TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 29 November 2009

Ibadah Korban di Kampong Gua Badak, Lenggong

By Idris Talu

Penduduk Kampong Gua Badak telah melaksanakan ibadah korban secara bergilir setiap hari kerana kumpulan yang pakar dalam melaksanakan ibadah itu, hanya satu kumpulan itu sahaja.

Pada hari raya haji ketiga (29 November 2009) tibalah giliran keluarga adik saya pula mengadakan ibadah korban. Saya ikut serta dalam ibadah tersebut. Sebagaimana biasa kerja korban ini dibuat secara bergotong-royong.


Kepada yang berasal dari Gua Badak, bolehlah melepaskan kerinduan kepada Kampong Gua Badak dengan melihat gambar-gambar kampong kita yang penulis paparkan di blog ini.

Masyarakat Gua Badak tetap bergotong-royong dalam aktiviti harian mereka.

Ramai penduduk Kampong Gua Badak membantu.

Kerja bersama-sama.

Sarapan nasi lemak Kampong Gua Badak, Lenggong.

Bergotong-royong dalam ibadah korban.


Satu daripada tiga ekor lembu yang dikorbankan pagi ini.

Kerjasama meringankan kerja.


Melapah segera dilakukan.

Melapah lembu korban.

Mereka cekap melaksanakan kerja melapah.


Selepas dilapah, daging lembu dipotong-potong.

Selepas dipotong, ditimbang.
Selepas ditimbang, dimasukkan ke dalam bekas untuk diedarkan kepada penduduk kampong.

Kerja memotong daging.

Daging korban ditimbang untuk diedarkan.

Daging korban dipotong.



©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran