TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 30 Julai 2009

Temengor - Fish - 26 December 2006

By Idris Talu

After having a breakfast at a food stall near the boat-jetty, I drove to a place where Orang Asli's fisherman sold their catch for that particular day to the "middle man" who later sale it at the Gerik fish market.

This Tengalan weight almost 2 kg valued at RM23 per kg.



Tengalan Temengor RM23.00 perkg.

Anak Belida (Selat)Temengor.


13 kg of ikan selat (belida at early age). Chinese favorite fish due to the sweetness of fish. Normally consumed as fish balls.

Variety of fresh water fish from Temengor.

Fresh-water fish.

Sebarau, terbul and other fresh-water fish.

Fishes from Lake Temengor

Kaloi - weighted almost 2 kg.



©idristalu@2009

Rabu, 29 Julai 2009

UiTM Alumni - Update Your Data

UiTM Alumni Data

All UiTM alumni are requested to update their data at UiTM website. You may update at this url:
www.alumni.uitm.edu.my

©idristalu@2009

Isnin, 27 Julai 2009

Johor Bahru - Memori 24 April 2006

By Idris Talu

Setelah "terbang" selama hampir satu jam dengan AirAsia dari Ipoh ke Senai, penulis dan Haji Mustafa menaiki bas ke bandar Johor Bahru.

Ini adalah gambaran yang pertama saya lihat di Johor Bahru, yang saya rakamkan dengan kamera saya.

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Kami berada hampir seminggu di Johor Bahru untuk mengikuti "seminar" sebelum dibersarakan.

Sedih? Memang sedih. Semasa kita kuat cergas, tenaga kita diperlukan, kita ditatang bagaikan minyak yang penuh, bila sudah kurang tenaga, "You have to go!"

Sebahagian Pejabat Pendidikan Daerah.

Inilah ghopanya hotel tempat kami berseminar. Namanya Hotel Selesa. Cukup selesa.

Hotel Selesa, Johor Bahru.

©idristalu@2009

Johor Bahru - Memori 25 April 2006

By Idris Talu

Pagi hari yang kedua berada di Johor Bahru, selepas solat Subuh, penulis mula mengambil gambar di sekeliling Hotel Selesa. Penulis lupa, tinggal di tingkat yang ke berapa - berbelas tingkat juga rasanya.

Gambar pertama pagi ini penulis ambil arah ke Timur (tak payah ceritalah, takkan matahari naik dari arah Barat?). Matahari baru menunjukkan ghopanya yang masih belum marah lagi, belum panas kata orang.

Cuaca pagi di Johor Bahru.

Matahari makin lama semakin tinggi naiknya. Pulau Singapura juga semakin kelihatan. Semasa di Bali penulis bertanya dengan orang Hindu Bali, pura itu apa maknanya, sebab banyak tempat bernama pura di Bali.

"Pura itu, tempat kami beribadat!" kata orang Hindu Bali itu. Rupanya pura itu ialah "temple" atau "berhala" dalam bahasa kita. Kita sedap menyanyikan lagu "Pura Cendana!". Noktah!

Kabus tipis di ufuk Timur Hotel Selesa, Johor Bahru.

Suasana di sekeling hotel cukup indah. Namun begitu, jalanraya di depan hotel tempat kami menginap sudah riuh dengan kenderaan sejak awal Subuh tadi lagi.

Kononnya ramai rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura - bekerja di sana.

Entahle, bangunan apa ye?

Penulis sendiri tidak tahu nama bangunan-bangunan yang diambil gambarnya - main snap sahaja.

Sebelah Barat Hotel Selesa, Johor Bahru.

Sebelah mana? Astaga Lali! Kata sahabat Jawa dari Muar.

Haji Mustafa.

Hai..... Merah sangat tu Pak Ngah! Tuan Haji Mustaffa dengan baju merahnya. "Orang lama kena garang!" Kata Haji Mus. Teman tak komplen apa-apa!

Pemandangan bandar Johor Bahru.


Idris Talu di Johor Bahru.

Penulis dengan baju biru laut. Biru itu ketenangan. Kawan-kawan dari Johor kata pada penulis, "Engkau ni oghang Johor atau oghang Perak?". Orang Perak, biasanya menyebut Perak, bukan dengan huruf "ra" (jawi) atau "r" (rumi), tetapi dengan huruf "ghen" (jawi), atau "gh" (rumi).

Alhamdulillah, penulis memang biasa terkontang-kanting merata tempat sejak kecil, maklumlah yatim sejak umur tujuh tahun, tahu membawa diri - jumpa kawan Johor, buat cara Johor, jumpa kawan Pahang, "Kawan tak mende le!".

Kalau jumpa kawan dari Temerloh, "Kas ndak kas sebut!" (Saya hendak saya sebutlah!). Bagi dek tokeh restaurant tu carlsberg, tak pengsan!

Hotel Selesa Johor Bahru.

Sebahagian bandar Johor Bahru.

Pesiaran yang cantik.

Pesiaran - tempat untuk pejalan kaki, kelihatan cukup bersih dan cantik di sekitar Johor Bahru. Rakyat Johor cukup terkenal dengan kebersihan mereka. Penulis diberitahu, kawasan kampung di sekitar Bandar Maharani Muar, cukup teratur, bersih dan menarik.

Pesiaran di Johor Bahru.

Ada yang bertanya dengan penulis, perbezaan antara perkataan "persiaran" dan "pesiaran". Fahaman penulis dari pembacaan majalah-majalah bahasa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, "pesiaran" bermaksud tempat kita bersiar, contohnya jalan-jalan di dalam taman-taman atau kawasan-kawasan perumahan.

Sementara "persiaran" pula benda yang membawa kita bersiar, contohnya bas persiaran, kapal persiaran dan sebagainya.

"Habis tu, macam mana ada Majlis Bandaraya, Majlis Daerah yang berikan nama jalan sebagai "Persiaran"?

No komen! Noktah!


Hotel Selesa.

Hotel Selesa dari sudut lain.

Kompleks baru di Johor Bahru.

Johor Bahru dan sebahagian di seberang tambak.

Johor Bahru yang cantik.

Sebahagian dari Johor Bahru.

Penulis memohon maaf kepada para pembaca blog ini kerana kurang arif dengan gambar-gambar yang diambilnya. Bak kato oghang Soghomban, "Tak dapek den manolongnyo!"

©idristalu@2009

Johor Bahru - Memori 27 April 2006

By Idris Talu

Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru.

Sarapan di Johor Bahru.

Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Bakar berbual ringan sambil menikmati sarapan. Hawa pagi di JB ketika itu, masih sejuk.

Sarapan di Hotel Selesa, Johor Bahru!

Penulis ikut serta bersarapan.
Pada usia senja ini, sarapan memadai dengan makanan yang ringan-ringan sahaja
- not too high calorie.

Telurnya dua biji!

Sdr Abd Rahim (dari Batu Pahat) dan Sdr Abd Jalil (?) bersarapan.
Hai, ada telor nampaknya!

Sahabat kita Sdr Felix dan rakannya…..

Sdr Zainal Abidin Harun dari Kuala Lumpur
– makan berdua nampaknya!

Sdr Saiful Zezan, Sdr Md Soom, Tuan Haji Mustaffa dan lain-lainnya.

Tekun mendengar kuliah dari Sdr Mohd Kahar (yang juga akan bersara). Suasana cukup ceria dalam seminar ini.

Sdr Pala (pernah bertugas di Kuala Lipis) dan Sdr Abu Bakar, khusyuk benar nampaknya.

Kuliah lagi.......

Masih dalam kuliah.

Bergambar beramai-ramai........
Penulis bertai merah.

Masih menunggu bas untuk melawat sekitar JB.

Sdr Rashid, Sdr Saiful Zezan dan rakan-rakan lainnya, menunggu bas untuk melawat sekitar Johor Bahru.

Tempat pertama yang dilawati ialah Istana Besar.

Keindahan Istana Besar di Johor Bahru.

Istana Besar di Johor Bahru.

Tabong Haji Johor Bahru.

Bangunan hampir dengan Istana Besar di Johor Bahru.

Kagum dengan keindahan Istana Besar di Johor Bahru.

Sebahgian dari Istana Besar di Johor Bahru.

Istana Besar di Johor Bahru.

Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Tabong Haji, Johor Bahru.

Bangunan Tabung Haji tesergam indah di Johor Bahru. Lambang kekuatan ekonomi umat Islam di sini.

Masjid Sultan Abu Bakar

Melawat ke Johor Bahru rasanya tidak sah kalau kita tidak berkunjung ke Masjid Sultan Abu Bakar yang tesergam indah ini. Selain dari umat Islam yang menjalankan perintah Allah, masjid ini juga menjadi tumpuan para pelancung dalam negara dan juga dari luar negara.

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Dibina di atas sebuah bukit kecil, di Jalan Sultan Abu Bakar, betul-betul di tepi Selat Teberau. Ianya mula dibina dalam tahun 1893 (1311 Hijriah) semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (Pengasas Johor Moden).

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Kos pembinaan masjid dianggarkan sekitar $400,000 di masa itu. Dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan pembinaan masjid ini ialah selama lapan tahun.

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Bangunan masjid dikatakan mempunyai senibina Morrish Victoria yang banyak terdapat di Mesir.Dikatakan juga menaranya seiras bentuk Mamluk Qalaun bercampur Mamluk Bargug.

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia, dianggarkan sudah mencapai usia 116 tahun. Masih tetap menjadi tumpuan pelancung dari luar mahu pun dalam negara.

Keindahan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Pelancong di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Menara Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Salah satu menara Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Rasanya ini pusat membeli-belah bebas cukai.

Pembangunan pesat di Johor Bahru.

Boat di Selat Teberau.

Kompleks baru di JB.

Johor Bahru.


Johor Bahru.

Idris Talu di pinggir Selat Teberau, Johor Bahru.

Penulis, di tepi Selat Teberau yang penuh dengan kejadian bersejarah itu – bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan, hingga sampai ke tanah hujung, benua besar Asia yang paling Selatan ini.


©idristalu@2009

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran