TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera
Kepada
Semua Pembaca Blog Idris Talu,
Yang budiman,
Yang penulis hormati.

Semoga memperolehi rahmat dari Illahi Rabbi.
Semoga kehidupan lebih ceria, 
Lebih berjaya.

Yang benar tetap benar,
Oleh itu jangan gusar dengan pelbagai rintangan,
Kerana rintangan itu memperkasakan kehidupan.

Idris Talu.

Sabtu, 28 Disember 2013

JALAN-JALAN KE KEDAH DAN PULAU PINANG

Masjid Terapung Pulau Pinang.

Baru-baru ini, penulis dibawa anak-anak melancong ke Kedah dan Pulau Pinang (Penang). Keadaan di Kedah masih nyaman, tenang dan menyenangkan tetapi keadaan di Pulau Pinang cukup menyesakkan dada.
Keadaan mihrab Masjid Terapung.

Bahasa yang berserabut di Pulau Pinang.

Keadaan feri yang sudahlanjut usia.

Rakyat biasa hanya boleh melihat saja.

Makanan rakyat biasa.
 Juadah rakyat.


Kedah dan Pulau Pinang, yang asalnya satu, kini terbahagi dua, namun masih ramai yang tidak nampak apa yang dilihatnya.

Selasa, 24 Disember 2013

Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu berpesta ikan terdampar

Penduduk Lahad Datu dengan rezeki ikannya.
Foto ihsan Berita Harian.
\
2013/12/25 - 01:49:50 AM Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah | thaddius@bh.com.my

Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai penempatan itu semalam.

Penduduk berpesta ikan terdampar Penduduk kampung mengambil kesempatan mengutip ikan tamban yang terdampar di gigi air di Pantai Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu.
Pihak berkuasa nafi fenomena aneh petanda tsunami

Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.
Angin kencang di Laut Sulu punca fenomena

Bagaimanapun, ada penduduk berkata fenomena sama pernah berlaku pada September atau Oktober lalu di tempat sama yang dipercayai berpunca daripada angin kencang di Laut Sulu.

Saksi dikenali sebagai Gazali memberitahu BH, tiga kumpulan besar ikan tamban mendarat di pantai terbabit bermula jam 8 pagi, diikuti kumpulan kedua kira-kira 15 minit kemudian dan kumpulan ketiga, 30 minit selepas itu.

“Ketika itu, saya kebetulan ke pantai melihat keadaan laut sebelum tiba-tiba ternampak ribuan ikan melompat-lompat menuju ke pantai dibawa ombak sebelum terdampar.
“Saya ada mendengar kejadian seperti ini pernah berlaku, apa yang saya lihat ini amat menghairankan kerana belum pernah ikan yang begitu banyak tiba-tiba terdampar di pantai,” katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

 
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendudukberpestaikanterdampar/Article
 

Ahad, 22 Disember 2013

HAJI MANSOR - USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI.

Kordial, jus dan jem belimbing buluh.
Produk KOME.

Tuan Haji Mansor Kandati, usahawan industri asas tani yang berjaya dalam pengeluaran produk berasaskan buah-buahan tradisional yang berkhasiat tinggi yang telah menjadi amalan pemakanan masyarakat Melayu selama ini.

Produk dari buah markisa.

Buah markisa dikatakan kaya dengan vitamin C serta antioksida - flavonoid - berpotensi untuk mencantikkan kulit dan membuatkan kita terasa awet muda.

Antara prduk yang dikeluarkan oleh syarikat milik Tuan Haji Mansor

Pokok-pokok belimbing buluh milik Tuan Haji Mansor.

Tuan Haji Mansor dengan pohon belimbing buluhnya.
Sijil Pengesahan Halal untuk produk KOME.

Untuk menghubungi Tuan Haji Mansor.




Sabtu, 21 Disember 2013

Sultan Ahmad Shah raikan sambutan ke-100 Sekolah Clifford Kuala Lipis

Sebahagian tetamu yang menghadiri Majlis Perasmian Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang, pada 14 Disember 2013.- Foto ihsan Utusan Malaysia.


KUALA LIPIS 15 Dis. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berbangga dapat meraikan sambutan ke-100 Sekolah Clifford yang pernah baginda bersekolah pada 1946 iaitu ketika berusia 16 tahun.

Baginda bertitah, menjejakkan kaki di Sekolah Clifford yang penuh bersejarah ini dapat mengimbau dan menggamit kembali 1,001 memori sewaktu belajar selama dua tahun.

"Inilah satu-satunya sekolah yang cukup bermakna bagi saya. Pada 1964, saya bersama paduka ayahanda Almarhum Sultan Abu Bakar hadir meraikan Jubli Emas.

"Pada 1975 pula saya sekali lagi hadir meraikan sambutan Jubli Intan dan hari ini dengan izin Allah SWT saya berkesempatan hadir untuk menyaksikan sambutan 100 tahun usia sekolah ini," titah baginda dalam Majlis Perasmian Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford dan Pengisytiharan Nama Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, di sini malam tadi.

Turut berangkat ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak dan Yang Dipertua, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford Lipis (LOCA), Shaaban Jaafar.

Lebih 1,000 bekas pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia termasuk penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hadir memeriahkan majlis walaupun dalam keadaan hujan.

Pada majlis tersebut, baginda turut mengisytiharkan dewan SMK Clifford sebagai Dewan Sultan Haji Ahmad Shah.

"Saya berharap sejajar dengan pengisytiharan tersebut, pelajar dapat menghayati dan meneruskan kecemerlangan serta kegemilangan dalam pendidikan pada masa akan datang.

"Saya juga berharap bekas pelajar Sekolah Clifford dapat memberi bantuan dalam apa jua bentuk dalam memastikan sekolah ini berada di landasan kecemerlangan dan gemilang di persada negara," titah baginda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131216/pe_02/Sultan-Ahmad-Shah-raikan-sambutan-ke-100-Sekolah-Clifford#ixzz2o6Nw6iqS

© Utusan Melayu (M) Bhd




CLICK NOW

Tajuk Kegemaran