang keras kemasukan artis luar ke dalam industri hiburan tanah air tetapi kemasukan mereka (artis-artis luar) perlu dikawal.

"Tidak dinafikan kemasukan artis-artis luar ke negara kita bukan sahaja banyak membantu merancakkan industri hiburan tanah air bahkan juga menggalakkan persaingan antara artis luar dan tempatan. Persaingan sememangnya bagus.

"Cumanya, jika trend kemasukan mereka tidak dikawal melalui persatuan, apakah akan terjadi kepada industri hiburan tanah air kita dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang? Bagaimana pula dengan nasib artis-artis tempatan negara yang ingin mencari sesuap nasi di buminya sendiri?" kata beliau dalam program "Dalam Radar", terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zed turut melahirkan rasa kecewanya dengan aspek pengawalan kemasukan artis-artis luar ke dalam industri hiburan tanah air ketika ini, yang dilihatnya cukup longgar.

Katanya, keadaan sedemikian pula jarang berlaku di negara-negara lain kerana mereka telah melakukan pengawalan yang ketat terhadap kemasukan artis-artis luar.

Malaysia, tegasnya, turut mempunyai peraturan berkenaan namun ia tidak ditekankan secara menyeluruh.

Zed turut menyelar segelintir pihak yang cenderung mengagung-agungkan artis-artis luar dalam produksi mereka dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu cara untuk meraih keuntungan dan kepentingan diri mereka sendiri.

"Malaysia memiliki penggiat seni yang hebat. Kenapa artis-artis tempatan tidak diangkat hinggakan perlu menggunakan artis-artis luar? Hakikatnya, kita mempunyai bakat yang cukup profesional dan bertaraf antarabangsa," katanya. – BERNAMA

Ahad, 29 April 2012

Rakyat dipelawa sertai Dialog Nasional Pendidikan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
PUTRAJAYA 29 April - Kerajaan mempelawa semua lapisan masyarakat untuk menyampaikan pandangan dan suara hati melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 bagi memartabatkan sistem pendidikan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain sesi dialog, rakyat juga boleh menyalurkan pandangan mereka melalui twitter, facebook dan laman sesawang kajian semula pendidikan bermula hari ini sehingga pertengahan Julai nanti.

"Siri dialog ini adalah satu inisiatif yang bersejarah kerana buat pertama kali kerajaan mempelawa pandangan masyarakat umum dalam skala yang besar untuk bersama-sama merangka pelan pembangunan pendidikan negara ketika kita sedang melangkah memasuki fasa baru transformasi," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika melancarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, Ketua Setiausaha Datuk Dr Rosli Mohamed, Ketua Pengarah Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud dan Pengerusi Panel Penilaian Bebas Kajian Semula Pendidikan Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Muhyiddin berkata satu laporan awal disediakan selepas kajian itu dilakukan dan rakyat sekali lagi dipelawa untuk memberikan pandangan mereka sebelum dokumen Pelan Hala Tuju Pendidikan Negara dimuktamadkan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa siri dialog tersebut bukan medan untuk mengutarakan tuntutan melampau yang bercanggah dengan perkara-perkara asas yang termaktub dalam perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara.

Jelasnya, siri dialog itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti semua sekolah termasuk sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan Cina/Tamil, mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan.

"Jangan ada pihak yang merasakan hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang akan menerima manfaat daripada kajian semula pendidikan ini, manakala sekolah-sekolah yang lain pula terabai," katanya. – BERNAMA

 

Penerimaan Sijil Di OUM


إدريس اسماعیل  تالو
Idris Ismail Talu

Penulis sedang menerima sijil dari Prof. Ir Dr. Rosli di OUM Seberang Jaya.
Terima kasih Prof. Foto ihsan Dr. Richard Ng.



40,000 peluang kerja di Pengerang, Johor


Oleh HAMDAN TAWADI, utusanjohor@utusan.com.my

KLUANG 28 April - Lebih 40,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi pembangunan hab industri minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, kekosongan itu meliputi tenaga kerja semasa pembinaan loji bagi golongan pekerja mahir, separuh mahir dan bukan mahir.

"Pembangunan hab itu juga menawarkan 4,000 kekosongan jawatan secara tetap semasa peringkat operasi," katanya semasa merasmikan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2012 peringkat daerah Kluang, di sini semalam.

Kepak yang diadakan selama tiga hari bermula semalam di Kluang Walk@Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan bertujuan mendedah dan memadankan kumpulan sasar dengan peluang kerjaya setempat di negeri ini dan di Iskandar Malaysia.

Ia juga bertujuan menawarkan peluang penjanaan pendapatan menerusi perniagaan kecil dan sederhana serta peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Program itu dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Johor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Iskandar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Skills Malaysia dan JobsMalaysia.

Rakan strategik yang turut menjayakan karnival itu ialah Johor Corporation (JCorp), Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam, Petronas, Puspatri, KPJ Health Care, KFC Holdings (Malaysia) Bhd., Kulim (Malaysia) Bhd. dan Pelabuhan Tanjung Langsat.

Md. Jais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota berkata, kemajuan negeri ini telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan antara buktinya adalah kira-kira 19,000 jawatan ditawarkan oleh majikan di Iskandar Malaysia termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi meliputi semua peringkat dan sektor ekonomi.

Justeru itu, beliau berharap masyarakat setempat khususnya golongan belia, lepasan sekolah, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan, pencari kerja, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal memanfaatkan sepenuhnya Kepak di daerah ini.

Mengenai bidang perniagaan, orang ramai boleh mengunjungi gerai Mara yang memberi fokus kepada program pembangunan usahawan secara menyeluruh serta menjadi pusat sehenti untuk usahawan bumiputera, jelasnya.

Beliau berkata, bagi yang berminat dengan bidang kemahiran boleh mengunjungi gerai Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (Puspatri) selain melanjutkan pengajian di KFCH International College dan KPJ International & Health Sciences.


Sabtu, 28 April 2012

Ada pihak di seberang tolak konsep rumpun Melayu


Untung Sambut Timbul oleh Zin Mahmud.

TIDAK lama dahulu, akhbar Kompas, Indonesia menyiarkan laporan ini:

"Anggapan yang salah jika dikatakan Indonesia merupakan bangsa serumpun dengan Malaysia. Indonesia lebih hebat dan lebih beragam dibandingkan Malaysia.

"Kalau disebut bangsa serumpun, identik dengan Melayu saja, sedangkan suku bangsa, bahasa, dan budaya suku lain dinihilkan (ditiadakan).

"Serumpun apanya? Dalam bidang suku dan budaya, Malaysia tidak ada kaitannya sama sekali dengan budaya Papua, Flores, maupun budaya lainnya yang ada di Indonesia. Indonesia lebih luas, hebat, dan beragam!" kata sejarawan Dr Anhar Gonggong dalam Seminar "Cross Cultural Fertilization: Sebuah Strategi Kebudayaan" yang berlangsung di Universitas Paramadina Jakarta,."

Saya tertarik dengan laporan ini kerana ia menunjukkan bahawa gagasan rumpun Melayu antara Malaysia dan Indonesia rupanya ditolak oleh pihak-pihak tertentu di Indonesia.

Bacaan selanjutnya dalam akhbar Mingguan Malaysia 29 April 2012.

Jumaat, 27 April 2012

Sempena Tahun Melawat Perak 2012 – Teluk Batik dan Pulau Pangkor


إدريس اسماعیل  تالو
Idris Ismail Talu

 Pulau Pangkor dilihat dari Teluk batik.







CLICK NOW

Tajuk Kegemaran