By Idris Talu
Buah Tunjuk Langit yang selalu menjadi buruan peminat-peminatnya. Kalau di Ipoh ini, di bawah setiap pohon tunjuk langit yang berbuah, akan bersih - rumputnya dipotong pendek supaya mudah untuk mencari helaian isi buah tunjuk langit yang melayang jatuh.
Buah Tunjuk Langit yang selalu menjadi buruan peminat-peminatnya. Kalau di Ipoh ini, di bawah setiap pohon tunjuk langit yang berbuah, akan bersih - rumputnya dipotong pendek supaya mudah untuk mencari helaian isi buah tunjuk langit yang melayang jatuh.
Kenapa ianya menjadi buruan, khususnya oleh sahabat kita yang terdiri dari kaum Cina? Ini kita perlu bertanya mereka. Bila penulis selidiki, rupanya harga produk yang dibuat dari buah tunjuk langit ini ketara mahalnya.
2 ulasan:
Apa keistimewaannya? Maksud saya khasiatnya...
BG: Sebenarnya banyak khasiat isi buah telunjuk langit ini. Ramai sahabat kita dari kaum Cina yang menyadarinya, akan sabar mencari buah ini.
Dari pencarian penulis di beberapa website, di bawah diperturunkan antara khasiatnya.
Buah tunjuk langit antara lain mengandungi dua bahan utama, iaitu Flavonoid dan Saponin.
Peranan Flavonoid:
Mengurangkan paras gula dalam darah,
Mengneutralkan paras gula dalam darah,
Menggalakkan pusingan darah dalam badan
Menguatkan dan membesarkan saluran darah,
Mengurangkan paras kolestrol tidak baik dalam darah.
Peranan Saponins:
Meningkatkan sistem immune badan
Meningkatkan pengeluaran insulin dalam badan
Meningkatkan pengeluaran sel darah,
Menyahtoksin (detoxification) dalam badan
Meningkatkan ketenangan minda dan badan,
Mengurangkan stress,
Melambatkan penuaan,
Menguatkan fungsi lever.
Keterangan di atas penulis kutip dari: http://www.tunjuklangit.com/main/index.php?option=com_content&task=blogcategory&id=30&Itemid=54
Catat Ulasan