TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 31 Januari 2012

Melayu paling ramai tidak daftar mengundi

PULAU PINANG 31 Jan. - Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.

"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.

Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.

Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.

"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 30 Januari 2012

Perkembangan Tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu

Oleh Dr. Kang, Kyoung Seock


Pengarang buku ini berasal dari Korea Selatan.

Dalam buku ini, pengarangnya, Dr. Kang, Kyoung Seock telah memaparkan sejarah perkembangan tulisan Jawi dari bentuk yang masih mengandungi unsure-unsur keAraban, sampai kepada bentuk terkini semasa penulisan buku ini dilaksanakan.

Tukaran antara mata wang asing kini tak perlu guna ringgit

Tarikh: Selasa 2012/01/31

BERMULA hari ini, pemastautin di Malaysia boleh membuat tukaran mata wang asing yang dimiliki dengan mata wang asing lain tanpa perlu menukarkannya kepada ringgit terlebih dulu.

Transaksi ini hanya boleh dibuat menerusi rangkaian bank komersial, bank Islam dan bank pelaburan tempatan dan bukannya menerusi rangkaian pengurup wang berlesen.

Mengumumkan perkara itu semalam, Bank Negara Malaysia, menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, langkah baru itu adalah sebahagian daripada usaha berterusannya meningkatkan lagi daya saing ekonomi dan membangunkan pasaran kewangan domestik.

“Langkah itu juga seiring dengan teras am Rangka Tindakan Sektor Kewangan dalam meningkatkan lagi tahap kecairan, keluasan dan penyertaan pelbagai peserta dalam pasaran kewangan domestik,” katanya.

Pemastautin bukan merujuk kepada individu biasa, tetapi ialah individu, pertubuhan atau syarikat berdaftar dengan atau diluluskan oleh pihak berkuasa di Malaysia; dan mana-mana kerajaan negeri, yang memiliki nilai kekayaan tinggi.

Sebagai contoh, warga negara atau syarikat pemastautin di Malaysia yang memiliki mata wang yuan dan mahu menukar atau membeli mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), mereka kini tidak lagi perlu menukarnya kepada ringgit terlebih dulu, sebaliknya terus boleh membuat tukaran kepada mata wang dolar AS yang diinginkan, sekali gus memudahkan dan mengurangkan kos tukaran mata wang.

Selain meliberalisasikan proses tukaran, Bank Negara mengumumkan bank tempatan turut boleh menawarkan derivatif kadar faedah berasaskan ringgit kepada ‘bukan pemastautin bukan bank’, iaitu pelabur atau syarikat yang tidak bermastautin di Malaysia.
Katanya, langkah itu bertujuan memperluaskan lagi jangkauan pasaran derivatif kadar faedah domestik, bukan hanya kepada pelabur atau syarikat tempatan, malah turut merangkumi pelabur dan syarikat asing lain.

Bank Negara berkata, bagi menambah baik sistem pengurusan tanggungan aset pemastautin, fleksibiliti turut diberikan kepada pemastautin untuk menukar tanggungan hutang ringgit atau mata wang asing yang dimiliki mereka kepada bentuk tanggungan hutang menggunakan mata wang asing lain.

Sebagai contoh, jika pemastautin itu memiliki tanggungan hutang dalam ringgit atau dolar AS dan ingin mengurangkan pendedahan mata wang sedia ada berkenaan dalam pasaran kewangan terbuka, mereka boleh menukarkannya kepada mata wang lain bagi menguruskan tahap pendedahannya.

Pada masa sama, mereka boleh menikmati keuntungan apabila mata wang asing yang baru ditukarkan itu mengukuh di pasaran.

Bagaimanapun, Bank Negara berkata, dalam melaksanakan urus niaga berkenaan kepada mana-mana pemastautin, bank tempatan dikehendaki memastikan pemastautin itu menepati penilaian kesesuaian seperti yang ditetapkan di bawah garis panduan yang dikeluarkan Bank Negara.

Bagi mendapatkan maklumat dan pertanyaan mengenai langkah terbabit, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara di talian bebas tol 1 300 88 5465 (BNMTELELINK), menghantar e-mel ke bnmtelelink@bnm.gov.my atau melayari laman web di http://www.bnm.gov.my/fxadmin.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Baucer Buku 1 Malaysia

Dari akhbar
Source: Utusan Malaysia Online

Sekim Amanah Rakyat 1 Malaysia

Dari akhbar

Source: Utusan Malaysia Online

Sabtu, 28 Januari 2012

Pekasam Renok tambah rezeki






Dunia kecoh kerana SOPA, PIPA

Oleh Azhar Abu Samah, azharaz@bharian.com.my

Tarikh: 2012/01/22

Dua akta tonjol sikap sebenar AS sekat kebebasan internet

KECOH satu dunia apabila beratus-ratus laman web, termasuk Wikipedia dan enjin carian popular, Google melancarkan bantahan bermula jam 12 tengah malam, Rabu lalu (18 Januari) dengan ‘menggelapkan’ laman sesawang (web) masing-masing selama 24 jam kerana membantah perundangan dicadangkan Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk menghapuskan cetak rompak di internet.

Pengguna internet yang melayari laman sesawang yang mengambil bahagian dalam tempoh itu tidak dapat membaca kandungan dalam laman berkenaan, sebaliknya mereka hanya dapat melihat mesej bermatlamat memberi kesedaran mengenai Akta Menghentikan Cetak Rompak Internet (SOPA) yang diperkenalkan anggota Dewan Perwakilan dan Akta Perlindungan Harta Intelektual (PIPA) di Dewan Senat Amerika Syarikat.

Kongres AS ketika ini menimbang untuk meluluskan rang undang-undang yang boleh merosakkan khidmat internet percuma dan terbuka. Jika diluluskan nanti, rang undang-undang itu akan memberi kuasa untuk menguatkuasakan hak cipta yang akan mengehadkan inovasi dan mengancam kewujudan laman sesawang dengan menetapkan kandungannya mestilah daripada pemiliknya.

Malah, SOPA akan menyekat sebarang laman sesawang yang dianggapnya sebagai melanggar hak cipta atau mencetak rompak tanpa mengendahkan peruntukan ‘kegunaan wajar’ yang pernah digariskan oleh Akta Hak Cipta Alaf Digital (DMCA).

Anggota Senat AS dijadualkan mengundi mengenai PIPA pada Selasa depan. Bagaimanapun, Speaker Dewan Republikan, John Boehner, kelmarin menegaskan belum ada kata sepakat buat masa ini mengenai SOPA dan memerlukan lebih banyak kerjasama di kalangan anggota jawatankuasa sebelum mencapai sebarang keputusan.

Kepada pelayar internet, terutama Wikipedia yang berpangkalan di AS, jangan menyangka undang-undang ini untuk mereka di AS saja. Apa saja yang dimuat naik ke dalam alam siber dari seluruh pelosok dunia dianggap melanggar hak cipta kerajaan dan korporat AS akan disekat.

Betapa susahnya nanti apabila banyak maklumat dan gambar mustahak disekat atau ditarik keluar daripada Wikipedia jika ia ditakrifkan pihak berkuasa AS sebagai melanggar peraturan hak cipta yang bakal diluluskan nanti. Bukan itu saja, enjin pencarian utama juga akan menyekat mana-mana laman sesawang asing (bukan dari AS) yang disyaki melakukan pelanggaran hak cipta.

Dilaporkan, Wikipedia sudah menyatakan bantahannya, termasuk meminta mereka yang melayari laman sesawangnya di AS supaya menyatakan rasa tidak senang hati dengan cadangan penguatkuasaan SOPA dan PIPA sama ada berurusan terus dengan ahli perwakilan mereka atau menggunakan media sosial.

Apakah itu SOPA dan PIPA? SOPA dan PIPA adalah dua undang-undang, masing-masing akan dikemukakan di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat AS. SOPA bermaksud Stop Online Piracy Act atau Akta Menghentikan Cetak Rompak Internet, manakala PIPA ialah akronim untuk Protect IP Act atau Akta Perlindungan Harta Intelektual. Ringkasnya, kedua-dua akta ini bertujuan menghentikan pelanggaran hak cipta dilakukan laman sesawang asing.

Bagaimanapun, Wikipedia melihat usaha pentadbiran AS ini sebagai tindakan menyekat kebebasan bersuara dan menggugat internet, sekali gus tidak dapat diterima dalam dunia yang mengamalkan keterbukaan, selamat dan kebebasan berinternet.

Persoalan utama yang merisaukan kebanyakan pemilik laman sesawang besar ialah definisi kesalahan melanggar hak cipta, terutama membabitkan tindakan memuat-naik sesuatu ‘bahan’ oleh pelayar yang seboleh-bolehnya mahu dipastikan pemilik laman sesawang ia tidak melanggar hak cipta.

Bagi mereka tidak wajar laman sesawang disekat atau ditutup SOPA dan PIPA hanya kerana ada bahan pelanggaran hak cipta dalam kuantiti yang terlalu kecil dimuat-naik oleh pengguna laman terbabit.

Malah, ada yang melihat penguatkuasaan SOPA dan PIPA menandakan bermulanya masalah lebih besar bagi pengguna internet di seluruh dunia. Tidak dinafikan sudah ada negara mahu mengekang kebebasan berinternet dengan memperkenalkan beberapa bentuk perundangan dan akta bagi menjaga kepentingan dan hak asasi individu. Pengenalannya hanya untuk membendung penyebaran fitnah oleh pengguna internet.

Dari spektrum yang lebih meluas, penguatkuasaan SOPA dan PIPA memperlihatkan sikap sebenar AS yang mahu mengawal kebebasan internet dengan menjadikan kedua-dua akta itu sebagai alat memenuhi kehendak kebebasan mengikut takrifan mereka. Yang pastinya, akta ini memberikan kuasa yang besar kepada Kerajaan Amerika untuk mengawal kandungan dan maklumat dalam laman sesawang bebas.

Pemilik laman sesawang percaya pendekatan ‘menghentikan pelanggaran hak cipta’ melalui SOPA dan PIPA tidak akan berkesan, sebaliknya ia akan menjejas dan menyekat pengguna internet untuk mendapatkan lebih maklumat.

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Iri hati kerana ilmu dibenarkan Islam

Tarikh siar: 2012/01/22

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWT harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredai oleh Allah SWT) dan orang yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara yang boleh mendatangkan kebaikan saja.

Islam tidak membenarkan orang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dulu merujuk kepada al-Quran dan hadis, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia, melainkan dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya kepada orang lain serta mereka yang dikurniakan harta dan membelanjakan di jalan diredai Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Tidak berkumpul dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Hasad dengki itu seumpama api yang akan memakan segala kebaikan dilakukan oleh seseorang seperti api membakar kayu.

Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna, malah dengki adalah sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam hingga terkeluar dari syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

Seorang pujangga Arab pernah berkata: “Orang hasad tidak akan senang hidupnya, orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan, orang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang tidak berakhlak.”

Dengki yang diharuskan Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti menuntut ilmu atau melakukan ibadat dan seumpamanya.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan untuk memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga lebih tinggi dan janganlah kamu membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan memulaukan sesama sendiri dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba Allah SWT yang bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Warisan ikan pekasam Lenggong

ARKIB : 24/05/2010
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN, nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

JIKA digoreng garing dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau, hirisan bawang serta cili, hidangan ikan pekasam pasti membuka selera sesiapa sahaja.

Tambahan pula jika ia dinikmati bersama nasi panas. Keenakannya tentu memberi kepuasan yang tidak terhingga.

Menu ikan pekasam memang popular di kalangan masyarakat Melayu. Tidak kira sama ada dihidangkan ketika makan tengahari mahupun makan malam.

Ikan pekasam yang sudah digoreng - menyelerakan.

Di sebalik keistimewaan rasanya, penyediaan produk makanan tradisonal itu sebenarnya memerlukan resipi dan kaedah yang bersesuaian.

Di negara kita terdapat ramai peniaga yang menjalankan perusahaan ikan pekasam terutama di kawasan luar bandar.

Namun, hanya segelintir sahaja yang berjaya menghasilkan produk berkualiti dan sedap bagi menarik perhatian pelanggan, seterusnya mampu memperluaskan pasaran ke seluruh negara atau mungkin juga ke peringkat dunia.

Ikan pekasam di dalam bungkusan pelastik, siap untuk dijual.

Joharabi Muhammad, 35, merupakan antara pengusaha pekasam yang semakin berkembang. Pengalaman berniaga ikan pekasam secara kecil-kecilan selama tiga tahun perusahaan itu.

Katanya, pada mulanya dia hanya mahu mencuba resipi yang diwarisi daripada ibu bagi tujuan berniaga pada skala kecil.

Tetapi, resipi dan perniagaan yang sekadar cuba-cuba itu mendapat sambutan menggalakkan.

"Selain ikan pekasam, saya juga ada menjalankan perniagaan makanan ringan seperti kerepek dan kuih-muih tradisional,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Kuak, Lenggong, Perak, baru-baru ini.

Mementingkan kualiti

Menyedari ikan pekasam mempunyai permintaan yang tinggi, dia kemudiannya membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan ikan pekasam.

Pada tahun 2000, dia membuat pinjaman modal sebanyak RM500 menerusi Amanah Ikhtiar sebelum memohon daripada Mara sebanyak RM35,000.

Dana tersebut telah digunakan untuk membina bangunan bagi kemudahan aktiviti memproses selain membeli peralatan yang bersesuaian.

Bagi membantu kos pengeluaran dan membeli bahan mentah pula, dia telah membuat pinjaman daripada Agrobank menerusi skim Modal Usahawan Tani (MUST) sebanyak RM5,000 dan ESP-i sejumlah RM20,000.

Menerusi penjenamaan Pekasam Warisan Utara, perusahaan makanan itu telah dijalankan di bawah syarikat miliknya, Johar Food Enterprise.

Antara jenis ikan yang digunakan untuk membuat pekasam adalah seperti lampam, tilapia, puyu, sepat, jelawat dan loma.

Melihat kepada proses penyediaannya pula, ikan-ikan tersebut akan disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama tiga hingga lima bulan.

"Paling cepat proses pemerapan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu.

"Proses ini bertujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya,'' jelasnya yang menjadikan suami dan ibu bapa sebagai pendorong.

Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar.

Proses pemerapannya selepas itu diteruskan lagi selama lebih kurang dua minggu.

Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut akan dibungkus dalam plastik secara vakum.

Setakat ini, dia mempunyai seramai empat pekerja untuk membantunya selain mengambil pekerja secara kontrak apabila permintaan meningkat.

Bagi sumber bahan mentah, ibu kepada empat cahaya mata itu memberitahu dia memperolehi ikan mentah daripada pengusaha di sekitar kawasan tempat tinggalnya.

"Sumber ikan ini diperolehi secara bermusim kerana mengikut keadaan cuaca. Kadang kala berlaku juga masalah kekurangan bekalan.

"Jadi untuk mengelakkan masalah ini, saya biasanya akan membeli lebih banyak bekalan sebagai stok terutama pada musim perayaan,'' katanya yang lebih gemar memilih sumber ikan liar berbanding ikan belaan.

Dari sudut pasaran, produk Pekasam Warisan Utara telah diedarkan ke beberapa bandar utama sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Lebih membanggakan, ia juga telah diperluaskan ke luar negara iaitu di Brunei dan China selain mempunyai pelanggan tetap daripada pengusaha Restoran Tasik Raban di Perak.

"Kebanyakan pelanggan menggemari produk ini kerana keunikan rasa masin dan masamnya dengan daging yang lembut sehingga ke tulang.

Kita amat mementingkan kualiti agar para pelanggan berpuas hati dengan produk yang dikeluarkan,'' katanya.

Setiap hari, dia mampu menyediakan 400 hingga 500 paket ikan pekasam dengan keuntungan RM300 hingga RM400 sehari.

Sepaket ikan pekasam biasanya dijual dalam lingkungan harga RM2.80 hingga RM3.50 bergantung kepada berat dan saiz ikan.

Kejayaan yang ditunjukkan oleh Joharabi dalam perniagaannya telah mendorong Jabatan Perikanan melantiknya sebagai Usahawan Anak Angkat Perikanan.

Selain itu, dia turut mengikuti beberapa kursus keusahawanan dan pemprosesan anjuran Agrobank, Jabatan Pertanian, Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta Majlis Daerah Lenggong.

Malah, bermula tahun lalu, pusat penyediaan ikan pekasamnya juga telah dijadikan sebagai destinasi pelancongan dalam kalendar program Inap Desa Kampung Bing, Lenggong, Perak.

Di samping itu, dia turut menerima lawatan daripada pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selain para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan.

Pada masa hadapan, dia bercadang mencuba ikan laut seperti gelama untuk dijadikan pekasam selain mencari sumber bekalan bahan mentah yang lebih banyak bagi memenuhi permintaan.

Bagi yang berminat untuk membeli atau membuat tempahan, sila hubungi talian 03-7512130, 012-5894710 atau 013-5812441.

Source: Utusan Malaysia Online.

Jumaat, 27 Januari 2012

Golongan profesional dekati Rela

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN, pengarang@utusan.com.my

PERSEPSI masyarakat terhadap sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kini semakin berubah apabila dalam tempoh tiga tahun bilangan keanggotaannya meningkat daripada 530,000 orang pada 2008 kepada 2.874 juta orang tahun lalu walaupun sasaran awal hanya dua juta orang menjelang akhir tahun ini.

Bayaran saguhati perlindungan insurans kemalangan diri anggota Rela secara percuma menambah daya tarikan kepada pasukan sukarela ini. Insurans percuma itu meliputi RM40,000 jika meninggal ketika bertugas dan RM20,000 jika meninggal di luar tugas, perbelanjaan perubatan RM2,000 (maksimum tahunan) dan kematian ilat RM20,000.

Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, semua anggota Rela yang ditimpa bencana ketika menjalankan tugas dimasukkan ke wad kelas dua tanpa dikenakan sebarang caj rawatan. Mereka diberi uniform Rela secara percuma, kad keahlian Rela, elaun bertugas RM4 sejam, menghadiri latihan dan kursus di Pusat Latihan Rela dengan dibayar elaun serta berpeluang menyertai pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan Rela.

Semua tawaran itu sudah cukup untuk menarik minat golongan profesional seperti doktor, jurutera, guru, pesara kerajaan, petani, nelayan, peniaga kecil-kecilan, anak-anak muda dan pelajar menjadi duta kecil kerajaan dalam membantu menghidu permasalahan rakyat, mendapatkan maklumat mengenai reaksi rakyat ke atas apa-apa dasar semasa serta mendapat maklumat berkaitan keselamatan setempat.

Anggota Rela turut melakukan khidmat komuniti seperti melaksanakan Program Khidmat Bakti Rela, memberi bantuan awal kes kecemasan, membudayakan nilai-nilai murni serta terlibat dalam khidmat kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat, tugas tersebut mampu mendekatkan diri mereka dalam masyarakat.

Di bawah kepimpinan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam peranan Rela yang dulu lebih terarah kepada mengawal kesesakan lalu lintas semasa kenduri kahwin kini bakal diantarabangsakan apabila khidmat mereka diperlukan semasa bencana alam melanda negara luar.

Mereka juga mahu dengan kelahiran semula Rela konsep barunya berlandaskan kepada teras 4K iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan dan Keharmonian yang pendekatannya membawa kepada empat kepelbagaian iaitu aktiviti ekonomi, golongan masyarakat, kaum dan etnik serta adat dan kebudayaan.

Seramai 4,701 anggota Rela kini boleh dilihat melakukan rondaan bersama anggota polis untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan di empat buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor Baharu dan Pulau Pinang manakala di Sabah dan Sarawak membabitkan 920 anggota.

Tugas teras Rela dalam mengawal keselamatan dan keamanan kawasan ialah membantu mewujudkan konsep kawasan dan bandar selamat, menjaga kawasan larangan seperti punca elektrik dan punca air serta pintu masuk negara (yang tidak sah) bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Sejajar dengan kematangan usia Rela yang bakal menginjak ke usia 40 tahun, Program Perhimpunan Perdana Rela Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlangsung pada 28 Januari (Sabtu ini) di Dewan A, MAEPS Serdang bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang untuk meraikan dan menghargai jasa anggota-anggota Rela yang setia berbakti dan sentiasa bersedia memberikan bantuan tanpa mengira masa.

Hampir 20,000 anggota Rela dari seluruh negara akan menyertai perhimpunan yang julung-julung kali diadakan ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti pertunjukan, penerangan mengenai fungsi dan peluang menyertai Rela, kempen derma darah, demonstrasi serta gerai pameran membabitkan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Orang ramai yang berminat boleh menyertai pasukan sukarela ini apabila mengunjungi MAEPS asalkan mereka bebas daripada sebarang rekod jenayah, berusia 16 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Pegawai-pegawai Rela akan memberikan penjelasan lanjut untuk mereka yang mahu menyertai pasukan ini.

Bagi pelajar sekolah mereka akan berpeluang menyertai Kadet Rela di sekolah-sekolah manakala bagi penuntut universiti bakal menyertai Relasis (Ikatan Relawan Siswazah) apabila cadangan penubuhannya diperluaskan ke semua sekolah dan universiti (setakat ini ia hanya Relasis hanya ditubuhkan di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat).

Sejajar dengan konsep 1Rela, semua kaum kini semakin berminat untuk menyertai pasukan Rela apabila bilangan masyarakat Cina, India, Orang Asli, Bidayuh, Iban dan Dayak yang mendaftarkan diri untuk menyertai pasukan ini bertambah dari setahun ke setahun.

Ikatan perpaduan yang terjalin hasil daripada sesi latihan yang diadakan di pusat-pusat latihan Rela di seluruh negara mampu mewujudkan satu suasana muhibbah di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dan itulah hasrat yang tersirat di sebalik aktiviti sukarelawan pasukan yang telah wujud secara tidak rasmi sejak 1948 dan ditubuhkan secara rasmi pada 1972.

Source: Utusan Malaysia Online.

UM, UKM, USM dan UPM diberi kuasa autonomi

26 Januari 2012.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

PUTRAJAYA 26 Jan. - Empat lagi universiti hari ini diberi kuasa autonomi oleh Kementerian Pengajian Tinggi menjadikan lima universiti kesemuanya memiliki kelebihan itu ke arah meningkatkan kecemerlangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Universiti terbabit adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sementara Universiti Teknologi Malaysia menjadi IPTA pertama diberi kuasa autonomi awal bulan ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan adanya kuasa autonomi, IPTA berkenaan bukan sahaja boleh menentukan arus tadbir dan menjana kewangan sendiri, malah meliputi pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

"Dengan autonomi penuh ini, pihak universiti tidak ada alasan lagi untuk tidak cemerlang. Kita sudah bagi mereka kebebasan dalam menentukan urus tadbir universiti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Source: Utusan Malaysia Online.

Rabu, 25 Januari 2012

Temu Sastrawan Nusantara Melayu Raya

Mula disiarkan pada: Senin, 23 Januari 2012.

Padang, 16-18 Maret 2012.



Temu Sastrawan Nusantara Melayu Raya (Numera) di Padang, Sumatera Barat, INDONESIA, yang akan berlangsung pada 16-18 Maret 2012 murni kegiatan yang mengusung sastra dan budaya. Tidak ada unsur kepentingan lain di dalamnya, apalagi politik. Acara ini bersifat silaturahim sesama sastrawan dan terkhusus penulis-penulis muda yang diharapkan menjadi penerus tongkat estafet bangsa, mewarisi nilai-nilai budaya Melayu yang menjadi akar kebudayaan Indonesia, dan negeri-negeri serumpun Melayu lainnya.

BERIKUT UNDANGAN KAMI SEBAGAI PEMBUKA KATA MEMULAI IKATAN TALI SILATURAHIM DI RANAH MINANG TERCINTA:

Kepada
Yth. Bapak/Ibu/Tuan/Puan/Saudara (i)
Sastrawan Numera dan Penulis Muda
Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam,
Singapura, Thailand
di-
Tempat

Assalamualaikum Wr. Wb.

Kami doakan semoga Bapak/Ibu/Tuan/Puan/Saudara (i) dalam keadaan sehat walafiat dalam menjalankan aktivitas sehari-hari dengan baik.

Kami beritahukan bahwa Temu Sastrawan Numera (Nusantara Melayu Raya) untuk pertama kali akan dilaksanakan di Padang, Sumatera Barat, INDONESIA, pada 16-18 Maret 2012. TSN-1 ini bertema “Sastra, Bahasa, dan Budaya Melayu”. Rangkaian kegiatan meliputi: Seminar Internasional, Silaturahim Sastrawan, Lomba Baca Puisi, Bazar dan Peluncuran Buku, Malam Baca Puisi bersama Sastrawan Numera, serta Wisata Sastra.

Sehubungan dengan itu, kami mengundang Bapak/Ibu/Tuan/Puan/Saudara (i) para Sastrawan dan penulis muda dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, untuk mengikuti kegiatan ini. Panitia menyediakan penginapan, makan-minum, sertifikat, transport lokal, serta cenderamata selama 2 hari (16-17 Maret). Mengingat keterbatasan dana, panitia tidak menyediakan biaya transportasi peserta undangan dari tempat asal ke lokasi tujuan (PP).

Demikian Undangan ini kami kirimkan, atas perhatian, kerjasama dan partisipasi Bapak/Ibu/Tuan/Puan/Saudara, kami ucapkan terima kasih.

Wassalam,

Padang, 20 Januari 2012
Panitia Temu Sastrawan Numera-1

Dr. Edi Hasymi
Ketua

Muharman
Sekretaris

Sastri Bakry
Ketua Pengarah

Tim kerja
1. Muhammad Subhan
2. Romi Zarman
3. Zusnelly Zubir

Catatan:
1. Konfirmasi pendaftaran peserta paling lambat diterima panitia tanggal 15 Februari 2012. Jumlah peserta terbatas.

2. Pendaftaran dianggap sah bila peserta membalas surat/email panitia dengan mengirimkan FOTO diri dan BIODATA yang ditulis dalam bentuk narasi (maksimal setengah halaman kuarto). Berkas dikirim ke email panitia: numeraindonesia@yahoo.com.

3. Khusus sastrawan asal Sumatera Barat akan dikirim Undangan resmi versi cetak (off line) ke alamat masing-masing. Bila undangan belum/tidak sampai, maka tanpa mengurangi rasa hormat, Undangan yang kami kirim via email tetap berlaku (resmi).

4. Informasi dan permintaan Undangan dapat diajukan ke email: numeraindonesia@yahoo.com atau via pesan (sms) ke nomor 0813 7444 2075.


UNDANGAN TERBATAS!!!

***

SEKILAS│AGENDA TSN 1

TEMA

“Sastra, Bahasa dan Budaya Melayu”

LOMBA BACA PUISI PADANG
Lomba ini digelar pada tanggal 14 Maret 2012, lebih awal sebelum kedatangan rombongan sastrawan Numera, bertempat di Taman Budaya Padang*). Diikuti 50 siswa tingkat SLTA se Kota Padang. Peserta Lomba Baca Puisi akan membacakan puisi-puisi karya pemenang Lomba Cipta Puisi Padang 2011 yang diselenggarakan oleh Alumni Don Bosco (IADB) Padang akhir 2011 lalu. Koordinator lomba baca puisi Romi Zarman. Tiga pemenang mendapat kesempatan membaca puisi bersama Sastrawan Numera.

SEMINAR INTERNASIONAL
Seminar Internasional “Sastra, Bahasa dan Budaya Melayu” diikuti oleh seluruh peserta TSN 1 yang terdiri dari para sastrawan-sastrawan Indonesia-Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Singapura, Thailand, dll. Para sastrawan diundang secara terbuka untuk mengikuti acara ini. Selain sastrawan, pembicara juga terdiri dari Cendekiawan, Sejarahwan, Antropolog, yang ditunjuk mewakili masing-masing negara dipandu oleh moderator. Disamping para sastrawan, peserta seminar juga diundang guru-guru dari berbagai disiplin ilmu dengan jumlah maksimal 500 peserta. Penanggung jawab Acara Zusnelly Zubir, dan kepanitiaan dari Masyarakat Sejarahwan Indonesia (MSI) Sumbar.

SILATURAHIM SASTRAWAN
Silaturahim Sastrawan Numera bertujuan untuk mengkaji persoalan-persoalan terkait budaya dan sastra Melayu. Kegiatan ini khusus diikuti para sastrawan yang diundang dari negara-negara rumpun melayu. Kegiatan diskusi di Taman Budaya Sumatera Barat*). Diharapkan akan lahir berbagai pemikiran dan rekomendasi tentang persiapan kegiatan TSN di tahun-tahun yang akan datang. Boleh jadi Sumatera Barat menjadi tuan rumah kembali, tetapi tak tertutup kemungkinan juga daerah-daerah lainnya di Tanah Air ikut berpartisipasi menjadi Tuan Rumah. Tujuannya satu, agar semangat TSN dapat menyebar ke seluruh pelosok negeri.

BAZAR DAN LAUNCHING BUKU
Pada kesempatan ini juga akan diluncurkan Buku Puisi karya penyair-penyair muda Indonesia (150 puisi) yang lolos seleksi dan sebelumnya mereka mengikuti Lomba Cipta Puisi Padang 2011. Peluncuran ini bersamaan dengan acara Silaturahim Sastrawan yang bertempat di Taman Budaya Padang*). Pemenang lomba cipta puisi Padang yang sebelumnya diberangkatkan ke Malaysia dalam agenda Wisata Sastra juga diharapkan hadir dalam acara peluncuran ini. Selain itu, diadakan juga pameran buku karya para sastrawan dan penulis-penulis muda yang telah menerbitkan buku.

PERSEMBAHAN KARYA SASTRAWAN NUMERA
Persembahan karya Sastrawan Nusantara Melayu Raya berupa baca puisi, fragmen, dengan diselang selingi musikalisasi puisi dari Sumbar Talenta, Komunitas Sastra yang terpilih, komunitas teater yang terpilih, juga penampilan musik tradisi.

WISATA SASTRA
Seluruh peserta TSN yang diundang (selama 2 hari, 16-17 Maret) mendapat fasilitas akomodasi dan penginapan serta transportasi dari penginapan ke lokasi acara (transportasi dari daerah asal peserta (PP) ditanggung masing-masing peserta. Di penghujung acara peserta akan mengikuti agenda Wisata Sastra, di samping mengunjungi objek-objek wisata yang ada di Kota Padang.

PROGRAM│JADWAL KEGIATAN

JUMAT, 16 MARET 2012

Pukul 10.00 WIB – 18.00 WIB
Peserta melakukan Registrasi dan Chek in ke penginapan.

Pukul 19.00 WIB – 22.00 WIB
Welcome Dinner, jamuan makan malam di Palanta Rumah Dinas Walikota Padang. Dalam acara ini Walikota dan Ketua DPRD Padang menyampaikan Pidato Kebudayaan. Acara dibuka dengan tari Pasambahan, dibawakan anak-anak Talenta Sumbar.

Pukul 22.00 - ..Kembali ke penginapan.

SABTU, 18 MARET 2012-01-07

Pukul 8.00 WIB – 12.30 WIB
Seminar Internasional. Tempat di auditorium Museum Adityawarman Padang. Pembicara: Sastrawan, Budayawan, Sejarahwan, Antropolog, Cendekiawan, yang ditunjuk mewakili negara-negara yang diundang. Beberapa panelis yang terpilih (akan ditetapkan dalam rapat). Peserta para sastrawan dan guru se Sumatera Barat.

Pukul 12.30 WIB – 13.30 WIB
Istirahat, Shalat, Makan.

Pukul 14.00 WIB - 16.00 WIB
Silaturahim Sastrawan Numera. Acara ini berbentuk diskusi sesama sastrawan, membicarakan berbagai persoalan terkait sastra Melayu dan perkembangannya. Perlu membicarakan juga masa depan sastra Melayu. Tempat di Taman Budaya Padang*).

Pukul 19.00 WIB – 24.00 WIB (Makan Malam di penginapan pukul 18.00)
Malam baca Naskah Numera (puisi, cerpen, fragmen novel) karya sastrawan Indonesia-Malaysia dan sastrawan negara yang diundang lainnya. Pemenang Lomba Baca Puisi tingkat SLTA yang diadakan pada tanggal 14 Maret 2012, diundang khusus untuk ikut membaca puisi dalam kegiatan ini. Tempat di Ruang Teater Utama Taman Budaya Padang*).

MINGGU, 18 MARET 2012

Pukul 08.00 WIB – 12.00 WIB
City tour Pantai Padang, Keripik Balado Mahkota/Christine Hakim, Jembatan Siti Nurbaya, Kota Tua, Teluk Bayur, Unand, Bypass. Wisata Sastra ke Rumah Puisi*).

Pukul 12.00 WIB -16.00 WIB (Acara bebas, penginapan bebas)
Wisata belanja ke Kota Jam Gadang Bukittinggi. Peserta dipersilakan menikmati kuliner nasi Kapau di Pasar Atas Bukittinggi serta mengunjungi sejumlah objek wisata, seperti Taman Panorama dan Lobang Jepang.

Pukul 16.00 WIB – 18.00 WIB
Kembali ke Padang. Peserta bermalam di penginapan (jika masih memerlukan penginapan, panitia dapat membantu menghubungkan dengan penginapan di Padang, namun biaya ditanggung oleh masing-masing peserta), dan keesokan harinya Chek Out dari penginapan untuk kembali ke daerah masing-masing. []

Mula disiarkan di:
http://www.numeraindonesia.blogspot.com/

Pada: Senin, 23 Januari 2012

Tourism Malaysia mahu tarik ramai pelancong

25/01/2012

Tahun Melawat Perak 2012.

Melaka Bandaraya Bersejarah

SINGAPURA 24 Jan. – Tourism Malaysia akan menyediakan pelbagai produk pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong Singapura tahun ini, kata Pengarahnya bagi Singapura, Zalizam Zakaria.

Zalizam berkata, tahun ini, Tourism Malaysia akan meneruskan program sedia adanya tetapi dengan beberapa penyelarasan yang akan memberi faedah kepada ejen tempatan, hotel dan pemilik produk.

Beliau berkata, Program Kunjungan Suai kenal, sebagai contohnya, akan lebih menumpukan kepada tempat-tempat yang kurang popular dan kurang dilawati di Malaysia.

Cendawan di Royal Belum

“Tourism Malaysia juga akan mempromosikan dengan giat ”Inap Desa menerusi Kereta Api” kerana ia satu daripada percutian paling popular bagi pelajar dan warga emas di sini.

“Kami bekerjasama rapat dengan KTM Bhd. untuk mewujudkan pakej percutian menarik baharu,” katanya.

Zalizam berkata, oleh sebab kebanyakan orang Singapura mempunyai kereta, Tourism Malaysia juga akan mempromosikan laluan baharu dan sedia ada di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mereka menikmati pemandangan indah desa dan makanan tempatan di sepanjang jalan.

Keheningan hutan dara Malaysia.

Bagi Sabah dan Sarawak, Tourism Malaysia akan menggalakkan orang Singapura untuk ”Terbang dan Pandu”, katanya.

Beliau berkata, mereka yang gemar berbasikal juga tidak akan dilupakan.

“Kami kini sedang bekerjasama dengan beberapa kelab basikal untuk membawa mereka berbasikal di Malaysia dan menikmati pengalaman menarik sepanjang perjalanan,” katanya.

Zalizam berkata, orang Singapura melawat seluruh Malaysia.

“Bagaimanapun, kami kini mahu mengalih tumpuan mereka melawat ke destinasi yang kurang popular dan kurang dilawati seperti Pantai Timur, Perak, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, walaupun destinasi-destinasi ini mempunyai banyak produk pelancongan mereka gagal untuk menarik pelancong Singapura.

“Program ”Melawat Perak 2012” dan ”Melawat Kelantan 2012” telah menyediakan banyak aktiviti dan produk pelancongan untuk dinikmati rakan-rakan Singapura kita,” katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Selasa, 24 Januari 2012

IHH kini pengendali hospital swasta antara terbesar di dunia

Oleh Kamarulzaidi Kamis dari Istanbul,Turki
bhnews@bharian.com.my
2012/01/25


Khazanah beli 75 peratus ekuiti rangkaian pusat kesihatan di Turki

INTEGRATED Healthcare Holdings Sdn Bhd (IHH) yang dikuasai 62 peratus sahamnya oleh Khazanah Nasional Bhd muncul sebagai pengendali rangkaian perubatan swasta antara terbesar dunia setelah memuktamadkan pembelian 75 peratus ekuiti dalam Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH).

Dengan muktamadnya pembelian dalam syarikat pegangan Acibadem Saglik Hizmetleri ve Ticaret AS (Acibadem), iaitu rangkaian hospital terbesar Turki itu, IHH mendapat tambahan 1,800 katil, sekali gus meningkatkan jumlah katil di bawah kumpulan itu kepada 12,300 dengan 83 hospital, di belakang rangkaian perubatan swasta terbesar dunia ketika ini, iaitu Hospital Corporation of America (HCA) dengan 163 hospital.

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Eksekutif ASYH, Mehmet Ali Aydinlar berkata, ada pelbagai kaedah untuk menjadikan IHH berada pada kedudukan itu berdasarkan bilangan hospital dan jumlah katil.

“Kedudukan antara terbesar itu adalah berdasarkan kepada jumlah katil, sekali gus menaikkan taraf hospital itu ke peringkat global,” katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran dokumen sempena penyempurnaan pembelian 75 peratus kepentingan ASYH oleh IHH dan Khazanah itu di Istanbul, Turki semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi IHH, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman serta Pengasas yang juga Ketua Eksekutif Abraaj Capital, Arif Naqvi.

Penyempurnaan urus niaga itu dibuat setelah semua pihak berpuashati dengan perkara berkaitan perjanjian bersyarat yang dimeterai pada 23 Disember lalu dan syarat urus niaga pada 30 September.

Azman berkata, IHH kini memiliki operasi yang semakin meluas dalam pasaran pertumbuhan tinggi utama dunia.

“Sekurang-kurangnya, IHH kini berada di kedudukan kedua di dunia. Potensi pertumbuhan keuntungan dalam sektor ini juga adalah amat baik,” katanya.

Sebelum urus niaga itu, ASYH yang dimiliki keluarga Aydinlar dan Abraaj Capital memiliki 92 peratus dalam kepentingan kumpulan rangkaian pusat penjagaan kesihatan Acibadem.

Menerusi urus niaga yang dimuktamadkan itu, Khazanah secara tidak langsung menerusi IHH membeli 60 peratus dalam modal saham diperbesarkan ASYH, sementara itu Bagan Lalang Ventures, syarikat tujuan khas miliknya pula membeli 15 peratus kepentingan syarikat Turki itu.

Baki 25 peratus lagi akan kekal dipegang pengasas Acibadem, Aydinlar dan keluarganya.

Pengambilalihan itu meletakkan nilai keseluruhan pembelian saham Kelas A dan Kelas B Acibadem pada AS$1.68 bilion (RM5.320 bilion).

Susulan urus niaga itu juga, kepentingan Khazanah dan Mitsui & Co dalam IHH kini masing-masing susut kepada 62.1 peratus dan 26.6 peratus.

Ia adalah untuk memberi laluan kepada kemasukan Abraaj Capital dan keluarga Aydinlar yang masing-masing memegang 4.2 peratus dan 7.1 peratus ekuiti IHH.

Aydinlar berkata, perkongsian antarabangsa antara Acibadem dan IHH akan mewujudkan satu kumpulan perubatan yang unik, beroperasi dalam sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan merentasi zon Asia Pasifik sehingga ke Asia Barat serta Eropah Tengah dan Timur.

“Kami di Acibadem akan bekerjasama rapat dengan IHH untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan operasi, selain berkongsi pengalaman dan rangkaian dalam aspek penjagaan kesihatan lain seperti pendidikan serta pelancongan perubatan,” katanya.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Ahad, 22 Januari 2012

Kenangan Bersama Allahyarham Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid

Idris Ismail Talu.

Allahyarham Dato’ Salleh Abdul Majid (lima dari kiri)


Allahyarham Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid amat terkenal di kalangan warga Universiti Teknologi MARA kerana Allahyarham pernah menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM, kini UiTM) di Jalan Othman, Petaling Jaya, sebelum melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat .

Allahyarham berjaya mendapatkan ijazah Bachelor dalam bidang perniagaan dari Ohio University dan Master dari Northern Illinois University di Amerika Syarikat.

Oleh kerana penulis juga menyambung pelajaran peringkat tertiary di UiTM, penulis kerap berpeluang bertemu denga Allahyarham dalam banyak pertemuan, baik yang dianjurkan oleh UiTM atau oleh pihak ketiga kerana keterlibatan Allahyarham dalam Bursa Saham Kuala Lumpur sebagai Presiden pertama BSKL.

Allahyarham Dato’ Salleh Abdul Majid dalam suatu majlis anjuran UiTM


Watak keMinangannya terserlah apabila Allahyarham memimpin majlis, walau pun di waktu petang di mana biasanya para pesertanya mudah “belayar ke Bidor”. Pernah di dalam suatu majlis yang agak ilmiah, pemidato sebelum Allahyarham memberikan penyampaiannya dengan cara yang terlalu akademik, yang menyebabkanramai para pesertanya “belayar ke destinasi masing-masing!” Apabila majlis diambilalih oleh Allahyarham, beliau tetap memberikan pujian kepada pemidato sebelumnya betapa kemapanan penceramah tersebut yang masih mantap dengan cara keilmuannya. Allahyarham biasanya mempunyai banyak idea untuk menyegarkan majlis untuk menyampaikan idea-idea bernas dalam usaha menambahbaikkan penguasaan ekonomi masyarakatnya.

Penulis tidak mempunyai banyak gambar bersama Allahyarham Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid. Penulis memaparkan dua keping gambar yang ada dalam simpanan.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang yang solihin. Al Fatihah.

Idris Ismail Talu

Salleh Majid dalam kenangan

Oleh PROF. DATUK DR. ABDUL RAZAK SALLEH
PENULIS ialah Profesor Matematik
Pusat Pengajian Sains Matematik Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi

DUA minggu lalu, Selasa 2 Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433 Tahun Alif (nama tahun pertama dalam daur kecil, iaitu suatu sistem kalendar kitaran tempoh masa lapan tahun, yang pernah digunakan orang Melayu Nusantara dalam penulisan manuskrip, surat dan prasasti atau batu bersurat, satu ketika dahulu) kita dikejutkan dengan kembalinya ke Rahmatullah seorang penganalisis ekonomi negara yang amat disegani, Dato' Mohd. Salleh Abdul Majid.

Sehari dua seterusnya disiarkan Belasungkawa dan kisah mengenang kembali sumbangan dicurahkan Allahyarham dalam bidang ekonomi. Saya terpanggil untuk memaparkan pengesahan Allahyarham sejak kecil lagi sebagai latar belakang dan suasana persekitaran menyediakan beliau sehingga berjaya menjadi penganalisis ekonomi yang terkenal.

Salleh dilahirkan pada Isnin, 11 Julai 1949 bersamaan 1 Ramadan 1368 Tahun Dzal (tahun kelapan daur kecil) di Ulu Klang, Selangor. Saya pula dilahirkan kira-kira setahun sebelum itu. Ayah beliau, Abdul Majid Arifin, meninggal dunia semasa Salleh baharu berusia tiga tahun.

Ayah saya meninggal dunia sebelum saya dilahirkan. Dua belas hari selepas ayah Salleh meninggal, lahir adiknya Ibrahim. Ibunya, Halijah Mohd. Jamil, ialah anak jati Ulu Klang. Salleh ialah orang Minang dan tidak ada langsung darah Jawa seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan Allahyarham dari Institut Teknologi Mara (ITM) yang memanggil Allahyarham dengan gelaran 'Wak Salleh' atau 'Wak' sahaja.

Setelah ayah mereka meninggal dunia, mereka dua beradik dibela oleh moyang mereka, Abdul Manan dan Fatemah. Pada masa itu, Ulu Klang adalah sebuah kampung (walaupun hanya 7½ batu sahaja dari Kuala Lumpur) yang tidak ada elektrik dan air paip. Hampir setiap rumah memiliki perigi yang digali sendiri untuk mendapatkan air. Pada malam hari kami menggunakan pelita minyak tanah ataupun lampu karbaid, dan tidak berapa lama kemudian lampu gasolin. Di sebelah siang, rumah pasung (balai polis) di Batu 7 mengetuk bulatan besi untuk menandakan waktu pada setiap jam, sementara apabila masuk waktu sembahyang pula, kedengaran bunyi tongtong (atau ketuk-ketuk) di masjid Ulu Klang. Pada Jumaat pula kedengaran bunyi tabuh yang dipalu pada setiap jam hinggalah sampai ke waktu sembahyang Jumaat.

Sekolah Melayu Ulu Klang

Saya dan Salleh, dua orang anak yatim dari kampung ini, memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Ulu Klang pada 1955. Di sekolah inilah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berlakon sebagai Cikgu Shaari dalam filem Masam-Masam Manis. Sekolah di waktu pagi, sebelah petang kami mengaji di madrasah Ulu Klang (dekat Surau Al-Falahiah sekarang). Setiap hari, sebelum mula belajar di sekolah, kami diajar berkebun; menanam kacang botor dan pisang. Semasa di darjah 3 (1957), kami (termasuk yang di darjah 4 dan 5) mengambil peperiksaan untuk memasuki Special Malay Class (SMC) di sekolah Inggeris, yang diadakan di Sekolah Prince's Road (kini Jalan Raja Muda), Kuala Lumpur.

Batu Road School 2

Apabila keputusan peperiksaan untuk memasuki sekolah Inggeris diumumkan, maka pada 1958 saya dan Salleh Majid terpilih untuk ke Batu Road School (2), Kelas ini merupakan kelas peralihan daripada medium bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Murid-muridnya datang dari sekitar Kuala Lumpur: Ulu Klang, Gombak, Setapak, Kampung Datuk Keramat dan Kampung Baru. Dalam kelas termasuklah Ambrin Buang (kini Tan Sri, dan Ketua Audit Negara, bekas SUK Selangor dan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia). Semasa sekolah petang kami mengaji (al-Quran) pada waktu malam di rumah Lebai Abu, di sebelah rumah Salleh.

Semasa sekolah petang, oleh sebab perkhidmatan bas (Len Chee melalui Jalan Ampang) di Ulu Klang hanya tiga kali sehari maka kami terpaksa berbasikal ke Klang Gate (Genting Klang) untuk menaiki bas Len Seng pada pukul 11.30 pagi. Saya dan Salleh memiliki basikal kecil. Yang lain menaiki basikal biasa. Dari Ulu Klang kami melalui ladang getah Wardieburn (kini Taman Melawati) dan ladang getah Hawterdern (kini Taman Permata dan AU5).

Pada 1959 keseluruhan murid kelas SMC1 dinaikkan ke kelas SMC2. Pada tahun berikutnya kami dinaikkan ke darjah 6B. Tidak semua pelajar SMC2 masuk ke kelas ini, ada yang dimasukkan ke kelas 6C dan 6D, dan pelajar yang lainnya datang daripada Standard 5A dan 5B (aliran Inggeris).

Di kelas inilah mulanya kami bercampur dengan pelajar 1Malaysia, Melayu, Cina, India dan Benggali (Punjabi). Tiada seorang pun dari SMC2 ini ke darjah 6A, yang nampaknya hanya untuk pelajar dari darjah 5A sahaja, termasuklah Del Akbar Khan (Datuk, Timbalan Pesuruhjaya Polis, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur dan bekas pemain bola sepak negara).

Masa kami di darjah 6, ibu Salleh memiliki kereta baharu, Morris Minor. Saya beruntung kerana sama sekolah dengan Salleh, jadi kami sering pergi dan balik sekolah menaiki kereta itu. Ayah (tiri)nya, Pakcik Ahmad dan ibunyalah yang selalu menghantar dan mengambil kami di sekolah. Saya dan Salleh begitu rapat sekali, macam adik-beradik.

Membesar di kampung

Kami membesar seperti budak-budak kampung lain pada waktu itu. Masa itu setiap permainan ada musimnya, seperti juga musim buah-buahan. Permainan kami termasuklah main kotak, tudung lemonad, getah, spider (bukan labah-labah), guli (bénda siku), gasing, terup (3 daun, terup Keling, 21, colek, tan) dan ikan pelaga; melastik dan menjerat burung, letup-letup, dan meriam buluh. Apabila sudah dewasa sedikit, petang-petang kami main bola sepak di padang. Kadang-kala main badminton di gelanggang yang ada di rumah Salleh.

Musim buah-buahan sungguh menyeronokkan di Ulu Klang. Macam-macam buah ada. Di rumah Mohamed Yusof, Amir Shah dan Husin, kami kenyang memakan manggis, rambai, rambutan, langsat dan sentul. Semasa sekolah petang, paginya kami bermain dahulu di rumah Mohamed; main guli bénda siku. Salleh suka membuli rakan-rakan lain dalam permainan ini. Dibawanya guli lawan ke pangkal pokok yang banyak akar. Lawannya perlu menyiku guli tersebut hingga ke petak asal. Masalah timbul apabila lawannya perlu menyiku gulinya daripada akar pokok tersebut. Lalu kumpulan Salleh menang.

Salleh suka menjala dan meniruk (tiruk yang dibuatnya sendiri) ikan di sungai dengan kawan-kawan yang lain. Sungai Ulu Klang pada waktu itu kaya dengan pelbagai jenis ikan: sebarau, tengas, lampam, lemasai, selimang, terbul dan macam-macam lagi. Beliau sering juga menjala di kawasan Empangan Klang Gate bersama adik-adiknya.

Semasa datuknya tiada di rumah, Allahyarham pernah mencuba motosikal Aerial datuknya. Allahyarham meminta bantuan saya menghidupkan enjin motosikal tersebut. Sempat Allahyarham membuat satu pusingan di kawasan rumahnya. Akhirnya Allahyarham sempat juga memiliki motosikal Harley Davisonnya sendiri.

Satu malam di bulan puasa Allahyarham pernah melaungkan azan pada waktu Isyak, terperanjat kami dibuatnya. Allahyarham sering ikut sama bertadarus al-Quran.

Sekolah menengah

Dari darjah 6B Batu Road School, saya dan Salleh adalah antara yang terpilih untuk ke High Street School, Kuala Lumpur (1961). Kami ditempatkan di Tingkatan 1 Yellow. Untuk ke sekolah kami menaiki basikal ke Batu 4 Jalan Ampang (dekat Ampang Point sekarang) untuk menaiki bas Len Chee sebelum pukul 7.00 pagi. Sampai di perhentian bas Malacca Street kami berjalan kaki ke High Street (kini Jalan Tun H.S. Lee).

Kami mengikuti kelas menaip, pelajar dari kelas lain mengambil pertukangan kayu atau pertukangan besi. Agaknya kelas menaip itulah yang memberi inspirasi dan galakan kepada Allahyarham meminati bidang penulisan. Tingkatan 2 kami menumpang di St. John's Institution, sementara menunggu bangunan High School siap dibina di Air Panas, Setapak. Tingkatan 3 di High School, Setapak.

Selepas peperiksaan LCE, pada 1964 saya berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan Salleh terus di tingkatan 4 dan 5 di High School. Saya meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang (1966-1967). Salleh ke Institut Teknologi MARA (ITM, kini UiTM) di Jalan Othman, Petaling Jaya, dan Mohamed Yusof (rakan dari Ulu Klang) terus di St John's Institution sehingga ke tingkatan enam.

Universiti

Salleh melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan berjaya mendapatkan ijazah Bachelor dalam bidang perniagaan dari Ohio University dan Master dari Northern Illinois University. Saya ke Universiti Malaya dan dianugerahi ijazah BSc (Hons) dalam bidang Matematik. Seterusnya saya ke United Kingdom di bawah biayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya meraih ijazah MSc dan PhD dalam bidang Matematik Tulen, yang menjadikan saya anak Ulu Klang pertama mendapat ijazah PhD, malah anak Melayu Selangor yang pertama mendapat ijazah PhD dalam bidang matematik. Mohamed juga ke Universiti Malaya untuk mendapatkan ijazah Bachelor of Economics (Hons), dan meraih ijazah Master dari Missouri University, Amerika Syarikat.

Kembali dari luar negeri kami bertiga yang berasal dari Ulu Klang ini (saya, Salleh dan Mohamed) jarang bertemu, kecuali pada Hari Raya dan sekiranya ada kenduri kahwin atau kematian di Ulu Klang. Pada Hari Raya kami sering kunjung-mengunjung bersama keluarga masing-masing. Salleh berkhidmat di ITM dan menjadi Head, Business School. Allahyarham sudah merasai pelbagai jawatan termasuk Presiden pertama BSKL. Saya berkhidmat di UKM sehingga hari ini, dan Mohamed masih berkhidmat dengan Kosas.

Pernah berlakon filem

Saya dan Salleh pernah berlakon filem semasa Merdeka Filem Studio mula-mula dibuka di Ulu Klang. Filem yang pertama dihasilkan di Merdeka Studio itu ialah filem Tun Tijah, arahan L. Krishnan. Dalam filem tersebut seniman Abdullah Chik berlakon sebagai Hang Tuah, dan seniwati Salmah Ahmad sebagai Tun Tijah. Kami hanya memegang watak 'pak pacak' sahaja yang dibayar $3 sekali pengambaran. Filem yang kedua lakonan kami ialah filem kedua keluaran Merdeka Studio, iaitu filem Abu Nawas, arahan A.R. Tompel.

Allahyarham pernah menjadi ahli Lembaga Penasihat Akademik di Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, dan terakhir Allahyarham dilantik sebagai Felo Utama di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Fakulti Ekonomi Pengurusan, UKM dari 4 Mei 2007 hingga 3 Mei 2009. Allahyarham menghasilkan beberapa buah buku termasuklah yang berjudul Saham terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1993.

Atas sumbangan Allahyarham kepada negara amnya, dan khususnya kepada Selangor Darul Ehsan, Allahyarham dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Kira-kira tiga bulan sebelum Allahyarham meninggal, saya menemui Allahyarham di Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Klang, selepas solat Jumaat. Sempat beliau mengatakan yang beliau menghidap kanser usus pada tahap kritikal.

Saya memberitahu perkara itu kepada isteri saya dan rakan kami Mohamed. Saya dan Mardzuki (suami dua pupu saya dan rakan Allahyarham di ITM) menziarahi Allahyarham di HKL pada malam Khamis 29 Disember 2011. Pada ketika itu Allahyarham masih sedar dan semasa bersalaman Allahyarham memegang erat tangan saya dan mengambil masa untuk mengingati saya.

Saya berkata kepada ibunya yang sudah berusia 80 tahun dan masih sihat: ''Malik sungguh bertuah, kerana dalam keadaan begini emaknya masih ada di sisinya."

Ibunya menyambut, "Mudah-mudahan Malik sembuh semula seperti sedia kala." Semasa mahu pulang saya memberitahu Allahyarham supaya banyak berastaghfar dan mengucap. Allahyarham sebak dan mengalirkan air mata; mungkin memberi isyarat yang kami akan berpisah.
Allahyarham tidak mahu melihat kami beredar dari katilnya. Pada tengah hari, Ahad, 1 Januari 2012, saya dan isteri menziarahinya, matanya sudah tertutup dan beliau bernafas dengan bantuan oksigen.

Saya membisikkan kalimah syahadah ke telinganya beberapa kali. Kami adalah antara yang terakhir menemuinya pada malam itu. Semoga Allah mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang yang solihin, Amin.

Disiarkan semula dengan izin penulisnya.

Source: Utusan Malaysia Online.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran