KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah
dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan
dinaikkan pangkat berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika
mengumumkan perkara itu berkata, ia melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan