TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 31 Julai 2011

Buah Mentega atau Seralat

By Idris Ismail Talu.

Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain di Malaysia, namanya ialah buah mentega atau mentiga. Nama saintifiknya ialah “Diospyros blancoi” – merupakan tumbuhan hutan yang sememangnya berasal dari Malaysia.

Rupa buah seralat atau mentega yang cukup matang di pohonnya.

Pokok seralat atau mentega ini semakin sukar ditemui mungkin kerana buahnya kurang digemari. Saiz buahnya yang hampir sebesar kepal tangan manusia normal itu berwarna hijau keperangan semasa ianya muda dan bertukar kemerahan bila hampir matang atau masak.

Rupa buah seralat atau mentega yang cukup matang.

Kulit buahnya mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu miang batang buluh itu – agak menyakitkan jika terkena kulit badan kita. Oleh itu amat elok kita menggunakan sarung tangan apabila memegang buah mentega ini.

Buah seralat atau mentega di pokoknya.

Sebelum mengupas kulit buahnya, elok digosokkan kulit buah itu kepada sabut kelapa atau kain lusuh untuk menghilangkan bulu-bulu halus umpama baldu di sekeliling buahnya. Setelah kulitnya bersih dari bulu yang miang itu, elok juga buah tersebut dibasuh dengan air bersih supaya buah mentega kita lebih sesuai untuk dimakan. Selepas itu barulah dikupas kulitnya.

Rupa pokok seralat atau mentega di sebuah kampung.

Rupa buah seralat atau mentega yang belum matang.

Apabila cukup masak, biasanya buah mentega ini akan gugur sendiri ke tanah. Rasa buahnya yang sudah cukup masak tidaklah berapa manis tetapi agak lemak - hampir sama seperti timun betik atau timun suri. Mungkin kerana itu ianya dinamakan buah mentega. Baunya agak wangi dan sesuai untuk dimakan bersama ice cream.

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan 1432 Hijriah


Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1432 yang suci ini, penulis mengucapkan selamat berpuasa Ramadhan kepada pembaca blog yang beragama Islam.

Dari Abu Hurayrah R.A., Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya; "(Allah s.w.t berfirman): Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, sesungguhnya ia bagi-Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Apabila tibanya hari berpuasa seseorang kamu, maka janganlah ia bercakap lucah atau bercakap kasar. Jika seseorang mengutuk atau berkelahi dengannya, maka hendaklah ia mengucapkan: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Demi Allah yang diri Muhammad ditangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ia beroleh dua kegembiraan; Apabila berbuka dan berhari raya ia gembira dan apabila bertemu dengan Tuhannya ia bergembira dengan puasanya."

(Rujuk: (1894) ).
Sahih Al-Bukhariy', Kitab Al-Sawm.

Isnin, 18 Julai 2011

Pertemuan Tiga Sahabat

By Idris Ismail Talu.


Idris Talu, En Kamal dan Tuan Haji Habban di Meru.


Khamis, 14 Julai 2011

Tilawah al Quran peringkat antarabangsa pupuk perpaduan ummah global

14/07/2011 1:26pm

KUALA LUMPUR 14 Julai - Malaysia sekali lagi mengangkat tinggi kedudukan Al-Quran sebagai medium penyatuan umat Islam global melalui penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) kali ke-53 bermula Sabtu ini.

Acara penting kalendar dunia Islam ini akan berlangsung dari 16 hingga 23 Julai dan sekali lagi alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran akan berkumandang di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mengesahkan seramai 81 Qari dan Qariah terbaik dari 50 buah negara akan memperdengarkan bacaan mengikut gaya tersendiri dalam pertandingan itu.

Menurutnya, penganjuran bagi kali ke 53 ini adalah hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat dan penambahbaikan daripada pengalaman dan situasi daripada majlis tilawah tahun sebelumnya.

“Tahun ini, nilai hadiah dan saguhati kepada para pemenang dan peserta telah ditingkatkan sesuai dengan nilai yang dibawa oleh majlis berprestij ini, dengan johan tahun ini bakal membawa pulang RM32,200 berbanding hanya RM12,800 tahun lepas,” ujarnya.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing akan membawa pulang RM22,400 dan RM13,600 manakala semua Qari dan Qariah yang lain akan menerima saguhati penyertaan bernilai RM4,800. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada jambatan udara di KLIA2 bagi keperluan AirAsia

14/07/2011 10:04pm

KUALA LUMPUR 14 Julai – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, tiada jambatan udara akan disediakan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi keperluan syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, terminal itu dibina tanpa pemasangan jambatan udara dan sebagai ganti disediakan tanjakan (ramp), berdasarkan keputusan AirAsia untuk tidak menggunakan jambatan udara di KLIA2 walau pun semasa keadaan cuaca buruk.

Dalam satu kenyataan, katanya, kerana Airasia dan AirasiaX akan menjadi syarikat penerbangan utama di KLIA2, adalah tiada faedah jika jambatan udara dibina jika ia tidak akan digunakan.

Bagaimana pun, MAHB berkata, peruntukan telah dibuat di dalam reka bentuk terminal bagi menampung pemasangan jambatan udara itu, jika diperlukan pada satu-satu masa kelak atau pada sebarang masa kelak, oleh kumpulan AirAsia atau LCC yang lain.

“Sebagai pengendali lapangan terbang, adalah penting kami menyokong model perniagaan kedua-dua syarikat perkhidmatan penuh dan LCC yang lain,” katanya. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Selasa, 12 Julai 2011

Kenangan Di Bali

By Idris Ismail Talu.







Harga revolusi di Mesir

12/07/2011

NAMPAKNYA Mesir terpaksa membayar harga yang amat tinggi selepas sekumpulan besar rakyatnya melancarkan revolusi untuk menggulingkan rejim Hosni Mubarak.

Memang benar mereka mencapai matlamat menyingkirkan Mubarak tetapi tuntutan atas nama demokrasi itu nyata tidak membawa perubahan ketara terhadap rakyat dan negara yang kaya dengan ketamadunan ini.

Rakyatnya dilihat berdepan dengan kepayahan yang lebih hebat berbanding sebelum revolusi itu dan Mesir pula dihimpit dengan kesukaran untuk memulihkan ekonominya berikutan ketidakyakinan pelabur asing.

Laporan agensi asing menyatakan revolusi 18 hari itu, bermula pada 28 Januari lalu menyebabkan pertumbuhan tahunan Mesir menyusut kepada kurang daripada dua peratus berbanding unjuran lima peratus sebelum ini selain nilai mata wangnya mengecil sebanyak 25 peratus.

Mesir, yang menjadikan pelancongan sebagai antara penjana pendapatannya, juga terpaksa akur dengan kemerosotan industri itu sehingga 40 peratus akibat revolusi itu.

Ketika berkunjung ke Mesir bersama-sama Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta ) baru-baru ini, didapati negara yang terkenal dengan Piramid dan Sphinx itu mungkin memerlukan masa yang amat panjang untuk memulihkan ekonominya selain kembali memperkasa sektor pendidikan, perumahan dan kesihatan untuk rakyatnya.

Melihat kepada keadaan di ibu negaranya, yang padat dengan 22 juta penduduk, sudah cukup menggambarkan keadaan di Mesir boleh diumpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kerana individu bernama Hosni Mubarak, banyak sekali vandalisme dilakukan rakyatnya ketika revolusi itu.

Bangunan-bangunan yang sepatutnya menjadi penunjuk pembangunan negara ini dibakar dan dirosakkan kerana amarah terhadap Mubarak.

Ini termasuk bangunan ibu pejabat National Democratic Party (NDP) pimpinan Mubarak di Dataran Tahrir yang musnah dibakar dalam revolusi itu.

Mujur, Muzium Mesir yang terletak bersebelahan bangunan NDP tidak dibakar walaupun mengalami kerosakan akibat beberapa cubaan mencuri artifak.

Selain itu, banyak projek perumahan yang terbengkalai akibat revolusi yang memaksa pembelinya memasuki rumah yang belum siap itu ekoran sudah mengambil pinjaman bank.

Menurut pemandu pelancong, harga seunit pangsapuri dua bilik di pinggir Kaherah ialah kira-kira 95,000 pound Mesir manakala tiga bilik berharga 150,000 pound dengan kadar faedah tinggi dan tempoh bayaran balik yang singkat.

Seorang penuntut dari Singapura yang hanya dikenali sebagai Zakiah berkata beliau terpaksa membayar sewa tinggi untuk seunit pangsapuri dua bilik di pinggir Kaherah.

"Sebagai langkah berjimat-cermat, saya memasak di rumah, ada kalanya saya melakukan kerja sampingan," kata pelajar jurusan pelancongan ini.

Lebih mengejutkan ramai penduduk Kaheran kini menjadikan kawasan perkuburan sebagai tempat tinggal akibat kemiskinan.

Beberapa rakyat Mesir yang ditemui mengakui kesukaran yang dihadapi mereka selepas memilih untuk menyokong revolusi itu.

Mohamed Hasan, 35, berkata beliau mahukan Mesir yang aman dan diterajui pemimpin adil dan bijak.

"Itulah tujuan kami melakukan revolusi. Tetapi, nampaknya keadaan semakin sukar selepas itu.

"Saya bersyukur kerana masih bekerja. Ketika revolusi, hotel kami tidak menerima tetamu langsung. Tempahan yang dibuat juga dibatalkan," katanya yang bekerja di sebuah hotel di 6th October City.

6th October City, kira-kira sejam perjalanan dari Kaherah, menampilkan sisi berbeza apabila dilihat lebih membangun dengan deretan banglo mewah yang berharga jutaan pound Mesir, hotel-hotel bertaraf lima bintang, gudang beli-belah dan berdekatan dengan Bandar Pintar, yang menempatkan hampir 100 syarikat ICT dan kewangan terkemuka.

Mohamed berkata ramai rakannya diberhentikan kerja semasa revolusi itu.

"Keadaan sudah pasti sukar bagi mereka," katanya yang mengakui taraf pendidikan tinggi memain peranan dalam mendapatkan pekerjaan di negara yang mempunyai 80 juta penduduk ini.

Khalid Abdul Fatah, 29, juga mengakui keadaan yang sukar bagi rakyat Mesir selepas revolusi itu.

Khalid, yang fasih berbahasa Melayu setelah pernah bekerja lima tahun di Malaysia, berkata rakyat Mesir perlu memikirkan soal masa depan dan bekerja lebih keras untuk kembali membantu memulihkan ekonomi Mesir.

"Sekarang, usaha perlu tertumpu kepada langkah memulih dan membangunkan ekonomi Mesir. Lihat sahaja Malaysia, bagaimana negara anda membangun dengan pesat selepas merdeka. Yang penting, ia diterajui pemimpin yang bijak dan adil," katanya yang bertugas dalam sektor pengangkutan.

Itulah harga revolusi era moden di Mesir. — BERNAMA

Source: Utusan Malaysia Online.

Pondok Flora jalaraya Ke Batu Sangkar

Rumah Makan Pondok Flora dalam perjalanan dari Sungai Tarab menuju ke Batu Sangkar.

Rumah makan Pondok Flora.



Di bawah rumah makan ialah kolam ikan.

Hidangan di Pondok Flora.

Dikelilingi sawah padi saujana mata memandang.









Ahad, 10 Julai 2011

Pesara naikkan belontok 13.4 kg

TELUK INTAN 9 Julai - Seorang pemancing dari Kampung Bahagia Berjaya di sini berjaya menaikkan ikan belontok seberat 13.4 kilogram di pertemuan antara Sungai Pak Kalong dan Sungai Perak, petang semalam.

Osman Lizan, 63, pesara Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) berhempas-pulas selama 46 minit untuk menaikkan ikan belontok yang terbesar pernah dipancingnya di Sungai Perak.

"Pada mulanya saya ingatkan mata kail tersangkut pada dulang atau kayu kerana terasa begitu berat. Apabila dinaikkan baru saya sedar ia ikan belontok.

"Saya tidak sangka ada ikan belontok sebesar ini di Sungai Perak kerana tangkapan terbesar saya sebelum ini cuma seberat tujuh kilogram," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Osman, rakannya yang memancing bersamanya turut terkejut kerana terdapat ikan belontok sebesar itu di Sungai Perak.

"Saya dan rakan merakamkan gambar ikan tersebut sebagai bukti sebelum menjualnya kepada seorang peraih dengan harga RM35 sekilogram.

"Saya memperoleh sebanyak RM470 hasil jualan ikan belontok tersebut," katanya yang mula memancing secara serius sejak berusia 12 tahun.

Source: Mingguan Malaysia Online

Kesan akibat boikot filem Hollywood

Oleh Saharudin Musthafa dari Jakarta

TEMAN-TEMAN dari Malaysia di Jakarta serta rakyat tempatan merungut kerana tidak berpeluang menonton filem Transformers: Dark of the Moon di pawagam di Indonesia gara-gara pemerintah negara ini yang tidak membenarkan tayangan filem-filem Hollywood kelas A.

Itu belum lagi keluhan kaki wayang mengenai nasib filem terakhir Harry Porter yang direncanakan bakal ditayangkan di seluruh dunia pada 14 Julai ini. Nampaknya, pencinta filem di Indonesia terpaksa berputih mata dan hanya mampu menelan air liur mendengar ulasan filem berkenaan.

Akibat keputusan tegas kerajaan Indonesia tidak membenarkan tayangan filem Hollywood kelas A di negara ini, ia mendesak sebilangan besar rakyat negara ini terbang ke Kuala Lumpur atau Singapura untuk memastikan mereka tidak ketinggalan menonton filem-filem import terbaru itu.

Wang bukan lagi ukuran kepada penonton tegar filem kerana yang penting menonton wayang membebaskan minda daripada segala masalah selepas dibelenggu masalah kerja atau konflik peribadi.

Seperti kata Ratna Dewi, editor di sebuah majalah filem, kebiasaannya dia akan menghabiskan masa sebanyak tiga hingga empat kali seminggu untuk menonton wayang di pawagam.

Berbeza dengan teman-temannya yang lebih suka membeli pakaian dan kasut, hobi Ratna menonton filem-filem baru sebagai menambahkan pengetahuannya untuk kerjayanya serta membebaskan diri daripada tekanan kerja.

"Pada saya, kesihatan mental lebih baik daripada memiliki wang yang banyak. Menonton filem memberi kelegaan kepada saya," katanya yang semenjak kerajaan mengharamkan tayangan filem Hollywood dia sering berkunjung ke Singapura untuk menonton filem.

Ada juga seorang kaki filem yang terbang ke Kuala Lumpur awal pagi Sabtu dengan beberapa temannya dan kembali semula ke Jakarta pada hari Ahad menaiki pesawat terakhir semata-mata kerana mahu melepaskan gian menonton filem.

Merebut

Kedua-dua pencinta filem itu mungkin hanya satu daripada berpuluh atau mungkin beratus contoh rakyat Indonesia yang memilih jalan sendiri untuk merebut peluang menonton filem antarabangsa.

Barangkali juga, kepada mereka yang memilih untuk menonton wayang di luar negara tentunya selepas ini mempunyai sebab untuk memperbaharui pasport antarabangsa mereka!

Dari satu aspek lain, apabila rakyat tempatan memilih untuk menonton filem di luar negara ia memberikan satu petunjuk bahawa dasar pemerintah benar-benar tidak berpihak kepada industri filem serta memberi kejutan yang luar biasa kepada masyarakat.

Keluhan demi keluhan disuarakan peminat filem Indonesia terhadap keputusan yang diambil oleh pemerintah negara ini sejak Mac lalu. Kepada mereka, ini merupakan tindakan paling kurang bijaksana.

Semua ini berlaku akibat daripada tercetus perdebatan di antara jabatan percukaian negara dengan Motion Picture Association (MPA) berhubung isu levi ke atas filem antarabangsa yang ditetapkan oleh pemerintah.

Sebetulnya, dalam mencari titik penyelesaian untuk merungkai persoalan itu haruslah dengan cara melihat isu berkenaan dari perspektif yang lebih besar dan hasil kajiannya kelak akan memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak.

Lalu, kerana masalah tidak dapat diselesaikan sejak berbulan-bulan ia sekali gus membuatkan industri pawagam Indonesia berhadapan dengan masalah untuk menarik perhatian penonton.

Realitinya, boikot filem Hollywood hanya membawa keperitan kepada rakyat tempatan sendiri kerana ia menyaksikan betapa hal ehwal pengurusan industri ini tidak ditangani dengan berhemah dan bijaksana.

Pada masa sama, dalam memberi tumpuan khusus isu ini, tentunya pihak yang paling gembira dan meraikan kemenangan ialah usahawan cetak rompak yang khabarnya menyaksikan peningkatan jualan secara haram yang semakin mendadak.

Berdasarkan laporan media tempatan, jualan DVD cetak rompak filem antarabangsa meningkat sehingga 50 peratus semenjak boikot itu dilancarkan awal tahun ini.

Namun, yang berhadapan dengan kegelisahan tentunya pula pengusaha pawagam tempatan yang terpaksa menerima hakikat bisnes mereka menjunam sehingga 60 peratus hanya kerana filem Hollywood kelas A tidak dapat ditayangkan di Indonesia.

Kesan lain yang cukup ketara berlaku juga ialah, sebilangan besar para pemilik pawagam di pelbagai pusat membeli-belah sudah mula melakukan usaha mengurangkan kos operasi dengan memberhentikan kakitangan misalnya kerana tidak mahu lagi terbeban dengan perniagaan yang tidak mendatangkan hasil.

Ketika filem Hollywood kelas A tidak dibenarkan ditayangkan di pawagam, seharusnya inilah ruang terbaik untuk filem-filem tempatan menguasai pawagam ketika tiada saingan dari luar. Sayang sekali tidak pula kedengaran laporan filem-filem Indonesia mencipta rekod kejayaan yang besar di pawagam.

Atau mungkin juga rakyat Indonesia lebih suka duduk di rumah menonton televisyen kerana sinetron-sinetron yang ditayangkan di sebilangan besar stesen televisyen tempatan juga sudah cukup untuk membuatkan masyarakatnya tidak perlu berbelanja untuk menikmati hiburan di luar.

Source: Mingguan Malaysia Online

Rahmat menjelang Ramadan


Oleh Nasir Abd Wahab dan Zulhilmi Hat, bhnews@bharian.com.my
2011/07/09

Doa isteri, pengalaman bantu dua muncul juara

"SAYA percaya kejayaan ini berkat doa isteri selain usaha dan tawakal menyertai pertandingan memancing berprestij ini,” kata Mohamad Roddy Shalim Miskan, 31, yang menjuarai Karnival Memancing GP Joran Pusingan Ketiga bagi Kategori Laut di Kuala Pahang, Pekan, Ahad lalu.

Ikan ebek seberat 10.28 kilogram (kg) yang ditawan menggunakan umpan sotong hidup membolehkan Mohamad Roddy dari Johor membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta hadiah iringan daripada penaja.

Beliau berkata, linangan air mata isteri yang menemani sehingga ke jeti seolah-olah memberi kekuatan kepadanya memancing ke tengah laut dengan bersungguh-sungguh bersama rakan lain untuk memastikan mampu memperoleh tangkapan besar.

Katanya, sikap berhati-hati mengawal setiap tali kail tanpa putus membantu menaikkan ikan itu dan lebih bermakna, ebek yang ditawan melayakkannya muncul juara sekali gus mengubah sedikit corak kehidupan keluarga, lebih-lebih lagi bagi menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

“Ketika di laut, sayu terkenang wajah isteri yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya. Terima kasih kepada isteri yang memahami minat saya selama ini... wang kemenangan ini untuk keluarga kita,” katanya yang bakal menggunakan wang kemenangan itu untuk membuat persiapan bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri, bulan depan.

Bercerita lanjut pengalaman menaikkan ebek, Mohamad Roddy berkata, umpan sotong hidup digunakannya sekitar lubuk Karang Batu tidak mengecewakan apabila terus diragut ikan yang terkenal dengan daya juang cukup tinggi itu.
“Selepas tekong memberitahu lubuk Karang Batu mempunyai ikan pelagik seperti ebek dan gerepoh, saya pantas menurunkan umpan sotong di lubuk itu dan tidak menunggu lama apabila umpan terus dilarikan ikan. Hampir 15 minit bertarung dengan ebek sebesar gitar berwarna perak itu yang mengelilingi hampir separuh bot kami,” katanya.

Sementara itu, pengalaman serta kelebihan beraksi di gelanggang sendiri membolehkan gelaran juara Kategori Pantai menjadi milik Faudzi Mohamed, 53, dari Pekan dengan tangkapan pari seberat 19.38kg.

Kemenangannya nyata dikagumi kira-kira 700 pemancing lain kerana begitu arif memikat selera pari di Pantai Kuala Pahang tanpa perlu menunggu lama. Hanya selepas 20 minit hon pertandingan dibunyikan, jorannya sudah melentur hebat tanda mangsa besar sudah mengena.

Tanpa berahsia, Faudzi mendedahkan resipi mujarabnya adalah menggunakan udang hidup yang disauk sekitar Pantai Tanjung Selangor beberapa jam sebelum mendaftar sebagai peserta.

“Kelebihan sebagai anak jati daerah ini yang tahu seelok belok selera ikan membawa kejayaan paling bermakna kepada saya dan keluarga,” kata pesara berkenaan.

Hadiah kepada pemenang utama disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail pada majlis turut dihadiri Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan, Shahid Ismail; Penghulu Mukim Kuala Pahang, Ismail Othman dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Pekan, Zamri Mohamad.

Pemenang kedua Kategori Laut ialah Zulkarnain Mohd Ali, 32, dengan tangkapan tenggiri 7.32kg dan ketiga, Mohd Nazli Md Dali, 35, juga tenggiri seberat 7.3kg, manakala naib johan Kategori Pantai milik Asram Abas, 42, dan ketiga, Yuswady Adam, 41, dengan masing-masing menawan pari.

Tempat kedua dan ketiga kedua-dua kategori, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan RM4,000 bersama hadiah iringan daripada penaja.

Antara penaja Karnival Memancing GP Joran Pusingan Ketiga 2011, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), TCE Tackles Sdn Bhd, Nestle Product Sdn Bhd (Nestle/Maggi), Universal Fitness & Leisure (UFL-COLEMAN), Adabi Consumer Sdn Bhd (ADABI), Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Axis Kay Trading Sdn Bhd dan Sar Technologies & Trading.

Karnival kali ketujuh di Kuala Pahang ini dijayakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Pekan, Pejabat Daerah Pekan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), disertai hampir 1,500 peserta bagi kedua-dua kategori. Pusingan akhir Grand Slam GP Joran akan menemui pemancing di Teluk Lipat, Kuala Dungun, Terengganu, Oktober ini.

Source: Joran – Berita Harian Malaysia Online.

Jumaat, 8 Julai 2011

Suasana Kuala Lumpur Pagi Ini


Source: Berita Harian Malaysia Online.

Suasana Kuala Lumpur Pagi Ini


Source: Berita Harian Malaysia Online.

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur lengang awal hari ini

09/07/2011 9:02am

KUALA LUMPUR 9 Julai – Suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan beberapa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat-peringkat ekoran beberapa pihak merancang mengadakan perhimpunan haram.

Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dengan anggota polis berada di beberapa kawasan bagi mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup beberapa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke beberapa jalan lain.

Sementara itu, perkhidmatan bas di tiga terminal utama di Kuala Lumpur beroperasi sementara di terminal lain sejak awal hari ini.

Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Perdana Menteri sampaikan hadiah Keceriaan Kampung FELDA.


Source: Berita Harian Malaysia Online.

Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru dan Pelajar


Source: Berita Harian Malaysia Online.

Sultan titah tindakan tegas terhadap pengacau

DYMM Sultan Selangor

08/07/2011 2:44pm


HULU SELANGOR 8 Julai — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah bahawa baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor.

Baginda bertitah sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama.

"Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

"Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam,” titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Sultan Selangor bertitah baginda akan merasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.

"Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai,” titah baginda. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Khamis, 7 Julai 2011

Swim with kelah at sanctuary in Taman Negara

The mention of Taman Negara (National Park) in Pahang brings images of lush, pristine jungles apart from rivers with rapids and crystal clear water.

This virgin rainforest, believed to be 130 million years old and spread over 4,343 square km, comes under the jurisdiction of the National Parks and Wildlife Protection Department.

With its priceless treasure of flora and fauna, Taman Negara offers attractive packages for aficionados of jungle adventures.

The journey from Kuala Lumpur or Kuantan to the National Park takes about three hours.

Upon arriving at the Kuala Tahan jetty, one feels a sudden desire to explore upstream of Sungai Tahan.

Another route to Taman Negara is by river or land via Jerantut town.

There are many attractions in Taman Negara including the canopy walkway, Berkoh rapids, Bukit Teresek, safari nights, Gua Telinga, Lubok Simpon, Nusa Camp and orang asli settlements.

The park’s latest tourism product worth a visit is the Kelah Sanctuary in Lubuk Tenor.

This site has a research and conservation centre for the kelah fish, also known as Malaysian mahseer, and other attractions.

From Kuala Tahan jetty, visitors can reach Lubuk Tenor by going upstream in a 15-horse power boat for 15 minutes.

The boat fare is RM120, and split between four passengers, it is RM30 a person.

Among the activities, apart from swimming, are feeding and playing with the kelah.

Angling is allowed on condition that the kelah is released after it is hooked.

The visitors can also view schools of kelah fry swimming in the crystal-clear waters.

Fascination abounds when the sensitive kelah react with lightning speed as feed pellets are thrown on the water.

The kelah is known as the king of freshwater fish or river king as its flesh is tasty. Even its scales are edible when fried.

This is why kelah is expensive. A kilo of the fish costs thousands of ringgit.

The sanctuary is the fruit of a collaboration between Usains Holdings, a subsidiary of Universiti Sains Malaysia, and Perhilitan started in 2001.

The sanctuary’s management was taken over by Golden Mahseer Sdn Bhd (GMSB) in January 2006, with villagers providing the manpower.

GMSB managing director Roslan Abu Kasim, 43, said the task of conserving the kelah was delegated to locals, including orang asli of the Batek tribe.

The villagers act as agents to promote the sanctuary, he said, adding that 90% of the 2,000 Kampung Kuala Tahan folks were involved in tourism industry in Taman Negara.

The sanctuary is open to the public from 8am to 5pm daily and visitors have the choice of staying overnight at a nearby campsite.

Roslan said there were 30 tents providing accommodation.

A package of three days and two nights for four people at RM350 includes boat fare and food.

Those who sign up can also go for activities like jungle trekking to Bukit Kementor, kayaking, netting fish fry and a trip to the Berkoh rapids.

The Kelah Adoption Programme is available where, for RM20 each, visitors can release an adopted kelah fry into the river and receive a certificate for the effort.

The sanctuary also provides facilities for workshops limited to 30 people at a time.

“For angling, a minimum of four and a maximum of eight people are allowed twice a month as we do not want the fish to become fatigued,” said Roslan.

More information on the sanctuary is available at 09-266 3070. — Bernama

Source: The Star Malaysia Online.

Rabu, 6 Julai 2011

Laksa Kuala Kangsar

By Idris Talu.

Jika kita ada urusan di Kuala Kangsar Bandar DiRaja, jangan lupa singgah di kawasan dataran Sungai Perak, di mana kita boleh dapati banyak gerai dan warung yang berjualan makanan istimewa untuk masyarakat Kuala Kangsar iaitu "laksa kuala".

Di Kuala Kangsar, laksa merupakan makanan kegemaran majoriti penduduknya, tanpa mengira kaum. Melayu, Cina dan India - semuanya suka memakan laksa. Ini menyebabkan wujudnya ramai peniaga laksa di Kuala Kangsar.

Laksa Kuala

Minuman yang sesuai untuk diminum selepas memakan laksa ialah cendol. Sesuai sangatlah selepas memakan laksa yang sedikit pedas ditutupi dengan air cendol yang lemak manis dan sedikit sejuk. Cendol juga sedap diminum jika dicamporkan di dalamnya sedikit tapai pulut atau tapai ubi.

Cendol Kuala

Di sinilah gerai yang penulis singgah untuk menikmati laksa kuala baru-baru ini.


http://idristalu.blogspot.com/

Universiti Malaysia Pahang UMP terima pencapaian 5 bintang

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL, utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 5 Julai - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperoleh tempat pertama dengan pencapaian lima bintang melalui sistem peraturan penyelenggaraan data bagi sistem maklumat berkaitan insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) MyMoheS, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, MyMoheS merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi menyokong, memudahkan penyaluran, pertukaran dan perkongsian maklumat antara Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi kerajaan lain.

Katanya, dengan pelaksanaan itu, pertukaran data antara agensi dengan kementerian dapat dilaksanakan dengan bersistematik, mudah dan cepat.

''Sistem MyMohes juga membantu universiti dan pihak kementerian dalam menyediakan perancangan, menggubal dasar dan membangunkan sistem pangajian tinggi dengan lebih berkesan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi MyMohes bagi meraikan 100 kakitangan UMP yang berjaya mencapai kejayaan tersebut di sini, baru-baru ini.

Katanya, pelaksanaan amalan budaya kerja cemerlang menjadi keutamaan dan perlu diteruskan untuk kelestarian organisasi serta seiring dengan matlamat utama sebagai penggerak agenda Pelan Strategik UMP 2011-2015.

''Saya berbangga dengan pengiktirafan itu dengan mencatat markah 97.79 peratus bagi memenuhi kriteria seperti ditetapkan pihak kementerian," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Shamsudin Baharin berkata, data yang dikumpul itu perlu dianalisa dan dijadikan sebagai penanda aras untuk pencapaian Pelan Strategik UMP.

Katanya, universiti itu perlu memberi keutamaan terhadap pencapaian terhadap bidang keberhasilan universiti termasuk penjenamaan bagi mengetengahkan nama UMP ke khalayak masyarakat.

''Kaedah penarafan bintang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu bertujuan melihat tahap kesediaan IPTA dalam pengurusan dan pembekalan data mengikut kategori tempoh masa penghantaran, kesempurnaan dan kualiti data," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Jepun tawar Universiti Teknologi Malaysia geran RM7.8 juta

Oleh AZIZI MAJID, utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 5 Julai - Kerajaan Jepun menawarkan geran penyelidikan berjumlah RM7.8 juta kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjalankan penyelidikan dan membangunkan masyarakat rendah karbon di Iskandar Malaysia dan rantau ini.

Ketua Penyelidik projek berkenaan, Dr. Ho Chin Seong berkata, UTM akan mengetuai penyelidikan tersebut dengan kerjasama pasukan saintis alam sekitar dan penyelidik dari Universiti Kyoto, Insitut Pengajian Alam Sekitar Jepun (NIES), dan Universiti Okayama selain pegawai Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Beliau berkata, selain menjalankan penyelidikan dan membangunkan model masyarakat yang rendah karbon di Iskandar Malaysia yang kini giat berkembang, universiti berkenaan juga akan menjadi hab kajian rendah karbon bagi negara di rantau Asia.

"Antara tujuan penyelidikan untuk menentukan jumlah penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida di Iskandar Malaysia.

"Selain itu, ia juga bagi memupuk kesedaran kepada kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pihak berkepentingan dan masyarakat untuk mewujudkan sebuah negara maju tanpa perlu merosakkan alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium dan Bengkel Rendah Karbon Asia di Hotel Puteri Pacific di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong; Pesuruhjaya Persekutuan IRDA, Datuk Datuk Benjamin Hasbie dan wakil NIES, Universiti Kyoto dan Universiti Okoyama.

Simposium dan bengkel yang dihadiri 110 peserta termasuk dari Jepun, Korea, Indonesia dan Vietnam itu merupakan anjuran bersama UTM, IRDA, NIES, Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST) dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Ia dianjurkan sempena pelancaran masyarakat rendan karbon (LCS) di Iskandar Malaysia yang bertujuan menggalakkan dialog antara penggubal dasar dan penyelidik serta mewujudkan rangkaian untuk membantu peningkatan kapasiti bagi menggalakkan dasar rendah karbon di negara Asia.

Chin Seong berkata, hasil penyelidikan tersebut kelak akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kelestarian alam sekitar bukan hanya di Iskandar Malaysia, malah di seluruh rantau ini.

Source: Utusan Malaysia Online.

Arab City Melaka dibuka Mac

Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
2011/07/06

Projek RM75j destinasi baru tumpuan pelancong terutama dari Asia Barat

GOLDEN Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH), menjangkakan projek komersial Arab City Melaka bernilai RM75 juta yang bakal menjadi destinasi baru tumpuan pelancong khususnya dari Asia Barat, akan dilancarkan Januari tahun depan.

Arab City Melaka dibangunkan di kawasan seluas 3.6 hektar di Pulau Melaka yang merangkumi 123 ruang niaga selain restoran makan Arab, taman tema, muzium warisan Mesir dan pusat spa. Setakat ini, hampir 68 peratus daripadanya telah dibangunkan.

Pengarahnya, Dr Salim N Al Gudhea, berkata Arab City Melaka dijangka menyediakan prospek perniagaan yang baik kepada syarikat, terutama dalam meraih pulangan pelaburan untuk tempoh jangka panjang.

“Projek Arab City Melaka adalah langkah penerokaan awal kami di negeri warisan ini, dan kami masih menumpukan peluang mengembangkan perniagaan kami di Melaka dengan melihat kunjungan pelancongannya yang tinggi.

“Ini adalah peluang pertumbuhan perniagaan yang baik kepada, khususnya dalam pengurusan hartanah komersial yang menjadi antara teras perniagaan kami,” katanya pada sidang media selepas pemeteraian perjanjian antara GCH dan Banalec Holdings Bhd, menerusi anak syarikatnya Banalec Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Salim berkata, majlis prapelancaran Arab City Melaka akan dibuat pada Januari tahun depan, dan ia dijangka dibuka kepada orang ramai pada Mac 2012.

Pada majlis itu, GCH diwakili Pengarah Urusannya, Sayed Al Mansour manakala Banalec oleh Pengarah Eksekutifnya, Leaw Ah Chye.

Menerusi perjanjian itu, penyedia penyelesaian pembinaan marin bersepadu, Banalec akan memajukan tanah tambak seluas 1.6 hektar di Arab City Melaka sebagai taman tema dan lagun yang akan dikenali sebagai Arabian Oasis. Projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh 16 minggu. Arabian Oasis, katanya direka bagi pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan kebudayaan, renang, jeti, aktiviti memancing dan sukan air. GCH adalah syarikat usaha sama antara Dubai, Arab Saudi dan rakan usaha sama Malaysia.

Ia turut mempunyai pejabat cawangan di Dubai, Arab Saudi dan Mesir dengan bergiat dalam sektor hartanah, dagangan serta perniagaan minyak dan gas.

Selain Pulau Melaka, GCH bersama kerajaan negeri Melaka menerusi Chief Minister Inc (CMI) turut merancang membangunkan projek Arab City di Klebang dan Kampung Jawa.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Langkawi sentiasa menunggu pelancong

By Idris Ismail Talu.

Pulau Langkawi terus menarik pengunjung baik dari dalam negara, mahu pun dari luar negara. Suasana alam sekitarnya yang sentiasa bersih dan keramahan penduduknya dengan pelancong merupakan kelebihan yang ketara di rantau ini.

Penulis bersama keluarga di Dataran Lang di Langkawi.

Keluarga besar Idris Talu.

Ikon pulau Langkawi.



Isnin, 4 Julai 2011

Dana khas bahasa dan penerbitan perlu

Oleh Adli Shahar
adli@bharian.com.my
Tarikh: 2011/07/04


KEPENTINGAN untuk memulihara bahasa Melayu dan sastera kebangsaan dengan memberi dana khas bagi menggiatkan kegiatannya di negara ini mendapat perhatian panel Wacana Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan - Agenda Bertindak.

Datuk Dr. A Samad Said.

Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said, menekankan pentingnya kerajaan memberi peruntukkan dana untuk kegiatan berkaitan penulisan dan kebudayaan bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu tidak terus luput.

“Penyediaan dana ini menjadi semakin penting kerana isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) belum selesai sepenuhnya kerana masih ada pihak yang mahu ia diteruskan,” katanya pada wacana sempena Konvensyen Penulis Selangor di Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa apabila bahasa Melayu mati, semua perkara berkaitan kebudayaan Melayu akan turut mati termasuk penulisan buku dan penerbitan filem Melayu.

“Bahasa adalah watak dan memang setiap bangsa diberi bahasa untuk menunjukkan watak. Benar, bahasa hanya wahana, tetapi setiap bangsa mesti mempunyai himpunan ilmu. Ini dipancarkan oleh bahasanya.

“Orang China misalnya, Lao Tse bercakap dalam bahasanya kerana di dalamnya ada hikmah bangsanya yang sukar diucapkan bangsa lain. Bahasa itu bertindak sebagai watak dan lidah bangsa. Orang yang mahu membunuh bangsa, akan membunuh bahasa itu dulu,” ujarnya.

SN Datuk Dr Anwar Ridhwan


SN, Datuk Dr Anwar Ridhwan, pula mencadangkan kerajaan memberi dana kepada perpustakaan awam untuk mendapatkan hasil karya penulis selain memperbanyakkan jumlah perpustakaan awam di bandar dan luar bandar.
“Saya turut berharap penerbitan buku diiktiraf sebagai satu industri dan diletakkan di bawah satu kementerian sebagai satu usaha untuk merancakkan pertumbuhan bidang ini, sekali gus mencapai sasaran penerbitan 26,000 naskhah buku setahun,” katanya.

Dr Anwar juga yakin bahawa bantuan dalam bentuk mengurangkan cukai kertas, dakwat, mesin cetak, selain mewujudkan pusat latihan untuk penulis, editor dan pereka bentuk grafik, dapat turut melancarkan perancangan terbabit.

“Kerajaan juga diharap dapat menyediakan dana untuk penulis, menaikkan jumlah pelepasan cukai, royalti, dan honororium bagi penulis,” katanya.


Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain

Pakar Matematik dan Penerima Anugerah Penulis Selangor, Prof Shaharir Mohamad Zain, pula menegaskan keperluan universiti di negara ini untuk terus menerbitkan buku dalam bahasa Melayu, walaupun berusaha untuk muncul sebagai universiti bertaraf dunia.

“Penerbitan universiti pada hari ini semakin kurang menerbitkan buku dalam bahasa Melayu kerana menganggap penerbitan bahasa Inggeris sajalah yang akan menjadikan universiti mereka mencapai taraf antarabangsa.

“Jadi menjadi harapan saya universiti dan kolej di Selangor memberi pengiktirafan kepada pensyarah jika mereka menulis buku dalam bahasa Melayu. Ia juga wajar dijadikan sebagai syarat untuk kenaikan pangkat,” katanya.

Tidak ketinggalan, beliau turut mencadangkan supaya guru digalakkan untuk menulis mengenai pendekatan pengajaran di sekolah kerana mereka adalah individu terbaik untuk menjelaskan perkara dalam bidang berkenaan.

“Potensi guru sekolah juga boleh digunakan dalam bidang sains dan matematik dengan meminta guru menulis mengenai pengalaman berkaitan pendekatan baru dan cara mengajar kedua-dua subjek terbabit,” katanya.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Kamus Dewan dikritik

Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
Foto: Azmaidi Abidin/Berita Harian


Tarikh siar: 2011/07/04


Pakar leksikografi dan dialektologi Melayu sifatkan ia tidak cermin kemajmukan dan teknikal negara

KAMUS Dewan dikritik hebat pada Syarahan Umum: Perkamusan, Kamus Melayu dan Kamus Melayu Online di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Kuantan, baru-baru ini, apabila disifatkan tidak mencerminkan kemajmukan sosial dan teknikal di negara ini.

Ini kerana kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu, dianggap tidak menggambarkan realiti kepelbagaian etnik dan kemajuan sains dan teknologi apabila tidak memberi definisi tepat terhadap sebahagian perkataan dalam bahasa Melayu.

Kira-kira 300 peserta majlis anjuran Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) UMP turut didedahkan kelemahan itu jauh berbeza dengan fakta sejarah penyusunan kamus dalam bahasa Melayu yang bermula hampir sama dengan permulaan leksikografi di Eropah pada zaman Renaissance.

Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat (AS), Prof Dr James T Collins, berkata Kamus Dewan tidak terlalu teliti dalam memberi definisi apabila tidak mencerminkan perbezaan sosial mengikut kelas dan fungsi sosial.

“Sistem panggilan dalam bahasa Melayu umpamanya sangat kompleks dan tidak seperti Indonesia yang cukup dengan sapaan ‘ibu’ dan ‘bapak’, sebaliknya kita memanggil berdasarkan kaum dan kelas sosial.

“Contohnya ‘pak cik’ dalam Kamus Dewan bermakna panggilan untuk orang lebih tua, tetapi kita tidak boleh menggunakannya secara sebarangan untuk memanggil profesor dan pensyarah atau pemilik kedai berbangsa Cina,” katanya yang mempunyai pengkhususan dalam linguistik dan leksikografi serta dialektologi Melayu dan perubahan sosial dalam bahasa minoriti di Asia Tenggara.
Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Dekan PBMSK, Prof Dr Abd Jalil Borham, selain lapan peserta Program Bahasa Melayu Untuk Pelajar Antarabangsa dari AS.

Prof Collins turut mengkritik Kamus Dewan yang tidak memberi tumpuan kepada definisi yang bersifat teknikal, sebaliknya dianggap masih ‘tersangkut’ pada dekad 1960-an dan 1970-an serta terikat kepada kesusasteraan.

“Bagaimana Malaysia mahu menjadi negara industri dan pengeluar sekiranya aspek definisi teknikal tidak mendapat dokongan daripada DBP sehingga kata majmuk seperti jenis skru dan sepana pun tidak ada.

“Begitu juga dengan segala istilah sains komputer yang sangat ketinggalan dalam Kamus Dewan sehingga kita berdepan dengan realiti kemajmukan sosial dan teknikal yang tidak terkejar dalam bahan cetakan sedia ada,” katanya yang turut berkhidmat sebagai Editor Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay iaitu projek khas Kementerian Pendidikan AS sejak Ogos 2009.

Prof Collins berkata, kelemahan daripada sudut kemajmukan sosial dan teknikal itulah yang cuba diatasi dalam projek khas Kementerian Pendidikan AS, iaitu Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay dengan beliau bertindak sebagai Editor.

“Kamus kami mahu memberi definisi perbezaan hidup bermasyarakat Malaysia dan kemajuan negara ini apabila pemerolehan perkataan, makna dan contoh ayat, dibuat secara dalam talian.

“Sekiranya kami memerlukan contoh ayat, kami tidak membuka korpus bahasa Melayu yang mungkin ada di DBP, sebaliknya menggunakan Google dan memastikannya bahasa Melayu serta bukannya bahasa Indonesia,” katanya yang pernah menghasilkan buku Malay, World Language: A Short History dan Wibawa Bahasa: Kepelbagaian dan Kepiawaian terbitan DBP.

Sumber dalam Google, kata beliau, boleh saja berbentuk blog dan akhbar, laporan saintifik dan jurnal universiti, laporan jabatan kerajaan serta syarahan agama sehingga memberi definisi yang meluas dan terkini.

“Kami hanya perlu memilih ayat yang sesuai, sekali gus membolehkan kami menemukan makna baru yang belum dikenali dalam kamus. Contohnya pelawat yang diberi definisi sebagai orang yang bertandang ke rumah dalam kamus, sedangkan dalam Google ia juga bermaksud pengunjung ke laman web,” katanya yang pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 1980 hingga 1983 dan 1995-2008.

Prof Collins turut mengingatkan fakta sejarah dalam bidang perkamusan mencatatkan kamus dwibahasa pertama di Eropah disusun pada 1502, manakala kamus bahasa Melayu pertama pula dihasilkan pada 1521.

“Ilmu perkamusan di Eropah adalah sebahagian daripada Renaissance dan perkembangan sains, sekali gus menunjukkan dari awal lagi kamus bahasa Melayu sudah menjadi sebahagian daripadanya.

“Baik pada permulaan ilmu perkamusan di Eropah pada abad ke-16, perkembangannya pada abad ke-17 mahupun penemuan metodologi terbaru di dunia yang digunakan oleh Oxford English Dictionary (OED) pada abad ke-19, kamus bahasa Melayu berada di tengah-tengah sejarah ini,” katanya.

Beliau berkata, ia menunjukkan kamus dan bahasa Melayu bukan sesuatu ilmu serta bahasa di pinggiran yang bersifat kecil-kecilan, sebaliknya berada di tengah-tengah pergolakan ilmu leksikografi yang menggunakan metodologi dan teknologi yang canggih pada zamannya.

Kritikan Prof Collins itu wajar dilihat secara positif oleh DBP untuk mengemas kini Kamus Dewan khususnya Edisi Keempat yang diterbitkan sejak 2005 lagi sedangkan perubahan dalam sains dan teknologi sudah jauh berbeza.

DBP juga wajar meneladani OED yang memiliki laman web khas yang sentiasa dikemas kini dengan masukan perkataan terbaru dan terkini termasuk perkataan yang dicipta kesan daripada perubahan dalam pelbagai bidang.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Sabtu, 2 Julai 2011

Tasik Kenyir Menjadi Destinasi kaki pancing

HULU TERENGGANU: Program Boat On The Road akan disenaraikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi memancing dan sukan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan jumlah peserta yang meningkat berbanding tahun lalu.

“Usaha dijalankan penganjur berjaya mempromosikan aktiviti memancing di Tasik Kenyir kerana semakin ramai kaki pancing berkunjung ke sini.

“Jika tahun lalu hanya 50 kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir, kini kerajaan negeri rasa bangga apabila jumlah peserta bertambah kepada 115 buah.

“Malah kejohanan bot laju akan dianjurkan tahun hadapan dan jika tidak mempunyai sebarang masalah, dua acara ini akan digabungkan seterusnya mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi memancing dan sukan air,” katanya pada sidang media Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Boat On The Road di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abd Rahin Mohd Said; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali.

Ahmad berkata, kerajaan negeri berharap ada pemancing akan menaikkan ikan arapaima gigas yang menawarkan habuan RM20,000 pada acara tahun depan.

Pada pertandingan itu, Muhammad Syafiq Izuan Bakar, 19, memenangi tempat pertama kategori individu selepas menaikkan ikan toman seberat 4.3 kilogram untuk menerima wang tunai sejumlah RM12,000.

Bagi kategori pasukan, Kumpulan Alu Cast 2 dari Kuala Lumpur yang menaikkan dua siakap putih seberat lima dan enam kilogram muncul juara untuk membawa pulang RM30,000 berserta hadiah iringan.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

1,322 tapak bazar disediakan di Alor Setar

ALOR SETAR 1 Julai - Majlis Bandaraya Alor Setar menyediakan 1,322 tapak bazar Ramadan di 14 lokasi di sekitar pusat bandar termasuk Pokok Sena dan Langgar pada tahun ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, bagi penjualan pakaian pula, sebanyak 239 tapak telah disediakan kepada mereka yang mahu menjalankan perniagaan tersebut.

"Waktu menjalankan perniagaan makanan bermula pukul 3 petang dan ia tidak hanya tertumpu kepada bazar Ramadan tetapi premis makanan yang lain juga perlu mematuhi peraturan tersebut.

"Hanya lima premis makanan yang dibenarkan untuk beroperasi sebelum pukul tiga petang iaitu restoran makanan segera seperti McDonald's, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kenny Rogers, Pizza Hut dan A&W," katanya di sini baru-baru ini.

Source: Utusan Malaysia Online

Permohonan tapak bazar Ramadan di Johor Bahru dibuka

JOHOR BAHRU 1 Julai - Orang ramai yang berminat berniaga di bazar Ramadan boleh membuat permohonan tapak perniagaan di Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Jalan Tun Razak di sini Isnin ini bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Pengurus Eksekutif yayasan itu, Juraidah Hassan berkata, sebanyak 295 petak perniagaan disediakan di 10 tapak iaitu Bukit Kempas, Permas Jaya, Masjid Skudai Kiri, Taman Anggerik, Taman Bukit Mewah, Taman Daya, Taman Kota Puteri, Taman Rinting, Taman Sri Tebrau dan Taman Pandan Batu 7.

"Kadar bayaran yang dikenakan bagi sewaan tapak adalah antara RM135 hingga RM180 bergantung kepada lokasi permohonan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat diminta hadir ke lokasi yang disebutkan dengan membawa salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, penyata suntikan TY2 dan salinan suntikan tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Bandaraya Johor Bahru di talian 07-2248950

Source: Utusan Malaysia Online

British, Soviet dan Amerika Syarikat kalah di Afghanistan

Oleh Tan Sri Mazlan Nordin

SEJARAH berulang di Afghanistan. Pada tahun 1842 laskar dan para pejuangnya menyerang seramai 16,000 askar British yang sedang berundur dari Kabul. Daripada bilangan begitu ramai hanya seorang saja askar British selamat.

Namanya William Brydon. Lalu namanya disebut dalam laporan perang kali pertama British - Afghanistan dari 1939 hingga 1842. Ini berlaku semasa persaingan di antara pihak British dan Russia yang dipanggil “The Game”, iaitu untuk menguasai Afghanistan dan negeri-negeri Asia Tengah.

Pihak British melancarkan pencerobohan kali kedua pada tahun 1878-1880, tetapi juga tewas.

Masa berlalu. Pada bulan Disember 1979 pihak Soviet Union pula menceroboh kedaulatan Afghanistan. Ia berlaku berikutan rampasan kuasa oleh Parti Demokratik Rakyat Afghanistan (PDPA) yang mahu mewujudkan sistem sosialis di Afghanistan.

Maka berlakulah perang saudara selama 10 tahun. Lebih dari 7 juta rakyat Afghanistan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara lain.

Kira-kira 100,000 askar Soviet membunuh satu juta orang tetapi akhirnya tewas kepada pejuang-pejuang Afghanistan. Kira-kira 20,000 askar Soviet mati dan puluhan ribu lagi cedera.

Tentera Soviet terpaksa berundur pada tahun 1989. Menurut catatan sejarah kekalahan mereka antara sebab tumpasnya pemerintahan komunis Soviet selama 74 tahun dan jatuhnya pimpinan Michael Gorbachev.

Antara yang terlibat dalam pemerintahan komunis ialah seorang warga Afghanistan, Dr. N. Ahmadzai dari PDPA. Beliau kemudian menjadi ketua polis rahsia yang bertanggungjawab merangkap dan membunuh rakyat yang tidak mahu bekerjasama.

Bertemu

Tetapi akhirnya beliau dan adiknya ditangkap dan mati di tali gantung oleh pihak lawan.

Kisah beralih kepada gerak khas yang melibatkan 6,500 askar marin Amerika dan askar British serta 4,500 askar Afghanistan di Wilayah Selatan Afghanistan pada peringkat awal 2010. Ia dipanggil operasi Moshtarak dan dilancarkan ke atas kubu pihak Taliban.

Sebelum kempen dilancarkan panglima tentera Amerika dan NATO di Afghanistan bertemu dengan 450 ketua kaum Afghanistan. Menurut laporan majalah Time, bandar utama di situ Marjah mempunyai 60,000 penduduk. Bilangan pejuang pihak Taliban hanya 400 orang sahaja.

Lantas disebut mengenai kota Kandahar: “kota ini di bawah perintah NATO, tetapi khabarnya beribu-ribu pejuang Taliban berada di situ”.

Laporan beralih kepada satu persidangan di Universiti Tufts Amerika yang dihadiri juga oleh pakar-pakar mengenai Afghanistan. Ulasan yang berulang-ulang disebut mendapat perhatian:

“Saya tidak ragu-ragu bahawa pada satu hari nanti keamanan akan wujud di Afghanistan, tetapi saya tidak dapat menyatakan apakah ia akan berlaku dalam masa 50 atau 200 tahun. Apa yang boleh saya katakan ialah bahawa menurut kadar kegiatan ketika ini, tempoh itu tidak mungkin lebih awal dari itu”.

Presiden Barack Obama baru-baru ini mengumumkan pengunduran 33,000 tentera Amerika dan Afghanistan menjelang akhir tahun depan. Seperti dikatakan ini bukan kerana ketewasan di medan perang.

Bala tentera Amerika tiba di Afghanistan mula Oktober 2001 lalu menyingkirkan kerajaan Taliban. Pada bulan Disember berikutnya. Majlis keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan penubuhan pasukan keselamatan antarabangsa untuk mengawasi keselamatan negara dan membantu Presiden Karzai.

Berikutan pengumuman mengenai tentera Amerika itu kenyataan sama dibuat bersabit bala tentera British, Perancis, Belanda. Antara lain-lain pasukan tentera NATO ialah dari Itali, Poland, Kanada, Sepanyol, Australia, tetapi kegiatan- kegiatan mereka tidak beliau diketahui.

Wajar disebut ialah pesanan penyerang masa dahulu di Afghanistan, terutama Alexandar the Great, Genghis Khan dan Babur keturunan Tamerlane.

Lebih 80 peratus rakyat Afghanistan kini ialah dari golongan Sunni, 15 hingga 20 peratus Syiah. Bilangan mereka 28,395,716, iaitu tidak termasuk kira-kira 3 juta yang berlindung di Pakistan dan Iran. Bagi mereka perjuangan berterusan.

Perang di Afghanistan hampir tiga kali ganda lebih lama dari Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Namun, seperti telah dinyatakan dalam sebuah akhbar Australia: “The outside world has never won a war in Afghanistan and never will”.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Hulu Sungai Gopeng

By Idris Ismail Talu.

Hulu Sungai Gopeng merupakan suatu lokasi menarik untuk aktiviti memancing dan mandi manda kerana sungainya yang jernih dan masih banyak ikan air tawar membiak di sini.

Paling banyak yang boleh ditemui di sini ialah ikan tengas (accrossocheilus hexagonolepis) yang aktif di air yang deras.

"Jambatan" istimewa untuk menyeberangi sungai.

Air sungai cukup deras dan berlubuk dalam.

Kuala - pertemuan dua batang sungai.

Kuala sungai yang cukup jernih airnya.

Air sungai yang jernih melalui jeram-jeram batu yang berbahaya jika berlaku hujan lebat.

Sektor pelancong Malaysia dijangka beri pulangan RM57 billion


SEKTOR pelancongan negara diunjurkan untuk menyumbang RM57 bilion kepada ekonomi negara menjelang akhir tahun ini selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan sektor berkenaan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan negara menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata, tahun lalu negara mencatatkan kehadiran kira-kira 24.6 juta pelancong asing dengan menyumbang sekitar RM56.6 bilion dalam sektor berkenaan.

“Malaysia destinasi pelancongan yang popular di peringkat antarabangsa kerana terdapat pelbagai keunikan yang tersedia di negara kita termasuk destinasi untuk melakukan aktiviti menyelam ke dasar laut.


“Di Asia Tenggara, Malaysia memegang rekod nombor satu sebagai destinasi menyelam paling popular dan di peringkat antarabangsa tersenarai di tempat ketiga selepas Mexico dan Australia,” katanya pada majlis perasmian Expo Menyelam Antarabangsa 2011 (MIDE 2011) di Kuala Lumpur.

Katanya, tahun lalu negara mencatatkan pendapatan RM2 bilion hasil aktiviti menyelam di pelbagai destinasi di negara ini.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Jumaat, 1 Julai 2011

Lata Kekabu

Deru air dari gunung yang menerjuni lereng bukit berbatu-batu terjal, di celah-celah pepohonan rimba yang berusia ratusan tahun cukup menggetarkan perasaan.

Suasana di kawasan lata (lata = air terjun, mancur) ini memang cukup nyaman dengan suhu yang rendah dan segar.

Foto ihsan Syed Alfandi

Lata Kekabu menjadi tumpuan keluarga dari sekitar Lenggong dan Kuala kangsar untuk berendam di dalam air sungai yang cukup sejuk ini. Kawasan lata ini sentiasa dibersihkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan Lenggong.

Foto ihsan Syed Alfandi

Terdapat pelbagai kemudahan seperti balai besar untuk sebarang aktiviti, surau untuk beribadah, laluan pejalan kaki, jambatan gantung yang sesuai.

Foto ihsan Syed Alfandi


Tempat letak kenderaan yang cukup luas.

Pelbagai kemudahan seperti titian dan pondok rehat.

Kemudahan bilik mandi dan tandas (toilet) disediakan.

Balai besar untuk pelbagai aktiviti

Keindahan pepohonan yang masih utuh di Lata Kekabu.

http://idristalu.blogspot.com/


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran