Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh : 2010/07/22
ALOR GAJAH: Pembangunan modal insan adalah prasyarat penting untuk memacu pertumbuhan rantaian ekonomi bernilai tinggi yang berpaksikan ilmu pengetahuan dan teknologi di negeri ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada semua sekolah bagi melahirkan modal insan yang seimbang.
“Dalam mencapai sasaran ini juga, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan guru sewajarnya bersama menggembleng tenaga dengan melakukan anjakan paradigma supaya kita dapat menerima perubahan sekali gus tidak ketinggalan dalam arus perkembangan pendidikan era globalisasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan Majlis Minum Petang Bersama Pemimpin dan Hari Kokurikulum 2010, dekat sini, baru-baru ini.
Program anjuran PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Dol Said itu dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik.
Antara peserta pameran adalah Kolej RISDA Alor Gajah, Bank Rakyat cawangan Tampin, GZ Reliance Automibile Sdn Bhd, PNI Neuron (M) Sdn Bhd dan International College of Yayasan Melaka.
Selain itu, turut diadakan pemeriksaan perubatan percuma oleh Putra Specialist Hospital dan persembahan kebudayaan bercirikan 1Malaysia oleh pelajar diiringi Kumpulan Gendang Warisan.
Menariknya mengenai majlis itu, juadah yang disediakan adalah hasil gotong-royong membabitkan guru, ibu bapa dan pelajar sekolah berkenaan.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Ab Wahab Ab Latip dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_PIBG_gurubersatulahirmodalinsancemerlang/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Sumber: Berita Harian Malaysia O nline. Tarikh: 08 November 2010. Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Muhamad Fairoz Azizan, bhnews@bharian.com.my...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar : 11 Oktober 2010. Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL, FARABI SYED SHEIKH AL-JABRI, RIZANIZAM HAMID dan NORA...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Stesen keretapi Batu Gajah, sebuah stesen baru menggantikan stesen keretapi yang lama yang terletak berhampiran dengan ...
-
Idris Talu Kerabu daging kerbau cara urang Rao atau "Asam Koba". Kerabu daging kerbau cara urang Rao ini bias...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan