Sumber: Utusan Malaysia Online.
SHAH ALAM 23 Julai – Jika mahu menjaga suara supaya sentiasa elok, sedap dan nyaring, jangan merokok, elak makanan pedas, berminyak dan jangan suka marahkan isteri.
Demikian petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali al-Muolla, 54, yang telah bertugas selama lebih 30 tahun sebagai muazin di masjid tersebut.
“Saya perhatikan ada bilal di negara ini yang merokok, ini tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Antarabangsa al-Madinah (Mediu) di sini hari ini.
Ketibaan beliau di Mediu disambut oleh Rektornya, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi dan pegawai kanan universiti tersebut. Dalam lawatan selama kira-kira 45 minit itu, beliau dibawa melawat sekitar Mediu dan mengadakan perbincangan dengan Dr. Mohammad Khalifa.
Sheikh Ali yang sedang bercuti tiba di Malaysia, Selasa lalu dan dijadualkan pulang ke Mekah, Ahad ini. Beliau turut diberi penghormatan melaungkan azan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Menurut beliau, pada waktu dahulu iaitu semasa ketiadaan pembesar suara, azan dilaungkan oleh enam orang bilal di enam menara yang terdapat di sekitar Masjidil Haram.
Katanya, ketika itu, Masjidil Haram mempunyai 24 orang bilal tetapi dengan adanya sistem pembesar suara, bilangan itu kini hanyalah 14 orang.
“Zaman dahulu, syarat utama menjadi muazin adalah mereka yang bersuara kuat,” katanya yang menerima sanad lagu azan itu daripada datuknya.
Ditanya perbezaan laungan azan Mekah dan Madinah, Sheikh Ali berkata, muazin di Mekah suaranya lebih kuat manakala muazin di Madinah lebih pandai berlagu.
Mengenai kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram, beliau memberitahu, ia masih berjalan bagi menampung keperluan jemaah haji yang semakin meningkat.
“Setakat ini, kita belum tahu berapa jumlah jemaah yang boleh ditampung tetapi pada setiap malam 27 Ramadan, ada lebih empat juta jemaah solat di Masjidil Haram,” jelas beliau.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
4 ulasan:
Assalamualaikum En Idris
moga ada manafaatnya dia dtg ke Malaysia ni
Wassalam
salam ukhwah.. blog hopping.. ada masa, jemput ziarah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) jika berminat nak baca TRAVELOGUES IN 45 COUNTRIES.. :)
Wa'alaikumussalam En Rozali,
Doa kita bersama agar syiar Islam di Malaysia terus berkembang baik.
Kita menyanjung tinggi kesudian Sheikh Ali al-Muolla melakukan lawatannya ke Malaysia.
Kepercayaan pihak Universiti Antarabangsa Al Madinah mendirikan kampus cawangan di Malaysia merupakan suatu pengiktirafan kepada umat Islam di negara ini.
Jika tokoh-tokoh akademik universiti tersebut percayakan kita, kenapa kita masih kurang yakin kepada keupayaan kita?
Semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada umat Islam.
Wassalam.
W'salam Mohd Jhaznarul yang berada di Dublin,
Terima kasih kerana sudi singgah di teratak saya ini.
Insya Allah akan saya ikuti. Memang minat saya membaca kisah perjalanan seperti itu.
Wassalam.
Catat Ulasan