KUALA LUMPUR 27 Feb. 2014.
Malaysia mencatatkan RM65.44 bilion bagi perbelanjaan oleh pelancong asing pada
2013 berbanding RM60.56 bilion pada 2012.
Menteri Pelancongan, Datuk
Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, peningkatan sebanyak 8.1 peratus itu sejajar
dengan objektif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Pelan Transformasi
Pelancongan Malaysia (MTTP) untuk meningkatkan perbelanjaan setiap seorang pelancong
asing ke negara ini.
"Aktiviti membeli-belah
merupakan komponen kedua terbesar yang merangkumi 30.2 peratus daripada jumlah
keseluruhan perbelanjaan pelancong pada 2013," katanya ketika merasmikan
Hari Kraf Kebangsaan 2014 oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor, di sini hari ini. -
Sumber: UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140227/dn_26/Perbelanjaan-pelancong-asing-meningkat#ixzz2uVJfazEc
© Utusan Melayu (M) Bhd