Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 2010/07/10
Langkah awal perlu elak penyelewengan lebih buruk: Mashitah
JERLUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata JAKIM akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.
“Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, semalam.
Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Katanya, JAKIM juga ada rekod berhubung program dikendalikan ESQ.
“Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa,” katanya.
Mashitah berkata beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.
“Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang membabitkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.
Sementara itu, ESQ tetap meneruskan program motivasi di 13 negeri kecuali Wilayah Persekutuan sehingga Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan membuat keputusan berhubung status pelaksanaan ESQ itu tidak lama lagi.
Pengurus Besarnya, Marhaini Yusoff, berkata hanya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengharamkan modul ESQ, tetapi beberapa negeri termasuk Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah memberi kebenaran.
“Kita berharap Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan cepat membuat keputusan berhubung isu ini kerana ia menimbulkan keresahan 65,000 peserta yang pernah mengikuti modul program ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Mengulas adakah pendekatan undang-undang akan diambil terhadap Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa mengharamkan ESQ yang dianggap satu fitnah, Marhaini berkata, pihaknya tidak bercadang berbuat demikian, sebaliknya meminta Wan Zahidi menarik balik fatwa dikeluarkan, manakala empat kursus dirancang diadakan di sini turut dipindahkan ke negeri lain.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMtelitisemulaESQ/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 9 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
2 ulasan:
Assalamualaikum Idris Talu
Allahuakbar
Subhanallah
setiap duit siling ada dua muka
dlm bab ini ada salah satu yg berkepentingan untuk dunia
Wassalam
Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,
En Rozali, "jiran" En. Rozali "tumpang cari rezeki" di bawah rumah En. Rozali, molekkah "berkata begitu" kepada En. Rozali?
Nampak gayanya "dia" mintak En. Rozali ikut "aturan dia", bukan "dia" ikut aturan En. Rozali!
Saya teringat gurauan Allahyarham P. Ramlee, "Dunia, dunia, lebih baik berniaga xxxx dari berniaga unta!"
Wassalam
Catat Ulasan