TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Taman Herba Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taman Herba Perak. Papar semua catatan

Rabu, 18 Ogos 2010

Penjarang Anak

By Idris Ismail Talu.

Tumbuhan seterusnya, yang penulis temui di dalam Taman Herba Negeri Perak ialah pokok yang diberi nama Penjarang Anak. Menurut maklumat yang dipaparkan pada plag di dalam taman tersebut, buah "Penjarang Anak" ini perlu dimakan selalu sebagai ubat penjarang anak.

Plag "Penjarang Anak" di Taman Herba Negeri Perak.

Daun "Penjarang Anak"



Buah "Penjarang Anak".

http://idristalu.blogspot.com/


Khamis, 22 Julai 2010

Pokok Buas - Buas

By Idris Talu
Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak.

Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesetengah orang menyebutnya sebagai bebuas sahaja. Pokok ini mudah tumbuh di tepi pagar, di tepi sungai atau pun sawah.



Selain dibuat ulam bersama sambal semasa makan nasi, daun bebuas juga menjadi campuran untuk nasi ulam yang cukup popular di bulan Ramadhan al Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi.


Khasiat daun bebuas.
Nama botani pokok bebuas ialah : Premma coreliflora.

Jumaat, 9 Julai 2010

Ekor Anjing

By Idris Talu

Ekor anjing, agak pelik nama herba renik ini. Ianya banyak tumbuh di tanah yang agak lembab, di sekeliling rumah kita. Di tepi jalan raya yang agak sejuk dan lembap pun ianya boleh tumbuh subur.

Di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Bukit Frazer dan Genting Highlands juga mudah dijumpai, malah lebih besar saiznya.



Tumbuhan "ekor anjing".



Untuk mengetahui khasiat herba ini, sila baca tulisan di plak di atas.

Khamis, 8 Julai 2010

Daun Salam

By Idris Ismail Talu

Daun salam biasanya menjadi herba tambahan dalam pelbagai masakan tradisi.









Rabu, 7 Julai 2010

Janda Kaya

By Idris Ismail Talu

Nama saintifiknya ialah Mussaenda pubescens, nama tempatannya ialah Janda Kaya. Siapa yang memberikan nama ini, penulis kurang pasti.

Janda Kaya boleh di dapati di dalam dua variety iaitu Janda Kaya Putih dan Janda Kaya Merah.


Untuk mengetahui khasiatnya, sila baca plak di atas.


Janda Kaya Putih.




Janda Kaya Merah.

Ribu - Ribu

By Idris Ismail Talu

Ribu-Ribu sejenis tumbuhan herba, yang nama saintifiknya ialah Selaginella willdenovii. Dikatakan ianya boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seperti kurap dan gatal-gatal kulit.



Selasa, 6 Julai 2010

Buah Tunjuk Langit - Jadi Serbuan

By Idris Talu

Buah Tunjuk Langit yang selalu menjadi buruan peminat-peminatnya. Kalau di Ipoh ini, di bawah setiap pohon tunjuk langit yang berbuah, akan bersih - rumputnya dipotong pendek supaya mudah untuk mencari helaian isi buah tunjuk langit yang melayang jatuh.


Kenapa ianya menjadi buruan, khususnya oleh sahabat kita yang terdiri dari kaum Cina? Ini kita perlu bertanya mereka. Bila penulis selidiki, rupanya harga produk yang dibuat dari buah tunjuk langit ini ketara mahalnya.


Putik buah tunjuk langit.


Buah yang belum matang.






Buahnya selalu menunjukkan ke arah langit.


Taman Herba Perak

By Idris Ismail Talu

Kali ini, mari kita nikmati keindahan Taman Herba Negeri Perak yang terletak berhampiran simpang Gopeng ke Batu Gajah.

Alamat Taman Herba Perak:


Gambar di atas dipetik dari:
http://www.pertanianperak.gov.my


Pohon kelapa di tepi tasik.


Tasik yang tenang dan damai.


Pemandangan yang nyaman di Taman Herba Perak.


Sesuai sebagai tempat untuk jamuan yang santai.


Tempat yang indah permai.

Khamis, 1 Julai 2010

Bunga Ganyung Merah

By Idris Ismail Talu

Ganyung merah memang menarik untuk ditanam di halaman atau di taman yang terdedah kepada panas matahari yang penuh. Menjadi tanaman hiasan orang Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

Pada zaman penjajahan Jepun, ubinya menjadi makanan selingan kepada nasi, walau pun rasanya kurang enak. Namun jika diparut ubinya dan dibuat kuih seperti lepat, agak menarik juga rasanya.

Cantik ranggi bunganya.

Pohon ganyung merah.

Daun ganyung merah seakan-akan bentuk daun pisang.

Antara khasiat ganyung merah.



Idris Ismail Talu

Khamis, 24 Jun 2010

Mata Ayam

By Idris Ismail Talu

Dalam suatu entri yang telah lepas, penulis muatnaikkan gambar pokok renik dari tanah tinggi Cameron Highlands, yang sebahagian orang mengatakannya sebagai pokok mata itik, manakala sebahagian orang pula menamakannya sebagai pokok mata ayam.

Pokok Mata Ayam.


Setelah penulis merayau di Taman Herba Negeri Perak di Batu Gajah, di sana ianya disebut pokok mata ayam.

Pokok Mata Ayam
Di Taman Herba Negeri Perak


Pucuknya digemari sebagai ulam.


http://idristalu.blogspot.com/

Akar Tunjuk Langit dan Khasiatnya

By Idris Talu

Akar tunjuk langit?
Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana kedua-duanya tunjuk ke langit. Memang benar kalau dilihat fizikal kedua jenis herba ini menunjuk ke arah langit. Pembaca bayangkanlah sendiri.

Apa khasiat akar tunjuk langit ini? Penulis bukan pakar herba, cuma berminat ingin tahu sahaja. Untuk mengetahui khasiatnya akar tunjuk langit ini, sila lihat gambar yang ketiga di bahagian bawah entri ini. Maklumat tersebut penulis rakamkan di Taman Herba Negeri Perak Darul Ridzuan tidak lama dahulu.


Akar Tunjuk Langit.
Nama Latin - Helmithostachys zeylanica.



Khasiatnya akar tunjuk langit.

Jumaat, 4 Jun 2010

Bunga Kenanga

By Idris Ismail Talu

Bunga kenanga, sejenis bunga asli dari rantau kita, mudah ditemui di taman-taman dan di pinggir hutan di serata kampong. Pohon kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang mudah dan cepat membesar. Kenanga boleh hidup di tengah padang yang panas, mahu pun di celah-celah rumpunan pohon-pohon yang berlainan jenis seperti yang biasa terdapat di hutan.



Kenanga juga dikenali sebagai ylang ylang di Filipina, atau di sesetengah tempat dipanggil ilang ilang.


Kandungan utama bahan-bahan aromatic yang terdapat di dalam bunga kenanga ialah benzyl acetate, linalool, p-cresyl methyl ether, dan methyl benzoate. Kandungan inilah yang menyebabkan bahan pewangi yang berasal dari bunga kenanga menjadi kegemaran sedunia.



©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 10 April 2010

Tunjuk Langit - Taman Herba Batu Gajah

By Idris Ismail Talu

Selalu juga penulis melalui jalan raya Gopeng ~ Batu Gajah yang melalui sisi depan Taman Herba Negeri Perak di Batu Gajah ini. Kita tentu tertanya-tanya kenapa agaknya diletakkan tanda amaran supaya orang ramai tidak mengutip buah mahogani yang jatuh bertabur di luar pagar Taman Herba tersebut?





Jika dilihat dari gambar di bawah, pohon mahogani tersebut ditanam di luar pagar Taman Herba. Pada pendapat orang ramai, ianya pohon milik bersama rakyat, jadi orang ramai berpendapat mereka berhak mengambil buah tersebut.

Pertanyaan kedua, kenapa buah tunjuk langit atau buah pokok mahogani tersebut diminati ramai? Penulis pun tidak ada jawapannya. kalau pembaca hendak tahu khasiatnya buah tunjuk langit, pembaca kenalah bertanya denga "paksu gugel" - taipkan perkataan "buah tunjuk langit" jangan "akar tunjuk langit" pada gugel search, insya Allah pembaca tahulah sebabnya.



Gambar di atas, barisan pokok tunjuk langit yang di tanam di luar pagar Taman Herba di Batu Gajah, Perak, di samping papantanda amaran kepada orang awam supaya tidak mengutip atau mengambil buah tunjuk langit yang jatuh dari atas pokok tersebut.



Gambar di atas, gambar sebenar rupa buah tunjuk langit.

©idrisismailtalu@2010


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran