By Idris Ismail Talu.
Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk meranti ini mulai cambah menghijau bersama rerumput lainnya seperti capalaling (sintrong).
Ini menunjukkan bahawa biji benih pucuk meranti yang sekian lama bertaburan di atas tanah, senantiasa menunggu masa yang sesuai untuk tumbuh. Nama saintifik pokok pucuk meranti ini ialah Solanum Nigrum.
Di kalangan orang Tamil, menyebutnya sebagai Manathakkali Keerai. Biasanya pucuk meranti yang muda dibuat sup atau dimasak lemak manis, walau pun pucuk meranti ini agak pahit rasanya.
Dari segi kesihatan, pucuk meranti dikatakan boleh menyembuhkan ulcer mulut dan perut, serta mengurangkan kesan sakit akibat gastric. Namun begitu, buahnya dikatakan tidak sesuai untuk dimakan.
Di Indonesia, pucuk meranti juga dikenali sebagai “Terung Ranti”, manakala di kalangan orang Sunda, ianya disebut sebagai “Leunca”. Di sesetengah tempat ianya dikenali sebagai kampai atau lumai.
http://idristalu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan