Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh MOHD.ISWAN SHAFIQ MAT ISA, pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Julai - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) merupakan kesinambungan kepada perjuangan Utusan Melayu yang tidak pernah luntur dalam memajukan warisan seni dan budaya tanah air.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia terhasil melalui penyediaan ruangan-ruangan sastera yang banyak dalam akhbar dan majalah milik Kumpulan Utusan.
Katanya, ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen berterusan pihak Utusan Melayu dalam dunia kesusasteraan dan membuka pintu seluas-luasnya kepada para penulis untuk mempamerkan bakat masing- masing dalam mana-mana cabang sastera yang diminati.
"Saya percaya penganjuran HSKU yang lebih dua dekad ini merancakkan lagi kegiatan sastera dalam usaha memberi rangsangan kepada penulis-penulis daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
" Maka, tidak hairanlah sekiranya Utusan Melayu dianggap sebagai 'sebuah universiti' terbuka yang telah melatih dan melahirkan ramai sasterawan terkemuka seperti Keris Mas, Usman Awang dan A. Samad Said," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil kali ke-25 di Istana Budaya hari ini.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Subsidiari ExxonMobil (Malaysia), Hugh W. Thompson dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamad Juhari Shaarani.
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu novel remaja, cerpen remaja, cerpen dan puisi.
Selain itu, satu kategori khas turut dipertandingkan iaitu kajian dan rencana sastera. Bagaimanapun, hanya rencana sastera mempunyai pemenang.
Bagi kategori novel remaja, Sri Rahayu Mohd. Yusop ditabalkan sebagai pemenang utama dengan novel bertajuk Impulss: Roh sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000.
Tempat kedua dimenangi oleh Md. Nizar Parman dengan karyanya Silir Daksina dan membawa pulang RM4,500 manakala Norziati Mohd. Rosman menduduki tempat ketiga dengan karyanya bertajuk, Dayung Sudah di Tangan memenangi RM3,000.
Kategori cerpen pula dimenangi oleh Zainal Palit (Zaen Kasturi) dengan karyanya bertajuk Akhir Parak Siang bersama Nazmi Yaakub (Embus Iman di Indus) dan Farahana Hussain (Mahkota Di Atas Jemala) dan kesemua mereka menerima RM3,000.
Kategori cerpen remaja pula menyaksikan pemenangnya Hafizah Iszahanid dengan karyanya bertajuk Ayam Patah Kepak, Mohd. Sudzail Mohd. Nor (Kasut, Sutan dan Khamun) dan Nadia Mohamad Hatta dengan karya Puaka Pak Jahar. Mereka menerima RM2,500.00.
Kategori puisi pula menyaksikan Syed Mohd. Zakir Syed Othman dengan karyanya berjudul Aroma diangkat sebagai juara sekali gus membawa pulang RM1,000 bersama dengan Zainal Palit (Ingatan Kepada Kawan XX1) dan Mohamad Saleeh Rahamat (Sekeping Lukisan di Kaki Lima).
Mohd. Hashim Osman pula menerusi karyanya yang berjudul Bahasa Cinta Hamzah Fansuri dipilih oleh juri sebagai pemenang kategori rencana sastera dan menerima RM1,000 bersama dengan seorang lagi pemenang iaitu Mohamed Ghozali Abdul Rashid (Psikosomatik Yang Menyala).
Kesemua pemenang menerima hadiah daripada Ismail Sabri.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 9 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan