TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 30 Jun 2012

Lembah Lenggong Diiktiraf UNESCO


إدريس تالو
Idris Talu
 Lembah Lenggong

Kerja penyelidikan di Lembah Lenggong.


Kawasan-kawasan tertentu di Iran, Malaysia, Kanada, Slovenia, Sepanyol, Jerman, Portugal, dan Perancis telah dimasukkan ke dalam senarai “UNESCO’s World Heritage”.

Jawatankuasa “UNESCO’s World Heritage” yang telah bersidang pada petang Sabtu 30 Jun 2012, telah memasukkan kawasan-kawasan berikut ke dalam senarai “UNESCO’s World Heritage”.

Kawasan atau lokasi yang dimaksudkan ialah:-

1.        Gonbad-e Qābus (Iran),
2.       Archaelogical Heritage of the Lenggong Valley (Malaysia),
3.       The Landscape of Grand Pré (Kanada);
4.       Heritage of Mercury (Almadén and Idrija (Slovenia/Sepanyol);
5.       Margravial Opera House Bayreuth (Jerman);
6.        Garrison Border Town of Elvas and its Fortifications (Portugal); dan
7.       Nord-Pas de Calais Mining Basin (Perancis).

Berita selanjutnya boleh dibaca di “UNESCO’s World Heritage

Apa lagi warisan Indonesia?


Siti Jarum

Ada orang cadangkan supaya kita mewartakan bahasa Melayu warisan Malaysia. Kalau lambat nanti ada pula orang yang mendakwa bahasa Melayu warisan mereka. Mereka itu maksudnya Indonesialah yang tak ada kerja lain. Asyik nak cari pasal dengan jiran saja.

Walaupun cadangan itu nampak lucu, tapi sikap kebudak-budakan sesetengah pihak di Indonesia terutama NGO yang tidak berapa cerdik, perkara ini bukan mustahil berlaku. Bayangkan kalau Indonesia kata bahasa Melayu itu warisan mereka dan kita sudah martabatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan.

Sebelum ini pun bukan ada isu tapi Indonesia mendakwa itu dan ini semuanya milik mereka. Kalau bahasa Melayu dikatakan warisan Indonesia, kita pula kena cakap bahasa Belanda yang pernah menjajah Indonesia.

Siti bimbang kes seperti ini berlaku lagi pada masa depan. Ini kerana di sana ada terutama media suka menjadi batu api menyebarkan maklumat yang kabur tentang sesuatu isu. Kalau media di sana profesional macam di Malaysia, kontroversi begini tidak berlaku.

Untuk mengetahui tulisan selanjutnya, sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Ahad 01 July 2012.

Tahun Melawat Perak 2012 - Tempat-Tempat Menarik Di Ipoh


إدريس تالو
Idris Talu

 Sempena kempen Tahun Melawat Perak 2012, tempat-tempat terkenal dan bersejarah yang terdapat di bandar Ipoh, yang patut kita ketahui ialah:-

 Masjid Panglima Bukit Gantang, Ipoh.


Pusat Islam, Ipoh.


Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.


 Kelly Castle, Batu Gajah.

Jumaat, 29 Jun 2012

Denda, penjara jika gagal pamer sijil halal JAKIM/MAIN mulai Ahad ini


KUALA LUMPUR: Pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata mulai tarikh itu, pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

"Memandangkan tempoh amaran akan berakhir esok, maka mulai Ahad ini Jakim tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis makanan yang tidak menggunakan logo halal Jakim atau MAIN," katanya.

Othman mengingatkan pengusaha premis makanan bahawa penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti 'ditanggung halal', 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Jakim sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan logo dan ungkapan halal.

"Jakim juga mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis makanan supaya lebih bersedia dan peka dengan perintah berkenaan dari semasa ke semasa," katanya. – BERNAMA

Maklumat Sijil Halal JAKIM Terkini


Tahukah kita bahawa pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sentiasa mengemaskini maklumat persijilan terbaru bagi premis / syarikat yang memiliki sijil halal daripada JAKIM.

Usaha ini dilaksanakan untuk memudahkan pengguna-pengguna mengetahui maklumat terkini mengenai persijilan halal yang telah JAKIM luluskan.

 Maklumat itu juga mengandungi maklumat tempoh persijilan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat dan bila sijil tersebut harus diperbaharui oleh pihak berkenaan sekiranya tempoh yang diberikan telah tamat.

Untuk mengetahui senarai syarikat yang baru menerima / memperbaharui sijil halal yang diiktiraf, anda boleh melayari sesawang ini:-

Dasar Bahasa Kebangsaan terus dipertahan

Tan Sri Muhyiddin Yassin


KUALA LUMPUR 28 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri mahu semua rakyat Malaysia bersama-sama bertanggungjawab memperkasa kedudukan, fungsi serta penggunaan bahasa itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan tegas dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kita akan memastikan ia terus menjadi bahasa pengantar utama, bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran.

"Saya sebenarnya amat yakin melalui penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan, rakyat bukan sahaja dapat menguasai bahasa dengan lebih baik malah mereka juga akan lebih menghayati nilai-nilai perpaduan dan jati diri nasional yang ingin diterapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan dan Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.

Pada majlis itu, memorandum hala tuju pendidikan kebangsaan daripada 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam rangka Kajian Semula Dasar Pendidikan Negara turut diserahkan kepada Muhyiddin.

Beliau berharap setiap rakyat Malaysia mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik dan menghormati penggunaannya di jabatan-jabatan kerajaan, sektor awam dan di tempat-tempat awam.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, peradaban Malaysia moden mestilah bertunjangkan kepada pendidikan dan pembinaan bahasa serta kesusasteraan kebangsaan yang dipelajari bersama bidang-bidang lain seperti sains, teknologi, ekonomi dan sosial.

"Ini penting kerana peradaban bukan sahaja bermakna kemajuan material sesebuah bangsa tetapi juga kehalusan budi pekerti iaitu pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan sama ada dalam bidang sains, teknologi, kesenian atau kesusasteraan," katanya.

Berhubung kedudukan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara, beliau berkata, usaha untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa itu di kalangan para pelajar akan diteruskan.

"Justeru, Kementerian Pelajaran akan terus melaksanakan Dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan serta meningkatkan kebolehan berbahasa Inggeris di kalangan pelajar," katanya.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut menyentuh mengenai usaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama DBP mengadakan audit bahasa Melayu terhadap semua jabatan kerajaan mulai tahun depan.

"Projek rintis audit bahasa Melayu akan diadakan di DBP mulai Julai hingga Ogos depan dan seterusnya atas permintaan JPA, audit bahasa Melayu akan diadakan di beberapa bahagian yang terpilih di jabatan itu mulai Disember tahun ini," katanya lagi.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan mewujudkan Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan bagi menghargai usaha pihak berkuasa tempatan pada tahun depan.

Kota Gelanggi, Jerantut Pahang Darul Makmur.


إدريس تالو
Idris Talu

 Jalan masuk ke kawasan gua Kota Gelanggi.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku


Pejabat Taman Kota Gelanggi.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

Kawasan meletak kereta
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

 Kawasan gua Kota Gelanggi
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

 Gerbang alam ciptaan Allah
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai.

Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu. Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.

Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan Melaka pada abad ke-15. Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini.

Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik.

Anak Raja Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja Usul. Anak Raja Mambang mati dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul berkahwin dengan Puteri Gelangi.




 Keindahan alam di kawasan gua.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

 Gua Tongkat
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

Jalan sekitar kawasan  gua Kota Gelanggi.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku

Keindahan gua-gua di Kota Gelanggi
 Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku


Khamis, 28 Jun 2012

Rebung Buluh Madu


إدريس تالو
Idris Talu

 Benih Buluh Madu
siap untuk ditanam di kebun.

Rebung buluh madu segar.

Rebung buluh madu yang belum dibersihkan.


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran