Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 2010/06/10
TELUK INTAN: Lembah Lenggong di Hulu Perak dikenal pasti sebagai sebahagian kawasan tapak warisan dunia yang terpenting di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata dengan adanya pengiktirafan itu, kawasan berkenaan bakal menjadi lokasi tapak warisan sama seperti pengiktirafan diberi kepada dua kawasan di Malaysia iaitu di Georgetown dan Melaka.
"Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sudah menjalankan kajian di kawasan berkenaan dan memaklumkan kawasan Lembah Lenggong dikenal pasti sebagai tapak warisan dunia. "Mereka berpandangan Lembah Lenggong memiliki ciri-ciri tapak warisan yang penting di negara ini. Mereka juga sudah menyediakan laporan yang bakal meletakkan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, semalam.
Katanya, penilaian UNESCO juga mendapati Lembah Lenggong menyimpan pelbagai khazanah sejarah tamadun terawal dunia yang menjangkau usia sekitar 1.83 juta tahun lalu.
"Selain itu penemuan ‘Perak Man’ di kawasan Lenggong turut menguatkan lagi cadangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak warisan penting dunia," katanya.
Zambry berkata, UNESCO sudah mengemukakan cadangan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan kawasan berkenaan yang merangkumi sekitar beberapa ratus hektar diteliti sebaik mungkin.
"Saya harap laporan lengkap itu akan diperoleh dalam tempoh terdekat bagi membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti kawasan sebenar untuk diisytiharkan tapak warisan,” katanya.
Beliau berkata, bagi merealisasikan rancangan itu, kerajaan Perak juga memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Eko-Pelancongan Dunia kedua yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 Julai depan.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LembahLenggongbakaljaditapakwarisandunia/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 6 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu. Semalam, 23 September 2010, penulis dapat bersama-sama beramai-ramai dengan sebahagian dari kaum keluarga Kumpulan Met...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
Universiti Damascus Syria. University Aleppo Syria Mutakhir, 17:50:21 PM PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan