Buah malinjo ini penulis temui di Pekan Sari Changkat Jering tidak berapa lama dahulu. Buah ini biasanya dibuat masak lemak kuning bersama ikan sungai. Ada juga yang suka dimasak asam pedas dengan ikan pari atau ikan patin - terpulang kepada selera masing-masing.
Buah malinjo ini juga biasa dibuat keropok malinjo.
Buah belimbing besi jenis madu ini sesuai dimakan segar atau dibuat jus. Ada yang suka mencampurkannya dengan air dan isi kelapa muda atau kelapa pandan yang wangi. Dikatakan banyak mengandungi zat besi, sesuai untuk minuman untuk berbuka puasa.
Buah nenas atau naneh ini juga sesuai dimakan segar. Ramai juga yang meminati jus nenas bersama agar-agar, atau isi kelapa muda.
Buah putat pula, amat enak dibuat ulam dikawankan dengan sambal kelapa parut dimakan bersama nasi putih yang masih panas.
Satu lagi jenis ulaman yang digemari pelbagai etnik yang menjadi penduduk negeri Perak ialah buah petai ini.