TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 29 Mac 2012

Bunga hiasan


إدريس اسماعیل
Idris Ismail Talu



Bunga ditanam dalam kulit siput – kreatif dan menarik.

Kementerian Dalam Negeri Malaysia haramkan tiga buku ajaran Syiah dari Indonesia

29/03/2012 10:00pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

KUALA LUMPUR 29 Mac – Tiga buah buku iaitu “Pengantar Ilmu-Ilmu Islam”, “Dialog Sunnah Syi’ah” dan “Tafsir Sufi Al-Fatihah” terbitan Indonesia yang menyebarkan fahaman Syiah diharamkan penjualannya kerana bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku tulisan Murtadha Muthahhari, A Syarafuddin Al-Musawi dan Jalaludin Rakhmat itu, awal bulan ini.

Beliau berkata, buku-buku itu akan dibawa kepada Seksyen Kawalan Media Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dirujuk ke mesyuarat jawatankuasa berkaitan sebelum diserahkan kepada KDN untuk diwartakan.

"Kerajaan serius membendung penyebaran ajaran Syiah yang mana pada tahun lepas pihak berkuasa turut memberkas empat pengikut ajaran itu yang menganjurkan sambutan hari lahir Fatimah al-Zahra,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius berhubung penyebaran ajaran berkenaan di mana pada 25 Ogos tahun lepas Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah merampas 35,000 buku dan risalah mengenainya yang diharamkan KDN setelah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, yang dipercayai menjadi markas penganut fahaman itu. – BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Rabu, 28 Mac 2012

Hari jadi Iris.

إدريس اسماعیل
Idris Ismail Talu

Semalam, penulis bersama keluarga menyambut hari jadi salah seorang cucu kami, Iris.



Penyangkut songkok atau baju di rumah orang Melayu di masa dulu-dulu.

إدريس اسماعیل
Idris Ismail Talu



Kursi Tun Hussien Onn sumber rujukan dasar luar

Tarikh siar: 2012/03/29


KUALA LUMPUR: Pewujudan Kursi Tun Hussien Onn oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dilihat mampu menjadi sumber rujukan penting dalam ilmu mengenai dasar luar negara serta berkaitan pengajian antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau percaya pelantikan Datuk Dr Muthiah Alagappa sebagai pemegang pertama kursi itu akan memberi keseragaman maklumat seperti penerbitan jurnal serta membangunkan satu ikatan khusus dalam landskap antarabangsa.

“Selepas hampir dua dekad pemergian Tun Hussien, kursi ini adalah sumbangan tidak ternilai kepada bidang pengajian antarabangsa dan menjadi usaha mengenal pasti sempadan untuk dikuasai serta berhubung pada masa depan.

“Bapa saya pasti bangga menjadi sebahagian daripada pencetus penganjuran kursi ini dan sudah semestinya ISIS yang sentiasa dekat dengan hati beliau,” katanya pada majlis pelancaran kursi berkenaan di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh adiknya, Datuk Haris Onn Hussien.

Kursi itu yang diwujudkan khas bagi memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussien Onn atas sumbangan beliau membentuk dasar luar negara sepanjang perkhidmatannya.

Turut hadir, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Pengerusi ISIS, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Pengerusi Yayasan Noah, Datin Paduka Dr Faridah Abdullah. Hadir sama isteri Allahyarham Hussien, Tun Suhaila Mohd Noah;
Sementara itu, Muthiah berkata, beliau berbesar hati dipilih memegang kursi yang dinamakan atas seorang negarawan yang banyak berkorban serta memberi sumbangan pada negara.

“Saya amat berharap dapat memberi sumbangan sebaik mungkin untuk dikongsikan bersama demi pembangunan negara, terutama dalam menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian antarabangsa kelak,” katanya.

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Keindahan Pinggiran Sungai Dinding di Lumut, Perak

Idris Ismail Talu



23 penuntut kita dapat biasiswa kerajaan Jepun

Mr. Shigeru Nakamura

KUALA LUMPUR 27 Mac - Sebanyak 23 penuntut Malaysia berjaya mengharungi dua peringkat pemilihan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Jepun bernilai RM4.5 juta bagi melanjutkan pengajian ke negara itu pada April ini.

Mereka merupakan 21 siswazah dan dua mahasiswa yang dipilih daripada 100 permohonan yang layak.

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, penuntut yang mengikuti pengajian ijazah pertama akan menerima RM256,800 seorang untuk tempoh lima tahun, manakala yang mengikuti ijazah lanjutan akan menerima RM188,280 untuk tempoh pengajian tiga tahun.

"Penuntut ijazah pertama akan menerima RM4,280 sebulan, sementara pemegang ijazah akan menerima RM5,230 sebulan dan kesemua mereka dikecualikan membayar yuran pengajian.

"Semua penuntut ini terpaksa mengharungi dua peringkat pemilihan iaitu menduduki ujian serta temuramah dan proses ini mengambil masa hampir 10 bulan," katanya pada majlis penganugerahan biasiswa berkenaan di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Pandangan Buya Hamka tentang sahabat

Berikut ialah kata-kata Almarhum Buya Hamka tentang sahabat.



Jika sahabat kita ketawa, sahabat itu hendaklah memberitahu kita kenapa dia ketawa.

Jika sahabat kita menangis, kita yang perlu selidiki kenapa dia menangis.

Banyakkan perpustakaan masjid

Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my


Datuk Seri Jamil Khir Baharom

GOMBAK 27 Mac - Kerajaan berhasrat mewujudkan lebih banyak masjid dilengkapi kemudahan perpustakaan bagi menggalakkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu juga bertujuan mengembalikan semula fungsi sebenar masjid yang lebih daripada sekadar tempat menunaikan ibadat khusus semata-mata.

"Kita mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri supaya melengkapkan beberapa buah masjid yang terdapat di negara ini dengan kemudahan perpustakaan untuk kegunaan jemaah.

"Perpustakaan yang dibina di masjid itu juga perlulah lengkap dengan buku-buku mempunyai pelbagai judul dan genre bagi menarik perhatian generasi muda," katanya pada sidang akhbar di Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan 2012 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Sabtu, 24 Mac 2012

68 jemaah umrah terkandas di Jeddah

KUALA LUMPUR 23 Mac -Seramai 68 jemaah umrah Malaysia yang sepatutnya berlepas pulang ke tanah air pada 18 Mac lalu dari Jeddah terkandas apabila kakitangan syarikat penerbangan Kuwait Airways mengadakan mogok selama dua hari.

Pengarah Urusan, MR Travel And Services Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai ketua rombongan jemaah berkenaan, Mohamed Roslee Abu Kasim berkata, sepatutnya jemaah terbabit pulang ke tanah air pada pukul 5.10 petang pada tarikh berkenaan menerusi laluan Kuwait ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata beliau, pada hari berkenaan mereka dimaklumkan bahawa penerbangan dibatalkan berikutan semua pekerja Kuwait Airways sedang mogok ketika itu.

Menurutnya, syarikat penerbangan tersebut kemudiannya bersetuju membiayai penginapan dan makan minum jemaah umrah di Hotel Trident, Jeddah sehingga tiba waktu mereka boleh pulang.

"Dua hari kemudian mogok itu berakhir tetapi jemaah umrah Malaysia kumpulan kami masih tidak boleh berlepas ke Kuala Lumpur kerana tiada kekosongan pesawat," katanya.

Mohamed Roslee berkata, beliau kemudian menghubungi Timbalan Konsul Malaysia di Jeddah dikenali sebagai Suffian dan Setiausaha 3 Kedutaan Malaysia di Kuwait, Nor Faizi untuk meminta bantuan.

Menurutnya, Nor Faizi memaklumkan bahawa Kuwait Airways memberitahunya bahawa tidak ada penerbangan ke Malaysia setakat ini dan syarikat penerbangan itu juga gagal memberi sebarang jaminan tarikh berlepas yang baru kerana semua penerbangan ke Kuala Lumpur penuh termasuk syarikat penerbangan lain.

Beliau berkata, syarikatnya mengendalikan 11 jemaah lelaki, 15 wanita, tujuh kanak-kanak perempuan dan enam kanak-kanak lelaki dan selebihnya dikendalikan ABIR Konsep Holiday.

Keseluruhannya ialah seramai 30 jemaah lelaki dan 38 perempuan termasuk 22 warga emas dan kanak-kanak.

Hari ini adalah hari kelima kumpulan jemaah Malaysia itu terkandas.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Pemergian Mazlan kehilangan besar dunia kewartawanan

23/03/2012 12:33pm

PETALING JAYA 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan.

Beliau berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh kerajaan dan rakyat.

"Minat Allahyarham dalam bidang penulisan (terlalu mendalam) saya difahamkan dalam saat-saat akhir beliau masih menulis.

"Ini menunjukkan semangat beliau untuk menulis dan membuat karya tidak pernah padam walaupun dalam masa persaraan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarham Mazlan di rumah anak perempuannya di Seksyen 16 di sini malam tadi.

"Allahyarham merupakan seorang tokoh dalam zaman ayahanda saya, bagi pihak diri saya, ia merupakan satu kehilangan peribadi,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 10 pagi ini. – BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Bunga Indah Di Cameron Highlands Juga

Idris Ismail Talu


http://idristalu.blogspot.com/

Bunga Indah Di Cameron Highlands

Idris Ismail Talu

Akhbar Melayu tetap relevan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL, pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 23 Mac – Akhbar berbahasa Melayu di negara ini masih relevan sebagai medium pengiklanan popular kerana ia mempunyai jumlah pembaca yang ramai.

Pensyarah Komunikasi Pemujukan dan Pengiklanan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, ini kerana akhbar berbahasa Melayu tidak mengalami kejatuhan edaran tetapi kekal konsisten biarpun ledakan teknologi mewujudkan media baru di Internet.

“Jumlah edaran akhbar berbahasa Melayu tetap meningkat dan ia berbeza dengan edaran akhbar berbahasa Inggeris yang mengalami kemerosotan.

“Pakar media yang lebih bersifat kebaratan pula hanya melihat akhbar bahasa Inggeris sebagai media pilihan kerana mereka tidak memahami kualiti, reputasi dan kandungan media akhbar bahasa Melayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohamad, keadaan itu menyebabkan syarikat milik kerajaan (GLC) yang menggunakan khidmat pakar media yang lebih mengutamakan akhbar berbahasa Inggeris mengiklankan perkhidmatan mereka dalam akhbar berkenaan.

“Sebenarnya, perkara ini bukan baru berlaku tetapi sudah lebih 10 tahun didebatkan dan sudah sampai masanya satu dasar pengiklanan media digubal mengikut kesesuaian keadilan sosial dan ekonomi,’’ katanya.

Firma penyelidikan, HLIB Research baru-baru ini mengumumkan, nilai keseluruhan pertumbuhan perbelanjaan iklan (Adex) negara ini berjumlah RM8.3 bilion dan akhbar masih menguasai sebahagian besar iaitu 53 peratus dengan akhbar berbahasa Inggeris mendominasi 40 peratus, bahasa Melayu 31 peratus dan bahasa Cina 29 peratus pasaran.

Menurut Mohamad, penguasaan akhbar bahasa Inggeris juga disebabkan oleh andaian kononnya akhbar itu lebih berpengaruh dan sudah cukup untuk menyasarkan penduduk dan rakyat negara ini.

“Sebenarnya, sasaran pasaran sesuatu produk atau perkhidmatan bukan sahaja bergantung pada faktor demografi tetapi juga berkait rapat dengan nilai, sikap dan cara hidup.

“Bagaimanapun GLC tidak seharusnya melihat akhbar Melayu sebagai medium pengiklanan yang kurang popular kerana pembacanya juga adalah ramai,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Jenazah Mazlan Nordin disemadikan di Bukit Kiara

23/03/2012 12:51pm

Foto - ihsan Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 23 Mac — Jenazah tokoh wartawan, Tan Sri Mazlan Nordin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pagi ini dengan dihadiri anggota keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan wartawan.

Turut hadir bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan, Mokhtar Hussain.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di rumah anak perempuannya di Seksyen 16 Petaling Jaya.

Mazlan, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 4.15 petang semalam. Allahyarham adalah bekas Pengerusi Bernama dan juga Ketua Pengarang pertama agensi berita nasional itu.

Zainuddin berkata, dunia kewartawanan merasai kehilangan besar berikutan pemergian arwah yang disifatkan beliau sebagai wartawan luar biasa yang masih terlibat dengan dunia penulisan sehingga ke akhir hayatnya.

“Rencana terakhir hasil tulisan Allahyarham akan dikeluarkan dalam kolum Mingguan Malaysia selepas tiga hari pemergian arwah ini,” katanya.

"Arwah merupakan wartawan yang lengkap dengan ilmu pengetahuan, mempunyai komitmen yang tinggi serta mengetahui segala perkembangan terkini,” kata Zainuddin ketika ditemui di tanah perkuburan itu.

Allahyarham meninggalkan empat anak lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu. — BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 19 Mac 2012

Perdana Menteri terkejut

Gaji amah RM700 satu tugas bertentangan persefahaman dengan Presiden Indonesia

IPOH: Perdana Menteri melahirkan rasa hairan dan terkejut dengan kenyataan Kerajaan Indonesia bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke negara ini hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Datuk Seri Najib Razak berkata, perkembangan terbaru itu bertentangan dengan semangat persefahaman yang sudah dicapai antara beliau dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

“Kita harap pihak Indonesia kembali pada semangat persefahaman yang terpatri (perjanjian) antara saya dengan Presiden Susilo. Pada masa itu semua syaratnya telah dibincangkan dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan persefahaman yang dicapai.

“Juga, tidak ada apa-apapun yang dibangkitkan pada waktu itu. Jadi, saya pun hairan mengapa pada saat ini selepas ditandatangani persefahaman itu, dibangkitkan macam-macam perkara,” katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wan Hwa 2, Menglembu, yang dibina dengan kos RM9 juta, di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan Kementerian Sumber Manusia bertemu pihak Indonesia bagi menyelesaikan isu itu, Najib berkata, kerajaan akan cuba mencari penyelesaian terbaik mengenainya.

“Kita akan cuba cari penyelesaian tetapi saya terkejut selepas pemimpin tertinggi kedua-dua negara bersetuju, perkara seperti ini timbul. Saya difahamkan bahawa itulah persefahamannya (yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia) dan ia akan dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak masuk akal, beliau berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak berlandaskan persefahaman yang dicapai dalam rundingannya bersama Presiden Susilo sebelum ini.

Pada 26 Jun 2009, Indonesia membekukan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan beberapa kes dera oleh majikan yang mencetuskan kemarahan rakyat republik itu tetapi ditarik balik pada 1 Disember lalu, susulan kesepakatan dicapai antara Najib dan Susilo dalam pertemuan di Lombok dan Bali dengan Indonesia dijangka memulakan penghantaran ke negara ini mulai bulan depan.

Kedua-dua negara kemudian menandatangani protokol bagi meminda perjanjian persefahaman (MoU) Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Bagaimanapun, isu pembantu rumah kembali hangat sejak beberapa hari lalu berikutan kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman bahawa pembantu rumah yang bakal dihantar akan melakukan satu tugas khusus saja sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700.

Namun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, kelmarin menafikan kenyataan bahawa pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar hanya perlu melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Beliau berkata, perkara itu tiada dalam rangka perjanjian persefahaman kedua-dua negara, sebaliknya pembantu rumah akan melakukan tugas am atau tugas khusus seperti menjaga bayi atau orang tua berdasarkan keperluan majikan dengan pihak Indonesia perlu memberikan latihan, termasuk dalam bidang tugas khusus berkenaan kepada pembantu rumah mereka.

Sumber: Berita Minggu Malaysia

Rabu, 14 Mac 2012

Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu


Waktu petang begini, alangkah enaknya menikmati laksa Kuala.


Selepas habiskan semangkok laksa, kita nikmati cendol kuala pula.

Kongsi ilmu, kepakaran

Oleh Ruhaiza Rusmin, ruhaizarusmin@hmetro.com.my

INSTITUSI Pengajian Tinggi (IPT) di Arab Saudi kini adalah rakan kongsi penyelidikan kedua terbesar Universiti Sains Malaysia (USM) selepas IPT Jepun.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata, sebagai sebuah universiti yang komited melaksanakan penyelidikan sebagai tunjang utama, USM berusaha menjalin hubungan dengan IPT tersohor sebagai landasan perkongsian pengetahuan dan kepakaran.

“Perkongsian itu diharap menjadikan USM setanding di peringkat global selain memberi manfaat dalam usaha lain yang giat dilaksanakan.

“USM optimis kerjasama ini mampu membuka lembaran baru terhadap perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran selain memperkukuhkan hubungan dua hala.

“Dengan kekuatan dan keistimewaan masing-masing, USM berharap mampu memberi impak positif bukan saja pada institusi, negara dan masyarakat terutama melahirkan penyelidik terkemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan wakil Taibah University, Madinah, baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, USM dan Taibah University bersetuju memantapkan hubungan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang farmasi, racun dan tenaga yang diperbaharui.

Presiden Taibah University, Prof Mansour M AL-Nozha berkata, hubungan itu mengukuhkan hubungan saintifik yang menguntungkan kedua-dua pihak dengan memanfaatkan kekuatan kepakaran sedia ada.

Taibah University turut meminta USM mendapatkan calon sesuai bagi menduduki Al-Mualim Mophammed Laden Chair for Operation and Maintenance Technology, iaitu kerusi pengajian yang ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan asas dan gunaan bagi membangunkan penyelesaian baru di Arab Saudi.

USM mempunyai hubungan kerjasama dengan beberapa universiti di Jeddah, Riyadh, Makkah dan Madinah dalam pelbagai bidang, antaranya kejuruteraan sains dan petroleum, sains fizikal, pengurusan bahan buangan dan penyelidikan haji.

Pada masa ini, USM mempunyai lebih 200 hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan membabitkan pelbagai IPT di 38 negara seluruh dunia.

Sumber: Harian Metro Malaysia Online.

Isnin, 12 Mac 2012

Malaysia kutuk kekejaman Israel di Gaza

12/03/2012 6:11pm

KUALA LUMPUR 12 Mac — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza, yang telah meragut 18 nyawa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab rejim Zionis itu dikhuatiri akan menyebabkan tindak balas yang lebih buruk dan pasti akan menjejaskan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi proses damai Timur Tengah.

"Serangan udara itu yang turut mencederakan ramai lagi merupakan yang terburuk sejak serangan dahsyat ke atas Gaza pada Disember 2008.

"Oleh itu, Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan apa-apa jua tindakan provokatif dan menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya Kuartet Timur Tengah supaya bertindak pantas dan menggesa Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, adalah amat peting bagi kedua-dua pihak memulihkan keadaan dengan kadar segera bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih besar dan kehilangan nyawa terutamanya di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza.— BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online.

OUM Pemangkin Generasi Guru Siswazah Negara










Ahad, 11 Mac 2012

Polemik pendekar Hang Tuah

Oleh Sani Kamarudzaman, sani@bharian.com.my
Tarikh siar: 2012/03/11



Ahli akademik kemuka hujah Hang Tuah wujud, insan pikul tanggungjawab besar bina empayar Melaka serta sebar syiar Islam

DAKWAAN tokoh akademik dan sejarawan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang membangkitkan persoalan mengenai kesahihan kewujudan Hang Tuah menimbulkan polemik dan perdebatan hangat di kalangan tokoh ilmiah, budaya dan masyarakat tempatan.

Buku Laksamana Tun Tuah yang ditulis semula oleh Abdul Samad Ahmad

Januari lalu, Dr Khoo dilaporkan meragui kebenaran di sebalik kisah keperwiraan pahlawan Melayu tersohor itu yang sinonim bersama empat sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Khoo turut menyentuh soal hubungan jalinan diplomatik di antara Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming, China yang membawa kepada perkahwinan Sultan Mansur Syah, Sultan yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477 dengan Hang Li Po.

Hikayat Hang Tuah - menurut naskhah Dewan bahasa dan Pustaka - diselenggarakan oleh Kassim Ahmad.

Puteri kepada Maharaja Yongle, Maharaja ketiga dari Dinasti Ming yang memerintah China bermula daripada 1402 hingga 1424 dikatakan pernah dimasyhurkan sebagai isteri kelima Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan jurai keturunan wangsa Raja China dengan pembesar atau pemerintah daripada negara asing adalah peristiwa penting yang pastinya akan terakam dalam pustaka sejarah negara China.

Tegas Khoo, adalah mustahil perkahwinan Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah tidak tercatat dalam sebarang rekod yang tersimpan di istana negara China.

Logik di sebalik dakwaan kewujudan Hang Tuah tambah diragui kerana sebarang bukti yang dikaitkan mengenai kehidupannya hanya bersandarkan dalil, hujah serta cerita mulut atau proses-verbal turun-temurun yang tidak konkrit dan nyata.

Adikarya klasik agung seperti Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan Sulalatus Salatin menukilkan keunggulan serta kehebatan Hang Tuah dengan gambaran kesempurnaan yang muluk-muluk juga tidak mampu menyokong natijah kewujudan Hang Tuah di bumi Melaka.

Maka, pada 28 Februari lalu bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, Kerajaan Melaka bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menganjurkan Seminar Antarabangsa: Hang Tuah Sebutir Lazuardi Di Persada Tamadun Bangsa sempena 750 tahun kewujudan Melaka di peta dunia.

Hang Tuah diangkat sebagai subjek seminar menjadi dasar pembicaraan tujuh cendikiawan daripada universiti dalam dan luar negara membuat analisis terhadap tajuk yang diketengahkan untuk diwacanakan secara tuntas dan komprehensif.

Perasmian seminar itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. Acara itu menerima penyertaan daripada 1,080 orang peserta yang hadir dengan satu objektif, untuk menyelami watak serta keperibadian manusia bernama Hang Tuah dan mengakui kebenaran serta hakikat kewujudannya.

Ketokohan Laksamana Hang Tuah di sebalik keagungan empayar agung dunia seperti Melaka sebagai sebuah pusat maritim antarabangsa terbesar dan termasyhur di alam Melayu pada abad ke-15 seharusnya menerima pengiktirafan yang sewajarnya.

Mohd Ali dalam ucapannya sebelum perasmian seminar menyorot kembali lembaran sejarah kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan entreport yang aktif dan kaya.

Tambah Mohd Ali, gelaran laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah serta status tertinggi dalam wilayah maritim Melaka adalah bukti martabat dan kedudukannya di mata masyarakat dan komuniti pedagang ketika itu adalah tinggi dan terhormat.

“Peranan Hang Tuah amat besar terutama dalam menyebarkan agama Islam ke beberapa negara seperti Majapahit, Pahang, Siak dan Kampar. Kesetiaannya terhadap Sultan Melaka menyebabkan ada pihak yang cemburu sehingga menimbulkan fitnah di kalangan orang besar Melaka.

“Kini ada pihak yang sangsi kesahihan kewujudan Hang Tuah dengan menyatakan ia adalah mitos. Namun begitu, kita meyakini kewujudan manusia Hang Tuah dalam empayar Kerajaan Melayu Melaka berasaskan sumber utama iaitu karya agung Sejarah Melayu. Sejarah Melayu adalah sumber pribumi yang tepat untuk membuktikan kewujudan Hang Tuah,” katanya.

Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.

Pelbagaikan kepakaran demi jaga kehebatan Islam

Oleh Fadlan Mohd Othman, bhagama@bharian.com.my


Tarikh siar: 2012/03/11

Setiap individu memiliki kelebihan tersendiri yang saling melengkapi antara satu sama lain

SUDAH beberapa kali saya diajukan soalan yang menunjukkan ketidakpuasan terhadap kemahiran dan kelebihan yang dikurniakan Allah Taala kepada seseorang hamba. Guru berasakan dia jauh daripada Allah kerana dia hanya mengajar bahasa Inggeris atau ilmu Sains. Doktor tertekan dengan kepadatan jadualnya lalu tiada masa untuk Allah dan agama.

Bahkan, perempuan berasa tidak senang kerana perlu memikul pelbagai kesusahan menguruskan anak. Ini belum lagi ditambah dengan tugas di pejabat yang menekan dan membebankan. Lalu saya cuba meneliti situasi yang mungkin sampai ke tahap fenomena ini. Adakah benar jurusan agama saja yang mendapat pahala atau adakah benar profesion yang lain kurang pahala atau tiada pahala?

Setelah membuat pencarian dan penelitian, saya dapati ada dalil yang dapat merungkai permasalahan ini. Pertama, Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita bahawa tiada hasad kecuali pada dua perkara iaitu harta yang diinfaqkan ke jalan yang diredai oleh Allah Taala dan ilmu yang dimanfaatkan oleh seseorang individu itu dan disebarkan kepada orang ramai.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Tiada hasad kecuali pada dua perkara; seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah, maka dia menggunakan harta itu untuk kebenaran. Kedua, seorang lelaki yang dikurniakan hikmah oleh Allah, lalu dia memanfaatkannya dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 1409). Erti hasad dalam hadis ini ialah mengharap dapat mencapai dua amalan murni itu.

Seterusnya, apabila kita melihat kepada kepakaran sahabat Rasulullah SAW, kita akan dapati kepakaran mereka pelbagai dan berbeza. Dalam ilmu agama, ada hadis yang menunjukkan perbezaan kepakaran mereka. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Dalam kalangan umatku, orang yang paling merahmati umatku ialah Abu Bakr. Orang yang paling tegas melaksanakan urusan Allah ialah Umar. Orang yang paling pemalu dan lemah lembut ialah Uthman.

Orang yang paling mahir membaca kitab Allah ialah Ubay bin Ka’b. Orang yang paling mahir perihal harta pusaka ialah Zaid bin Thabit. Orang yang paling berilmu mengenai halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Ketahuilah bahawa setiap umat mempunyai pemegang amanah dan sesungguhnya pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan beliau menyatakan status hadis ini ialah Hasan Sahih).

Perhatikanlah bagaimana Rasulullah SAW mengiktiraf kepakaran sahabatnya. Tiada pula Nabi SAW mengarahkan agar mereka menumpukan perhatian kepada satu bidang ilmu saja. Sebaliknya Rasulullah SAW sentiasa melihat kepada kepakaran sahabatnya di dalam skop yang lebih besar. Selagi mana kepakaran itu dapat menyerlahkan kehebatan Islam, selagi itulah kepakaran itu akan dimanfaatkan.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW sering melantik Khalid bin al-Walid ra untuk mengepalai gerakan ketenteraan. Rasulullah tidak mengetepikan Khalid semata-mata kerana kekurangan beliau dalam periwayatan hadis jika dibandingkan dengan Abu Hurairah. Setiap seorang perlu dihargai kerana setiap seorang berperanan dalam menyerlahkan kehebatan Islam.

Dalam sebuah hadis, Aishah ra mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling awal wafat dan menyusuliku di kalangan kamu semua (iaitu isteri-isteri Baginda SAW) ialah yang paling panjang tangannya.” ‘Aishah berkata: ‘Lalu kami mengukur tangan kami. Kemudian kami dapati Zainab yang paling panjang tangannya di antara kami kerana dia menjahit baju dan bersedekah dengan hasil kerjanya itu.” (Hadis riwayat al-Imam Muslim, No. 2452).

Di dalam mensyarah hadis ini, al-Imam al-Nawawi mengatakan bahawa hadis ini jelas menunjukkan keistimewaan Zainab binti Jahsh ra. Zainab bekerja dan bersedekah daripada hasil jualan jahitannya. Justeru, dapatlah kita fahami bahawa Rasulullah SAW mengiktiraf usaha murni Zainab dalam menyerlahkan kehebatan Islam melalui usahanya meringankan beban fakir miskin.

Satu lagi peristiwa yang menunjukkan bahawa kepakaran perlu dipelbagaikan demi menjaga kehebatan Islam ialah hadis Zaib bin Thabit ra. Di dalam satu riwayat, Zaib bin Thabit berkata yang bermaksud: “Rasulullah SAW telah mengarahkan saya untuk belajar bahasa Yahudi. Lalu saya pun belajar persuratan Yahudi. Baginda telah berkata: “Demi Allah, aku tidak percaya dengan bangsa Yahudi dalam persuratanku.”

Maka saya pun mempelajarinya dan tidak sampai setengah bulan, saya telahpun dapat menguasai bahasa Yahudi. Justeru, sayalah yang menulis surat Rasulullah SAW kepada orang Yahudi dan membaca surat mereka kepada baginda.” (Hadis riwayat al-Imam Abu Daud, No. 3645 dan dinyatakan statusnya sebagai Hasan Sahih oleh al-Albani).

Hadis ini sewajarnya menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang menceburi bidang linguistik agar berusaha sedaya upaya sehingga dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Bukankah dengan mengetahui bahasa asing, ajaran Islam dapat disebarluaskan? Bukankah dengannya juga dapat dikesan perancangan jahat musuh terhadap kelangsungan Islam?

Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin membawa kata-kata tuan guru kepada al-Imam al-Syafi’i rahimahullah, iaitu al-Imam Malik yang menjelaskan kepada kita sikap sebenar seorang Muslim terhadap kemahiran dan kecenderungan. Al-Imam Malik telah diajak oleh seorang abid untuk mempergiatkan amalan salih dan meninggalkan pengajaran ilmu, lalu beliau menjawab: “Sesungguhnya Allah telah membahagikan amalan seperti Dia membahagikan rezeki.”

Justeru, mungkin seorang lelaki itu dipermudahkan untuk solat tetapi tidak dipermudahkan untuk puasa.

Seorang lagi dipermudahkan untuk bersedekah tetapi tidak dipermudahkan untuk puasa. Seorang yang lain pula dipermudahkan untuk berjihad. Maka menyebarkan amalan adalah di antara amalan kebajikan yang terbaik.

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Limau Bali di Tambun, Ipoh

ادريس تالو
Idris Talu



Limau bali juga disebut sebagai limau abung atau limau besar (kerana saiznya agak besar) atau limau tambun. Dinamakan “Limau tambun” kerana ia nya banyak ditanam di Tambun, suatu pecan kecil di Lembah Kinta, berhampiran Ipoh.

Limau tambun dinamakan sebagai citrus grandis (L) dalam bahasa saintifiknya. Dalam bahasa Inggeris limau tambun disebut pamelo.


Di Semenanjung Tanah Melayu ini, limau tambun banyak ditanam di Tambun, di sekitar Changlun, Kedah, di Kelantan, di Melaka dan juga di Pahang (Raub & Bentung).

Limau tambun dikatakan memang berasal dari daerah Asia Tenggara ini.

Bangunan perpustakaan baru RM45j dibina di Pahang

Oleh YUSRI SAHAT, utusanpahang@utusan.com.my
ARKIB : 24/04/2010

KUANTAN 23 April - Kerajaan Pahang akan membina sebuah perpustakaan negeri baru bagi menggantikan kemudahan sedia ada yang semakin usang di bandar ini.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, projek pembinaan perpustakaan yang lebih moden itu dijangka dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti satu kawasan yang sesuai di Kemunting di sini bagi tujuan pembinaan tersebut.

''Kita menganggarkan kos pembinaan perpustakaan baru itu bernilai RM45 juta yang dijangka dapat disiapkan dalam tempoh RMK-10 juga," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Beliau mengulas rungutan orang ramai mengenai keadaan perpustakaan negeri yang terletak di sebelah Wisma Sri Pahang yang semakin uzur.

Shahaniza memberitahu, pihaknya menyedari keadaan bangunan perpustakaan itu yang dianggap agak ketinggalan zaman berbanding kemudahan yang terdapat di negeri lain.

Bagaimanapun, tambah beliau, pihaknya sentiasa melaksanakan usaha-usaha keceriaan di perpustakaan negeri itu bagi menarik lebih ramai pengunjung.

''Kami mengaku aspek promosi terutama dengan media agak kurang menyebabkan banyak aktiviti yang dijalankan tidak diketahui umum," jelasnya.

Dalam pada itu, tambah beliau, pihaknya sedang melaksanakan program perkongsian buku dengan perpustakaan lain di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menerusi program itu jelas beliau, pembaca di Pahang boleh meminjam buku dari Perpustakaan Negara melalui Internet.

''Jika buku yang dicari pembaca tiada di perpustakaan ini, kami akan mendapatkannya daripada Perpustakaan Negara. Ia akan diposkan ke sini dan pembaca hanya perlu membayar kos pos," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Bunga Dahlia.

ادريس تالو
Idris Talu

Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl.


Dahlia dikatakan berasal dari Mexico, kini ditanam hampir ke seluruh dunia.


Bunga dahlia telah disilangkan atau kacukan dalam pelbagai jenis hybrida.

Dahlia dikembangbiakkan dengan menggunakan ubinya. Biasanya apabila melepasi jangka hayatpokok dahlia akan mati, sedangkan ubinya tetap dala keadaan baik. Ubinya ini boleh dibersihkan dan ditanam semula.





Kawasan tanah tinggi di Malaysia cukup sesuai ditanam bunga dahlia. Cameron Highlands, Bukit Frazer, Genting Highlands, beberapa tanah tinggi di Sarawak dan Sabah memiliki bunga dahlia yang cantik menawan.

Badminton All England: Chong Wei tarik diri, Lin Dan juara

12/03/2012 2:30am

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak dapat mempertahankan kejuaraan All England pada tahun ini apabila terpaksa menarik diri di pentas akhir semalam menentang jaguh China, Lin Dan berikutan kecederaan bahu.

Chong Wei terpaksa menarik diri di set kedua ketika kedudukan 2-6 dan pada set pertama pemain pilihan pertama itu tewas 19-21, sekali gus memberikan kemenangan buat Lin Dan.

Ini juga adalah gelaran kelima yang diperolehi Lin Dan pada kejohanan tertua itu. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Dewan Bandaran Ipoh

ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu



Bangunan lama yang bersejarah ini masih utuh terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh.

Tegas melaksanakan dasar

Oleh: Ku Seman Ku Hussain & Raja Intan Diana Raja Azaham.
Tarikh siar: 11 Mac 2012.


Gambar - ihsan kembara.blogspot.com.

Mukadimah:


Isu bahasa Melayu tidak diletakkan pada kedudukan yang selayaknya sebagai bahasa kebangsaan bukan perkara baru. Ini kerana sudah ada dasar tertentu yang bertujuan mendaulatkan bahasa Melayu. Tetapi masalahnya sesetengah pihak dengan tanpa rasa bersalah melanggar kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Ketua Pengarah DBP, DR. AWANG SARIYAN menganggap masalah bahasa Melayu ialah kurang ketegasan melaksanakan dasar yang sedia ada.

Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM, beliau menyarankan supaya dasar bahasa Melayu dilaksanakan dengan tegas.

MINGGUAN: Apakah masalah utama yang mengekang usaha memartabatkan bahasa kebangsaan walaupun lebih 50 tahun merdeka?

DR. AWANG: Bagi saya salah satu faktor ialah kepimpinan. Masyarakat selalu terdorong kepada ketegasan dasar. Dasar sudah ada iaitu Dasar Bahasa Kebangsaan. Tetapi kadangkala perlaksanaannya tergelincir sikit. PPSMI misalnya yang bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, bertentangan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan dan lebih jauh lagi bertentangan dengan undang-undang negara kerana Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dalam undang-undang negara.

Tetapi Alhamdulillah, kepimpinan kita sekarang telah melakukan anjakan. Mudah-mudahan dengan perubahan kepimpinan isyarat di atas akan lebih jelas. Peringkat swasta kita berpadu tenaga seperti dengan Kesatuan Hotel di Malaysia ketika membuat papan tanda arah dalam dwibahasa. Ia merupakan satu kesanggupan yang luar biasa. Namun, bila muncul PPSMI, sebahagian syarikat swasta menyatakan mengapa hendak sibuk-sibuk menggunakan bahasa kebangsaan sedangkan sistem pendidikan pun sudah mahu kembali kepada bahasa Inggeris. Oleh itu, perlaksanaan dasar atau program perlu sejajar dengan dasar negara. Dasar negara adalah bagus, tetapi pengendali atau pelaksana kadang-kala salah membuat keputusan.

Dulu sering diperkatakan masalah guru bahasa Inggeris bukan dari mereka yang menuntut untuk mengajar bahasa Inggeris. Sekarang, guru bahasa Melayu juga mengikut kajian muktahir berdepan dengan masalah yang sama kerana didapati agak besar jumlah guru bahasa Melayu yang bukan dilatih untuk mengajar subjek itu.

MINGGUAN: Adakah ini masalah negara pelbagai kaum? Jika kita lihat di China, negara itu hanya ada satu kaum.

DR. AWANG: Saya percaya jika perlaksanaan dasar yang tegas, faktor kaum tidak begitu dominan. Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dari Beijing, saya dapati sekurang-kurangnya empat kenyataan media yang menyatakan beliau sangat mengagumi apa yang berlaku di China. Beliau menyatakan perkara sebegitu perlu diterapkan seperti di acara-acara negara iaitu menggunakan bahasa kebangsaan. Dari segi pendidikan, kalau di sekolah kebangsaan, sudah tentu bahasa pengantaraannya bahasa Melayu. Lebih 20 tahun saya mendidik bakal guru dan saya dapati interaksi di kalangan pelajar dengan bahasa kebangsaan tiada masalah. Dari situ kita nampak penyemaian nilai-nilai perpaduan, persefahaman dan persamaan. Bagi saya, dasar pendidikan kebangsaan ini cukup berjaya. Saya berpendapat Kementerian Pelajaran Malaysia sepatutnya membuat kajian bagaimana kejayaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sebenarnya telah berjaya memupuk perpaduan dan persefahaman di peringkat generasi muda.

MINGGUAN: Sejauh manakah kesungguhan agensi kerajaan mempraktikkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi?

DR. AWANG: Saya boleh katakan masih ada jurang berdasarkan perlaksanaan kementerian atau jabatan tertentu ketika itu. Kajian saya pada tahun 2007 mendapati ada sesetengah dokumen kerajaan, kementerian atau jabatan tertentu yang peratusan penggunaan bahasa Melayu masih agak rendah iaitu 70 hingga 75 peratus. Sepatutnya sudah tidak timbul perkara sebegitu. Paling tidak 90 peratus. Malah ada pekeliling ketika itu boleh dikatakan hanya tajuk utamanya sahaja di dalam bahasa Melayu. Lain-lain tajuk kecil, kandungan semuanya dalam bahasa Inggeris padahal pekeliling itu ditujukan kepada ketua jabatan di peringkat dalam negara. Takkanlah ketua peringkat dalam negara ini tidak faham bahasa Melayu.

Ini bukan sahaja soal sikap, tetapi tidak menghormati keluhuran Perlembagaan, perkara ketiga dalam Rukun Negara. Di peringkat kerajaan Persekutuan, tiada sebuah kementerian yang boleh mendakwa mereka boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam konteks penggunaan dalam negara.

MINGGUAN: Bagaimana dengan cadangan Dr. mengadakan audit bahasa?

DR. AWANG: Hujah saya kalau kita hendak menguji dan menilai kecekapan kewangan, kita ada audit kewangan. Sama seperti bahasa. Saranan saya, kalau nak menilai keberkesanan perlaksanaan dasar itu perlu ada penilaian audit. Audit ada dua aspek, iaitu yang pertama nilai tahap penggunaan bahasa Melayu. Contoh jabatan A, adakah surat, minit mesyuarat, semuanya dalam bahasa kebangsaan. Paling tidak 90 peratus. Kemudian semua itu akan dilaporkan kepada Ketua Setiausaha Negara. Dari aspek mutu pula iaitu ejaan, tanda baca, tatabahasa, pilihan perkataan serta istilah. Itu semua kita nilai dan laporkan. Melalui cara pengauditan begitu, saya yakin dalam tempoh dua tahun, kita dapat lihat lonjakan.

MINGGUAN: Bagaimana pula penekanan menggunakan bahasa Melayu kalangan warga DBP sendiri?

DR. AWANG: Kami audit diri kami dahulu. Saya memberi arahan dalam tempoh enam bulan ini, setiap orang dalam DBP dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat Pembantu Am Pentadbiran, perlu selesai kursus yang disediakan. Warga DBP perlu menjadi duta bahasa dan sastera mengikut aras mereka. Jadi, dalam tempoh enam bulan, kita mahu memantapkan warga DBP dari segi penguasaan bahasa dan pengukuhan dari segi kemahiran serta sistem kerja juga penyuntingan.

MINGGUAN: Bagaimana dengan kedudukan persuratan ilmu dalam bahasa Melayu yang dikatakan masih rendah?

DR. AWANG: Kita agak kaya dengan persuratan kreatif tapi persuratan ilmu masih agak jauh. Ini disebabkan dasar kita dulu apabila universiti menyatakan arahan 70 peratus kuliah perlu dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Jadi, buku-buku rujukan tidak banyak dalam bahasa Melayu. Sarjana dan professor juga tidak mahu menulis dalam bahasa Melayu. Pelajar hanya membaca buku rujukan dalam bahasa Inggeris. Itu kesilapan perlaksanaan dasar. Tetapi selepas Menteri Pengajian Tinggi membuat pengisytiharan kuliah utama mesti dalam bahasa Melayu dan profesor serta pensyarah mesti menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu, susulan daripada kepimpinan universiti pula agak lambat. Bahkan pihak universiti masih terus dengan dasar lama menekankan bahasa Inggeris.

MINGGUAN: Sejauh manakah kemampuan penterjemahan seperti Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) memenuhi keperluan persuratan ilmu dalam bahasa Melayu?

DR. AWANG: Ini memerlukan iltizam dan penglibatan pemerintah sendiri. Tetapi alhamdulillah, ITBM sendiri tidak tertakluk kepada birokrasi. Saya nampak ada perubahan yang lebih jelas. Tetapi jika kita dapat masukkan terjemahan dalam Belanjawan seperti yang dilakukan negara Taiwan, tentu lebih bagus. Sebabnya semua ini memerlukan belanja juga. Zaman Abasiyah, orang Barat membuat terjemahan dari bahasa Arab kepada bahasa masing-masing. Kita pun patut menceduk ilmu dari bahasa lain kepada bahasa Melayu dengan cukup intensif.

MINGGUAN: Apa komen Dr. tentang kecenderungan menggunakan istilah-istilah Inggeris dalam projek-projek kerajaan sekarang ini?

DR. AWANG: Kita ada Undang-Undang Kecil Pengiklanan serta penamaan di tempat awam yang keutamaan diberikan kepada bahasa Melayu. Sepatutnya itu dimanfaatkan. Daripada kita mengambil nama Barat seperti boulevard, parcel dan precint atau Le Tour de Langkawi, fikirkanlah istilah dalam bahasa Melayu yang cantik menggantikannya. Kita telah menukar roadshow kepada jerayawara ataupun talkshow kepada bicarawara. Kita boleh mencipta berdasarkan kekuatan bahasa dan sastera Melayu. Tetapi yang penting kita mesti ada hati untuk melakukannya.

MINGGUAN: Saya menganggap BBK gagal mencapai matlamat. Apa pandangan Dr.?

DR. AWANG: Sebenarnya saya ada mencadangkan kepada urus setia supaya jangan tumpukan kepada Oktober iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan. Oktober itu bulannya. Kita kena ada kegiatan pra BBK. Misalnya bulan Jun telah dirancakkan BBK. Kita usahakan kembali ialah kembara bahasa. Ia mempunyai matlamat yang jelas melihatkan pelbagai profesion menuju ke satu hala sebagai inspirasi menuju kepada satu matlamat. Bagi saya itu cukup berjaya. Tetapi yang dilihat oleh orang yang tidak faham sebagai membuang duit di jalan raya. Tetapi sebenarnya kembara itu menyuntikkan kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat terhadap bahasa Melayu.

MINGGUAN: Boleh Dr. memberitahu pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk memperkasakan bahasa Melayu?

DR. AWANG: Jangka pendek di peringkat dalaman untuk memperkukuh tenaga kerja dari segi ilmu dan bahasa serta penghayatan seni sasteranya. Saya percaya kalau DBP berwibawa dengan sendirinya masyarakat nampak contohnya. Saya selalu membuat perbandingan begini, tentera, bomba atau polis orang kenal kerana ada pakaian seragam. Tetapi untuk kenal orang DBP ialah melalui penggunaan bahasa dan cara berfikir. Dalam pengurusan saya berpegang kepada pesanan Datuk Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah DBP) sewaktu saya berkerja bawah beliau dulu. Katanya menjadi pengurus DBP bukan pengurus biasa tetapi mengurus budaya.

Pelan jangka panjang ialah memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun. Semua bidang telah direntasi oleh bahasa Melayu. Hubungan antarabangsa, diplomatik, ketatanegaraan dan undang-undang. Kita akan memperkasakan ini.

Sumber: Mingguan Malaysia Online.

Apabila Dr Rais berpantun

Oleh Mior Kamarul Shahid, mkamarul@bharian.com.my

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tarikh siar: 11 Mac 2012.

KHAMIS lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim merasmikan sudut Malaysia di Fakulti Pemikiran Umum Universiti Indonesia, Jakarta yang akan menempatkan khazanah buku mengenai Malaysia. Di bidang ilmu, matlamat sudut buku ini tidak perlu diperjelaskan lagi.

Dr Rais juga menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Demi Hubungan Erat dan Mesra Rakyat-Indonesia’ di universiti itu dihadiri pelajar, ahli akademik dan pimpinan pendapat di republik itu.

Majlis itu dirintis oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) yang begitu yakin bahawa hubungan kedua-dua negara dan rakyatnya perlu dipupuk dengan pelbagai cara dan usaha. Apa juga perbincangan, malah dalam bidang apa sekali pun fokus perdebatan mengenai Malaysia-Indonesia, hubungan kedua-dua negara tetap relevan dari dulu hingga sekarang.

Tanya rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, rakyat dan negara manakah paling akrab dengan negara ini, jawapannya Indonesia. Tanya soalan yang sama kepada rakyat Indonesia, jawapannya adalah Malaysia. Dalam syarahan umum itu Dr Rais memberi pelbagai hujah kepentingan hubungan kedua-dua negara dari sudut sejarah, budaya, keintiman dan ekonomi, bahasa dan penyiaran dan agama Islam.

Diperturunkan hujah-hujah Dr Rais yang boleh meleraikan ‘kegelisahan’ yang timbul dari segi persepsi dan salah faham.

Dari segi budaya, Rais menjelaskan budaya dalam pengertian cara hidup adalah inti sari hubungan rakyat dengan rakyat (R dan R). Hubungan kerajaan dengan kerajaan (G dengan G) sedia baik, intim dan terjamin. Katanya, persamaan Malaysia dan Indonesia bukan saja tepat dari segi rupa dan fizikal tetapi juga aspek hidup yang lain.

Orang Minang jika bersantai ke Negeri Sembilan menjadi seperti belut pulang ke lumpur – bahasa sama, makanan sama – bukan sekadar masakan patai jo jarieng randang jo lamang; begitu juga jika orang Bugis dari Pahang atau Selangor yang pulang ke Sulawesi. Orang Aceh di Perak.

Orang Jawa di Johor dan Selangor, rakan-rakan dari Banjarmasin selesa di Selatan Perak manakala orang Bugis, Jawa, Minang, Aceh, Banjar, Bangkahulu, Mandailing dan puluhan etnik Melayu lain, sedia terjalin cara hidup yang sudah terasas kepada budaya usang turun temurun mereka.

Sama ada budaya makan bergulai, tempe goreng, sambal lado, nasi lemak, rendang atau kuih muih, lamang angek, pulut bersantan, kuih koci atau fesyen pakaian bersongkok berkain sarung; baik bersenandung lagu lama dengan iringan tarian mak inang, joget, zapin, serampang laut, randai, rindin-barindin dan lain-lain – semuanya ada di Indonesia dan Malaysia.

Sam Saimun, Bing Selamet dan S Effendi digemari di Malaysia dulu dan sekarang. P. Ramlee popular di Jakarta dan kepulauan Indonesia dan Siti Nurhaliza mempunyai ramai peminat di Indonesia.

Bagi Dr Rais, penjalin utama ialah cara hidup yang sama diamalkan – daripada makanan hingga ke bahasa, dari nama kampung hingga ke sungai – semuanya berumpun sama.

Kuantan di Pahang ada sungainya di Sumatera, Kampar di Perak ada ‘Kampar’ nya di Sumatera, suku-suku masyarakat Negeri Sembilan semuanya berasal dari Minangkabau – dari Batu Hampar sampai lah ke Payakumbuh, adat perpatih yang menjadi tali adat tradisional di Negeri Sembilan hampir 90 peratus berasal dari Minangkabau.

Hampir 75 peratus suku masyarakat Melayu di Negeri Sembilan mengambil nama kampung atau wilayah asal di Minangkabau.

Setiap kampung yang panggilannya ‘Parit’ di Johor atau di Perak mengandungi penduduk orang Jawa. Interaksi perkampungan dan cara hidup di Kalimantan dan Sabah serta Sarawak berjalan terus sehingga kampung sempadan bebas dikunjungi sekali pun Jabatan Imigresen kedua-dua negara mengejar formaliti masing-masing.

Dari segi keintiman dan ekonomi, Dr Rais menjelaskan selain menjadi pemangkin kemakmuran kedua-dua negara, perniagaan runcit dan pasar rakyat Jalan Chow Kit kini sudah diambil alih warga Indonesia.

Kawasan Balakong dekat Kajang, Jalan Jelatek di Kuala Lumpur, kini menjadi kampung warga Indonesia. Begitu ramai menjadi tauke, peniaga besar, tidak kurang menyertai golongan terpelajar.

Secara fizikalnya, seseorang dari Johor yang mempunyai umbi budaya atau cara hidup Jawa, boleh berkunjung ke Semarang atau Jogjakarta lantas ngomong bahasa budayanya atau melagukan Kuda Hitam, begitu juga ‘urang awak’ dari Hulu Langat, Selangor atau Gagu di Negeri Sembilan senang bertutur Minangnya di Padang atau Bukit Tinggi sambil menyanyikan Ayam Den Lapeh atau Mudiak Arau.

Budaya yang dibawa perantau Jawa, Minangkabau, Bugis, Mandailing, Aceh, Bangkahulu dan lain-lain berkurun lalu tetap mendegupkan jantung budaya pewaris dan keturunannya sebagai mana orang Tionghua dan India membawa bersama tarian naga, perayaan Gong Xi Fa-Cai, Deepavali, Thaipusam, Ponggal dan lain-lain.

Dari segi bahasa dan penyiaran Dr Rais mengungkapkan sebuah pantun:

Menyanyilah – aku faham lirik mu,
Menarilah – aku mengerti lenggokmu,
Bertegur sapalah – aku memahami bahasamu,
Bersalam-salamlah – terasa sentuhan jiwa agama mu.

Bagi Dr Rais, bahasa, budaya dan agama lebih berupaya menyatukan bangsa Malaysia dari segi sebenar – bukan politik atau teori-teori kemanusiaan lain.

Dengan hampir 300 juta penutur, bahasa Indonesia-bahasa Melayu seharusnya beroleh pengiktirafan dunia dalam usaha diplomasi, komersial, pembudayaan dan lain-lain.

Syarahan umum Dr Rais yang penuh madah dan pantun, mendapat sambutan luar biasa dan kedengaran suara peserta mengatakan mereka selalu inginkan jawapan terhadap apa juga persoalan berkaitan hubungan kedua-dua negara supaya tidak timbul salam faham.

Dr Rais berkata hari ini pantun di kalangan generasi muda sudah ketinggalan zaman tetapi sebaik saja beliau menamatkan majlis dengan pantunnya, seluruh dewan bertepuk tangan.

Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.

44,643 keluarga hidup amat daif

Oleh Hamid Karim, bhnews@bharian.com.my

Datuk Seri Idris Jala.

Tarikh siar: 2012/03/11

Elemen psikologi halangan utama golongan miskin naikkan taraf ekonomi

KLANG: Sebanyak 44,643 keluarga daripada lebih 100,000 keluarga miskin tegar yang dikenal pasti di negara ini didapati hidup dalam keadaan amat daif kerana tidak mempunyai bekalan makanan harian mencukupi setiap hari.

Bagaimanapun, usaha kerajaan membantu mereka meningkatkan taraf hidup menemui pelbagai kekangan termasuk dari segi psikologi kerana ada segelintir mereka seakan tidak mahu keluar daripada kepompong kemiskinan walaupun beberapa agensi bertanggungjawab turun padang menangani masalah itu hampir sepanjang masa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding angka dicatatkan sebelum ini, apabila kerajaan menerusi transformasi melancarkan pelbagai program menerusi 1Azam bagi memastikan negara bebas kemiskinan menjelang 2020.

Beliau berkata, sebahagian keluarga miskin tegar itu hidup merempat di beberapa lokasi di bandar utama, termasuk menjadikan tepi jalan di Kuala Lumpur sebagai kediaman.

Katanya, program 1Azam masih berjalan aktif dan setakat ini sumbangan syarikat swasta dalam menyalurkan bantuan bagi membantu program itu menjadi lebih berkesan, mulai menampakkan hasilnya.

“Setakat ini, usaha mengurangkan bilangan keluarga miskin di kawasan bandar saja yang dilihat berdepan beberapa halangan. Walaupun banyak program kerajaan gerakkan, golongan terbabit dilihat lebih senang berada dalam kemiskinan.
“Malah, ada kes apabila kerajaan menawarkan mereka peluang bekerja di syarikat swasta, tidak ramai menerimanya, sebaliknya mereka menyatakan hanya memerlukan bantuan makanan.

“Ada juga kes mereka yang ditawarkan bekerja hanya bertahan tujuh hari, sebelum berhenti kerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan Grace Community Services (GSC) di Taman Berkley, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan TA Enterprise, Datin Alicia Tiah dan pengasas serta Presiden GSC, Dr Henry K Pillai.

Idris turut mendedahkan tidak sampai tiga orang sehari mendaftar dengan program membantu golongan miskin mendapat pekerjaan dan ada yang memberi pelbagai alasan tidak munasabah, seperti ketiadaan tempat tinggal walaupun ada syarikat sanggup menyediakan kediaman dan masalah pengangkutan disediakan.

Katanya, kerajaan melihat elemen psikologi golongan terbabit menjadi antara halangan utama kerana sebahagian besar mereka hanya memerlukan bantuan makanan kerana dipercayai merasakan hidup mereka semakin tidak bernilai.

“Sebab itu, kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta mula memperkenalkan pendekatan psikologi dengan menekankan elemen spiritual kepada golongan itu menerusi kata-kata semangat bahawa walaupun miskin, tetapi mereka juga masih mempunyai harapan dalam kehidupan ini sama seperti orang lain,” katanya.

Pada masa sama, Idris berkata, kerajaan melalui program transformasinya, berjaya membuka 500,000 peluang pekerjaan hingga tahun lalu dan semakin menghampiri sasaran ditetapkan iaitu 600,000 peluang pekerjaan kepada golongan sasaran.

“Usaha syarikat swasta seperti TA Enterprise patut dipuji kerana membantu menyediakan empat lot kedai secara percuma kepada GSC bagi memudahkan badan bukan kerajaan itu (NGO) bekerjasama dengan kerajaan membasmi kemiskinan dan membantu mengurangkan masalah sosial di negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.

Jumaat, 9 Mac 2012

Jambatan antik Kuala Kubu Bharu – Gap

ادريس تالو
Idris Talu


Jambatan lama, tidak tahu berapa lama usianya. Mungkin pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Kubu Bharu ada memiliki rekod jambatan ini kerana ianya terletak di bawah jagaan jabatan tersebut.

Jambatan ini dibina merentangi sebatang sungai di jalan lama dari Kuala Kubu Bharu ke Gap/Bukit Frazer.

Kalau dilihat kepada bentuk senibina jambatan ini, ianya termasuk ke dalam kelompok yang dinamakan Arch Bridge.

Dikatakan, senibina jambatan ini sudah mula dibina sejak tahun 1300 SM lagi. Antara jambatan tertua dari jeris ini ialah Jambatan Mycenaen Arkadiko di Greece.

Jambatan Limyra di barat daya Turki dikatakan termasuk ke dalam kelompok senibina ini.

Pihak Inggeris membawa senibina jambatan jenis ini ke Malaya semasa zaman penjajahan dahulu. Jambatan ini kini menjadi sebahagian dari sejarah tanah air kita. Tidak lama selepas melalui jambatan ini pada 6 Oktober tahun 1951, Sir Henry Gurney telah diserang hendap semasa dalam perjalanannya ke Bukit Frazer.

Elok rasanya, pihak-pihak yang bersangkutan (Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan, dan sebagainya) mengambil perhatian tentang peluang-peluang yang boleh kita ketengahkan objek-objek berejarah seperti jambatan ini, sebagai bahan tarikan pelancongan.

Khamis, 8 Mac 2012

Masyarakat Aceh rapat hubungan silaturahim

KLANG: “Masyarakat Aceh di sini gembira berada di negara ini. Majlis yang kita buat ini selain dapat mewujudkan silaturahim antara kami, ia juga dapat merapatkan hubungan kami dengan masyarakat tempatan.

“Malah majlis ini diadakan di rumah penduduk di sini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Maulidur Rasul Aceh, Mowardi Yusuf, 54, di sini, semalam.

Dia ditemui pada majlis Sambutan Maulidul Rasul anjuran masyarakat Aceh dan penduduk tempatan, di Meru, di sini.

Majlis itu berlangsung dua hari bermula kelmarin dan lebih 2,000 orang hadir memeriahkan acara tahunan itu.

Mowardi yang sudah menetap di negara ini sejak 1982 berkata, sumbangan kewangan pula diperoleh daripada dermawan membabitkan warga Aceh yang tinggal di sekitar negeri itu dan warga tempatan.

“Ini menunjukkan perpaduan dan semangat 1Malaysia. Sambutan yang kita buat ini juga dihadiri oleh pelbagai kaum, sekali gus menunjukkan kami hidup aman damai di sini.

“Selain itu, kita ingin menunjukkan, kita orang Melayu boleh berkawan dengan semua orang dan hidup aman harmoni,” katanya.

Sambutan itu turut diserikan dengan marhaban anak yatim piatu tsunami, Aceh yang dibawa khas dari Bangi, dekat sini.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Samsuri Abdullah, 32, berkata majlis itu membuktikan semangat perpaduan dan hubungan akrab antara warga tempatan dengan masyarakat Aceh.

“Malah majlis ini dibuat secara gotong-royong sekali gus dapat mewujudkan jalinan silatulrahim antara masyarakat tempatan dengan warga Aceh,” katanya.

Sumber: Harian Metro Malaysia Online.

Raja Muda Perlis lawat Universiti Nur Mubarak tinjau perkembangan

ALMATY (Kazakhstan) 7 Mac - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat Universiti Nur Mubarak di sini bagi meninjau perkembangan sistem pengajian Islam di universiti itu kelmarin.

Ketibaan baginda disambut oleh Rektor universiti itu, Dr. Mahmoud Fahmy Hijazi dan diberi taklimat mengenai perkembangan akademik universiti berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berada di sini ketika mengetuai lawatan kerja Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selama seminggu ke Kazakhstan bermula Jumaat lalu.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs turut berkenan berdialog dengan para pelajar Universiti Nur Mubarak itu yang kebanyakannya berminat untuk mengetahui lebih dekat peluang melanjutkan pengajian di Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Selasa, 6 Mac 2012

Animasi Malaysia jelajah dunia

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin, serima@bharian.com.my
Tarikh: 2012/03/07


SeeFood dapat pujian ketika hadiri pasaran filem Cannes

FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90 negara.

Animasi yang mengambil masa selama dua tahun empat bulan untuk disiapkan itu juga pernah dibawa ke Festival Filem Cannes, Perancis, melalui usaha persendirian.

Membabitkan 35 juru animasi, filem pertama terbitan Silver Ant Sdn Bhd itu berjaya memikat ramai pembeli di pasaran filem antarabangsa berkenaan.


Pengarahnya, Goh Aun Hee, berkata pada mulanya beliau menjangkakan hanya empat atau lima negara akan menunjukkan minat terhadap filem terbabit. Bagaimanapun amat mengejutkan apabila kehadiran filem itu mendapat sambutan begitu baik sekali.

“Mereka memuji kualiti filem ini walaupun kami hanya menggunakan 35 juru animasi. Memang tak dinafikan, dengan jumlah tenaga kerja yang sedikit, ia memberikan cabaran berat kepada kami.

“Janganlah bandingkan kualiti filem ini dengan animasi daripada syarikat gergasi Hollywood seperti Pixar kerana bajet mereka adalah ratusan juta ringgit. Mereka juga mempunyai ramai tenaga kerja, mencecah 500 juru animasi, sedangkan kami berkerja dalam jumlah yang kecil.

“Bajet kami juga tidak sebesar peruntukan filem mereka. Dengan bantuan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera, hasrat untuk menghasilkan SeeFood akhirnya dapat direalisasikan.

Sebenarnya ilham menghasilkan filem ini tercetus sejak 12 tahun lalu, tetapi ia hanya dapat dilaksanakan empat tahun lalu dan memakan masa lebih dua tahun untuk disiapkan,” katanya.

Kepayahan mereka ternyata berbalas apabila filem itu mendapat pelbagai pengiktirafan, biarpun ia belum lagi menjengah pawagam. Pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011, SeeFood membawa pulang tiga anugerah iaitu Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik.

Pada mulanya, menurut Goh, mereka merancang untuk merakamkan filem berkenaan dalam bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Bagaimanapun, menyedari ia akan mengambil masa lebih lama, apatah lagi proses menunggu tarikh tayangan sendiri sudah memakan masa lima bulan, hasrat itu kemudiannya dibatalkan.

“Bukan kami tidak mahu menayangkan filem ini di sini, tetapi tujuan asal kami sebenarnya mahu memperkenalkan negara kita ke luar negara. Ternyata usaha kami tidak sia-sia apabila mereka terkejut dan memuji SeeFood.

“Kami tidak kisah jika ada yang berkata kami meniru animasi Hollywood seperti Finding Nemo. Mungkin disebabkan ia berlatarkan alam dasar laut, secara tidak langsung orang ramai akan mengaitkan filem kami dengan animasi luar negara itu. Dari segi jalan cerita, SeeFood sebenarnya berbeza.

“Mereka yang sudah menonton filem ini ketika ditayangkan di Cannes memuji jalan cerita filem ini. Bagi mereka, jalan cerita filem ini unik. Apatah lagi kami turut menyelitkan mesej mengenai pencemaran laut dan juga pemburuan sirip yu,” katanya.

INFO

Filem: SeeFood
Syarikat produksi: Silver Ant Sdn Bhd
Genre: Animasi
Pengarah: Goh Aun Hee
Tayangan: Mulai 8 Mac 2012

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran