Oleh Rejal Arbee
2011/01/13
Racun neonicotinoid patut diharamkan elak serangga terus pupus
DALAM tempoh beberapa tahun kebelakangan ini banyak diperkatakan oleh pencinta alam dan petani, baik di Amerika Syarikat mahu pun Eropah terhadap fenomena yang mana banyak koloni lebah madu semakin berkurangan. Sejak 2006 tidak kurang daripada tiga juta koloni lebah madu hilang di Amerika saja.
Kekhuatiran ditimbulkan bagaimana kalau hal ini berterusan bukan saja pengeluaran madu akan terjejas seperti dialami di beberapa kawasan di Eropah mahupun Amerika Syarikat, tetapi yang lebih membimbangkan ialah akibat buruk yang boleh melanda pengeluaran bahan makanan untuk pasaran dunia termasuk pelbagai macam hasil buah-buahan, kekacang, jagung malah bijirin seperti gandum yang akan berkurangan. Kiranya ini berlaku ia bukan saja akan memberi tekanan terhadap harga bahan makanan dunia, malah boleh mengakibatkan kebuluran khususnya bagi ramai penduduk negara miskin yang tidak mampu membayar kos tinggi membeli bahan makanan keperluan mereka.
Kita mungkin tertanya-tanya apa pula kena-mengena kekurangan lebah dengan kekurangan hasil pertanian itu untuk pasaran dunia.
Sebenarnya kekurangan gerombolan serangga ini sememangnya boleh mendatangkan kemudaratan terhadap pengeluaran buah-buahan, kekacang dan bijirin. Ini adalah kerana lebah inilah yang menentukan sesuatu pohon boleh didebungakan apabila menghampiri bunga tumbuhan itu untuk mendapatkan nektarnya yang kemudian dibawa kembali ke sarang dan meluahkan nira itu menjadi madu.
Kekurangan gerombolan lebah ini sudah tentu menyebabkan tumbuhan itu tidak boleh disenyawakan untuk menjadi buah, kekacang atau bijirin seperti gandum. Dinyatakan bahawa tidak kurang daripada 90 peratus daripada semua tumbuhan yang menghasilkan makanan di seluruh dunia disenyawakan oleh lebah.
Malah, banyak petani di Eropah dan Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini mengeluh mengenai akibat fenomena ini hingga menjejaskan pengeluaran bahan makanan dari ladang mereka.
Ramai yang tidak terfikir langsung mengenai peranan serangga kurniaan Allah ini membolehkan pengeluaran hasil makanan seperti buah-buahan, kekacang dan bijirin. Kita lebih tahu mengenai hasil yang diberikan lebah, iaitu madunya yang penuh dengan pelbagai macam khasiatnya yang dinyatakan dalam al-Quran.
Begitu merunsingkan fenomena kehilangan gerombolan lebah ini di beberapa tempat di Eropah dan Amerika Syarikat yang mula disedari pada 2006 hingga wujud istilah ‘Colony Collapse Disorder’, yang mana keseluruhan koloni lebah sudah hilang di beberapa kawasan di Amerika Utara dan Eropah.
Ketika itu kehilangan misteri lebah ini disalahkan kepada beberapa faktor termasuk penyakit yang dibawa sejenis hama dikenali sebagai Varroa, tekanan yang timbul akibat fenomena perubahan alam sekitar dewasa ini hingga membawa kepada kehilangan habitat lebah. Bahkan radiasi yang dikeluarkan telefon bimbit juga dikatakan mengganggu penerbangan lebah menuju ke bunga menyebabkan kematian lebah pekerja yang membawa kepada kematian ratu lebah dan seterusnya kemusnahan koloni lebah itu.
Kini saintis termasuk dari Perancis, Itali dan Amerika Syarikat menuding jari kepada penggunaan beberapa jenis racun serangga yang toksik khususnya dari jenis neonicotinoid iaitu clothianidin hasil daripada berbagai penyelidikan yang mereka lakukan.
Berikutan itu empat negara Eropah iaitu Perancis, Itali, Slovenia dan Jerman yang mana racun serangga itu dihasilkan sebuah syarikat gergasinya, Bayer mengharamkan penggunaannya. Hasil pengharaman itu gerombolan lebah di negara berkenaan mula menunjukkan pemulihan.
Lanjutan daripada perkembangan ini, Bayer telah melobi kerajaan Amerika Syarikat dan negara Eropah lain supaya tidak ikut mengharamkan racun serangga buatannya itu. Selain itu ia juga menjalankan kempen untuk membuktikan kemusnahan banyak gerombolan lebah bukanlah kerana penggunaan racun serangga buatannya itu.
Bagi mengatasi lobi kuat syarikat gergasi itu, satu petisyen antarabangsa dilancarkan hujung minggu lalu mendapatkan seramai sejuta orang dari seluruh dunia menyokong desakan terhadap pengharaman penggunaan racun serangga itu.
Petisyen itu telah tersebar luas melalui internet mendesak kerajaan negara Eropah dan Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan racun itu. Dalam tempoh lima hari sejak dilancarkan, lebih 700,000 orang menyatakan persetujuan mereka.
Dinyatakan bahawa secara senyap berbilion lebah mati di seluruh dunia hingga boleh mengancam tanaman dan pengeluaran makanan sedunia. Bagaimana pun jumlah lebah di seluruh dunia dapat diselamatkan jika penggunaan sejenis racun serangga diharamkan di seluruh dunia.
Dinyatakan juga bahawa fenomena kehilangan lebah beberapa tahun kebelakangan ini amat membimbangkan. Sesetengah spesies lebah sudah pupus, manakala di Amerika Syarikat pula hanya beberapa spesies lebah yang tinggal iaitu sekitar 4 peratus daripada jumlah sebelum berlakunya fenomena ‘Colony Collapse Disorder’ itu.
Mereka yang memulakan petisyen itu berkata, apa yang dilakukan bukan sekadar berusaha menyelamatkan lebah daripada kepupusan di banyak negara, tetapi sebenarnya untuk menyelamatkan pengeluaran lebih daripada sepertiga makanan dunia bernilai lebih AS$40 bilion setahun.
Petisyen itu juga menerangkan usaha terbaik menyelamatkan lebah daripada pupus ialah dengan mendesak Amerika Syarikat dan Persatuan Eropah mengharamkan penggunaan racun serangga jenis neonicotinoid itu sehingga ada bukti kukuh bahawa penggunaannya adalah selamat. Ini penting demi menentukan buah-buahan, sayuran dan kekacang akan terus terdapat di pasaran.
Tidak pula diketahui apakan fenomena kehilangan koloni lebah sudah berlaku dalam negara ini. Juga tidak diketahui apakah racun serangga jenis neonicotinoid ini digunakan oleh ladang besar di sini. Kalau ada Jabatan Pertanian harus memantau hal ini dan mengharamkan penggunaannya terus sehingga penggunaannya didapati benar-benar selamat.
Penulis ialah Pensyarah Kanan UKM
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan