Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu
Suasana Senja Di Mekah
Penulis memang suka melihat keheningan senja di sesuatu tempat. Bila berada di Mekah, penulis coba merakamkan suasana senja di sana biasanya sebelum waktu sembahyang Maghrib tiba.
Walaupun agak berdebu, penulis naik ke atas bumbung bangunan kediaman yang dijadikan tempat menyidai kain basahan oleh jemaah kita.
Inilah Mekah, walau pun lembah Mekah terdiri dari batu pejal sahaja, tetapi ianya tempat pilihan Allah untuk kita umat Islam mengabdikan diri terhadapNya.
Mekah tetap menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan ibadat haji dan ibadat-ibadat lain seperti yang Allah perintahkan kepada kita melalui junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
Beginilah rupanya suasana senja di Mekah dari atas bangunan al Janadiriah penulis paparkan kepada pembaca blog ini.

Suasana senja di Mekah.
Warna langit Mekah agak perang semasa senja.
Matahari semakin menurun di ufuk Barat Mekah.
Bangunan semakin pudar dalam penglihatan.
Warna-warna menarik di kaki langit Mekah.
Sinar mentari semakin pudar di langit Mekah.
Kelihatan bola matahari semakin kecil di langit Mekah.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan