TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Isnin, 30 November 2009
Gempa bumi lemah terbaru di Kuala Pilah 2.30 petang tadi
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, jam 2.30 petang tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyatannya berkata, gempa bumi itu berpusat di 22 kilometer (km) di timur Seremban dan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.
Kejadian gempa bumi pertama berlaku 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.
Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.
Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini. – Bernama
Courtesy: Bernama/Berita Harian Malaysia.
Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091130194622/Article/index_html
Ahad, 29 November 2009
Ibadah Korban di Kampong Gua Badak, Lenggong
Penduduk Kampong Gua Badak telah melaksanakan ibadah korban secara bergilir setiap hari kerana kumpulan yang pakar dalam melaksanakan ibadah itu, hanya satu kumpulan itu sahaja.
Pada hari raya haji ketiga (29 November 2009) tibalah giliran keluarga adik saya pula mengadakan ibadah korban. Saya ikut serta dalam ibadah tersebut. Sebagaimana biasa kerja korban ini dibuat secara bergotong-royong.
Kepada yang berasal dari Gua Badak, bolehlah melepaskan kerinduan kepada Kampong Gua Badak dengan melihat gambar-gambar kampong kita yang penulis paparkan di blog ini.
Ramai penduduk Kampong Gua Badak membantu.
Kerja bersama-sama.
Sarapan nasi lemak Kampong Gua Badak, Lenggong.
Bergotong-royong dalam ibadah korban.
Satu daripada tiga ekor lembu yang dikorbankan pagi ini.
Melapah segera dilakukan.
Melapah lembu korban.
Mereka cekap melaksanakan kerja melapah.
Selepas dilapah, daging lembu dipotong-potong.
Selepas dipotong, ditimbang.
Selepas ditimbang, dimasukkan ke dalam bekas untuk diedarkan kepada penduduk kampong.
Daging korban ditimbang untuk diedarkan.
©IdrisTalu@2009
Jumaat, 27 November 2009
Perjalanan Suci Bahagaian Ke-XVIII
Membeli Buku Di Mekah dan Madinah.
Selama berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, penulis telah membeli beberapa buah buku dalam bahasa Indonesia dan Inggeris. Kebanyakan buku yang dijual di dua Tanah Suci ini diterbitkan dalam bahasa Arab. Agak menjadi kesulitan bagi kita mencari buku dalam bahasa lain.
Buku Sejarah Mekah.
Buku Sejarah Mekah karangan Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani ini dialihbahasakan oleh Anang Rizka Mesyhady. Ditulis dalam bahasa Indonesia setebal 200 mukasurat. Penulis membelinya pada 4 December 2007.
Bahagian dalam buku "Sejarah Mekah".
Buku ini dijual dengan harga RS15.00.
Buku Sejarah Madinah Bergambar.
Buku "Sejarah Madinah Bergambar" ini juga dikarang oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. Setebal 160 mukasurat. Masih dijual dengan harga RS15.00 rial sebuah.
Bahagian dalam buku "Sejarah Madinah Bergambar"
.......dan ini pula buku "History of Madinah"
Kedua-dua buku di atas, ditulis oleh sekumpulan penulis di bawah bimbingan Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri.
Penulis juga telah membeli sebuah album bergambar, iaitu gambar-gambar lama dan baru, tempat-tempat penting dalam perkembangan dakwah Islamiah baik di Mekah mahu pun di Madinah al-Munawarah. Harga RS60.00 sahaja. Penulis menjumpainya di sebuah kedai buku di sudut Utara Masjid Nabawi.
Kini penulis mencari CD bacaan ayat-ayat suci Al Quran.
Di dalam CD ini dihimpunkan bacaan semua surah al Quran oleh tuan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais. Ianya dipakejkan ke dalam 17 CD. Penulis lupa berapa harganya.
©IdrisTalu@2009
Perjalanan Suci Bahagian Ke-XVII
By Idris Talu
Masjid Haram Mekah Pada Waktu Malam
Gambar-gambar Masjid Haram di kota suci Mekah, yang penulis ambil dari atas bumbung hotel tempat penulis menginap. Gambar-gambar ini penulis rakamkan selepas solat Isya'.
Masjid Haram sentiasa diterangi lampu, terang walau pun pada waktu malam.
Masjidil Haram Mekah di waktu malam.
Empat menara Masjidil Haram diterangi lampu.
Masjidil Haram di Mekah.
Walau pun dalam kegelapan malam - tetap menarik.
Suasana indah di Masjidil Haram di Mekah.
©IdrisTalu@2009.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijriah
Penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijriah kepada pembaca blog ini.
Anak-anak, menantu-menantu, dan cucu-cucu penulis berkumpul di hari baik dan bulan baik ini - Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijriah.
Jamuan hari raya haji kali ini simple saja, nasi himpit dengan rendang ayam cara masakan orang Perak.
Pada hari raya ketiga nanti, insyaAllah kami adik-beradik, anak-beranak akan menjalankan ibadah korban di rumah adik penulis, Asiah di Kampong Gua Badak, Lenggong.
Keluarga penulis pada hari raya haji yang pertama 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November 2009 di rumah penulis di Ipoh.
Anak saudara penulis, Aisyah, suaminya Rizal dan anak mereka berhari raya di rumah penulis.
Khamis, 26 November 2009
Siaran Langsung Dari Arafah, Muzdalifah dan Mina Dari 26 Hingga 30 November 2009
Mulai jam 4.00 hingga 5.00 petang melalui RTM TV1.
Gambar-gambar Ihsan Radio Televisyen Malaysia
Rasanya buat pertama kalinya, pihak RTM dengan kerjasama Pos Malaysia telah mengadakan siaran langsung "Salam Baitullah" dari Arafah, Muzdalifah dan Mina untuk memberikan gambaran secara langsung peristiwa-peristiwa istimewa di ketiga-tiga tempat tersebut kepada umat Islam di Malaysia amnya, dan kepada kaum keluarga para jemaah haji tahun ini.
Ustaz Farid Ravi Abdullah menjadi pengacara di studio RTM Kuala Lumpur, dengan tetamunya kali ini, Ustaz Dzulkifli Zainal Abidin, pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban UNITEN.
Siaran langsung ihsan RTM dan Pos Malaysia.
Ustaz Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Dzulkifli dari UNITEN.
Di studio RTM
Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Ustaz Dzulkifli Zainal Abidin dari UNITEN.
Di Arafah - Sdr Sayyed Munawar.
Susana di Arafah.
Situasi di Arafah - dilihat melalui RTM1.
Di studio RTM1 di Kuala Lumpur.
Di Arafah.
Jemaah dari Jengka Pusat, Pahang.
En. Ahmad Tajudin Mat Akhir dari Kedah.
En. Rahmat Dahlan.
En. Nazaruddin Rahmat dari Indonesia.
Temuramah antara Sayyed Munawar dan En. Abdul Rahim Abdullah.
Suasana di Arafah pada 9 Zulhijjah.
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu Dalam perjalanan balik dari Seri Manjung ke Ipoh, penulis bersama isteri, singgah di Restoran Roti Segar di Bota. Resto...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
Musim buah-buahan yang tidak menentu masanya menyebabkan buah-buahan tempatan boleh ditemui di negeri Perak ini, hampir sepanjang tahun, cum...