Idris Talu
Kuih Putu Perak
Kuih ini cukup terkenal di
negeri Perak Darul Ridzuan ini.
Kuih yang berasaskan beras yang
telah dikisar halus digaul bersama tepung beras, tepung beras pulut, sedikit
kelapa parut, serta gula pasir memang enak dimakan. Dikukus dalam acuan khas
seakan-akan bentuk acuan kuih baulu.
Kuih putu perak boleh
didapati di beberapa tempat di Perak, seperti RTC Gopeng, Hentian Rehat & Rawat
di Hulu Bernam, serta di Taiping. Di bandar-bandar lain seperti Lenggong dan Kuala
Kangsar pun ada.
Selamat menikmati kuih “putu
perak”.