TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 13 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XVI

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Ziarah Sekitar Mekah (Gua Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Gua Nur dan Masjid Ja'ranah)

Sebagaimana biasa, pihak muasasah menganjurkan para jemaah haji untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah, seperti Gua Thur, Gua Hira', Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina (di mana terdapatnya tempat melontar nanti).


Kami pun keluarlah dengan beberapa buah bas.

Terowong untuk keluar dari Mekah.

Pergerakan di Mekah banyak terpaksa melalui terowong besar.

Di Mekah pun sudah banyak ditanam pokok-pokok hijau.

Kehijauan sudah mula mewarnai bandar Mekah.

Di kaki Jabal Thur, Mekah.

Penulis bersama isteri, Pak Teh, Mak Teh

dan isteri En. Md Rejab di kaki Jabal Thur, Mekah.

Penulis dan isteri di kaki Jabal Thur.


Para jemaah haji dari Turkey.


Jalan Mekah ke Arafah.

Jalan di Mekah - yang sudah hijau.


Masjid di Padang Arafah.


Tandas dan bilik mandi di Padang Arafah.

Jabal Rahmah,

Isteri penulis - sempat membeli lagi tu? Apa agaknya yang dibeli?

Unta yang dihias indah - di Jabal Rahmah.


Naik unta di Jabal rahmah.

Bukan selalu dapat datang ke Mekah.

Penulis dan isteri di Jabal Rahmah.

Hati-hati, taik unta dekat kaki tu!

Ramai jemaah yang mendaki Jabal Rahmah.

Jabal Rahmah mempunyai banyak catatan sejarah.

Kafeteria khas, sebesar lori di Jabal Rahmah.


Boleh diubahsuai mengikut cara Malaysia.

Papan tanda besar menunjukkan arah qiblat.

Kenapa kita tidak meletakkannya di Malaysia?

Rumahsakit Jabal Rahmah - untuk kemudahan jemaah haji.

Hospital yang cukup besar.

Dari sini,

Untuk ke Muzdalifah cuma 7.2 km
Ke Mina cuma 9.6 km.

Papan tanda di Arafah.


Kemudahan tandas dan bilik air di Arafah.

Semoga ada dermawan yang sudi menambah kemudahan tandas dan bilik air di sini.

Tulisan ini, penulis angkat tangan,

tak tahu nak terjemahkannya.

Kompleks berhampiran jamrah di Mina.

Mina - berhampiran tempat melontar.

Kompleks baru di Mina.

Untuk kemudahan para jemaah haji.

Tempat melontar di Mina.

Khemah untuk para jemaah di Mina.

Lebuhraya Mekah - Mina, cukup lebar.


Masjid Ja'ranah di pinggir Mekah.

Jemaah dari Mekah boleh berniat di sini untuk melakukan umrah.

Deretan bas dan kereta yang membawa jemaah haji.

Masjid Ja'ranah.

Masjid Ja'ranah di Mekah.

Jemaah mula keluar.

Menara Masjid Ja'ranah, Mekah.


Isteri penulis bersama En. Mad Rejab, En. Othman dan isteri.


Isteri penulis di Masjid Ja'ranah, Mekah.

Penulis dan isteri bersama isteri Encik Othman.


Pak Teh dan isteri.

Pak Teh agak kurang sehat hari ini, tapi tetap ingin mengerjakan umrah lagi.

Dalam perjalanan balik dari Masjid Ja'ranah ke Mekah.


Kalau tidak silap ingatan penulis, bukit itu ialah Jabal Nur.

Kalaulah kereta itu boleh berkata,

dia akan menjerit ditutup kain di tengah panas terik Kota Mekah.

Baru penulis tahu, di negara Arab petrol disebut betrol.

Kepada yang tahu ejaan jawi, tak dapek den nolongnyo.

Bukit gersang disamping kehijaun di bawahnya.


Pohon khurma hiasan utama di pinggir Mekah.

Tempat-tempat yang sepatutnya kami lawati.




©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran