TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 14 Julai 2010

Buah Gucil

By Idris Talu

Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penulis kurang pasti namanya.



Penulis temui buah ini di Taman Herba Perak di Batu Gajah.




Buah gucil yang masih muda.

http://idristalu.blogspot.com/

9 ulasan:

Unknown berkata...

salam ....

kalau tak silap ummi buah tu boleh di makan n rasanya masam sedikit...

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam,

Ya Ummi, memang boleh dimakan - yang mudanya masam-masam kelat. Saya teringat masa kanak-kanak dulu, pernah makan buah ini.

Kini masa sudah berlalu hampir 40 tahun, terjumpa di dalam Taman Herba Perak, teringat peristiwa lama dahulu.

Wassalam.

atuk berkata...

Assalamualaikum Idris Talu

semas saya kecil2 dahulu
pernah emak buat sambal
(macam sambal belimbing)

sekarang ni tak pernah nampak lagi

Wassalam

Adry@Daun berkata...

Salam en. Idris, buah tu mmg namanya gucil. Ia blh dimkn tp rasanya masam.Biasanya kanak2 gna buah ini utk jadikn peluru 'penyumpit' main tembak-tembak.

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam,

En Rozali - baru saya tahu ianya boleh dibuat sambal. Masa kecik-kecik dulu, saya dan kawan-kawan suka yang dah masak, masam-masam manih rasanya.

Wassalam.

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam,

En Adry - kalau saya tidak silap ada nama tempat di Kelantan atau Terengganu - Guchil. Mungkin dari nama buah ini agaknya.

Bagus juga Taman Herba Perak tanam semula pokok ini, sekurang-kurangnya tidak pupus begitu sahaja.

Wassalam.

Hashim Zabidi berkata...

Kawan ingatkan buah kopi Tuan Haji, sorilah kawan tak tau...

Idris Talu berkata...

Tuan Haji Hashim di Lepih,

Kawan dok perati jugak masa dok di Lepih dulu - tengok di Lepih, tak ada, pergi ke Relong, Padang Tengku, Telang, Bukit Betong, naik boat ke Kuala Medang pun tak ada nampaknya.

Hala ke Raub, macam di Dong, Sega, Gali sampai ke Sempalit, Bukit Koman bawak ke Cheroh pun tak nampak jugak.

Di belah Perak ni, pokok gucil suka tanah tepi sawah, atau busut tengah bendang.

Segitu dulu dari kawan di Ipoh.

Azizi berkata...

saya suka buah ni...masukkan banyak2 dalam mulut..campur antara yang masak dengan yang belum masak....sedapnya...kecur air liur.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran