BUKIT MERTAJAM 4 Mei - Seramai 16 orang wartawan dari
pelbagai media di Indonesia melakukan lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan
Utusan Melayu (M) Berhad di Seberang Jaya di sini hari ini.
Mereka terdiri daripada wartawan TV Indonesia, Majalah
Teras, Banten Post, Warta Banten, Radio Hot FM, Kabar Banten, Jaya Pos dan
Suluh Banten.
Ketibaan mereka ke loji itu disambut oleh wartawan-wartawan
Utusan Malaysia dan Kosmo! serta Penyelia Pengeluaran Utusan Seberang Jaya,
Tajudin Mohd. Zaini.
Taklimat ringkas mengenai operasi akhbar Utusan Malaysia dan
Kosmi! kepada rombongan tersebut disampaikan oleh Penolong Ketua Biro Kosmo!,
Zaki Salleh.
Ketua Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Firdaus Zainudin
berkata, penerangan yang disampaikan itu banyak memberi maklumat yang lebih
jelas mengenai operasi akhbar di Malaysia termasuk akhbar Utusan Malaysia dan
Kosmo!.
Katanya, usaha yang diambil oleh PWI ini adalah baik sekali
dan berharap wartawan dari Malaysia dapat membuat lawatan ke Indonesia pula
selepas ini.
"Lawatan ini boleh merapatkan hubungan antara wartawan
kedua-dua negara jiran," katanya. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan