TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 3 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Pertama

Mekah & Madinah 1428H/2007
By Idris Talu

Ipoh - Kuala Lumpur - Jeddah
02 Disember 2007

Pagi hari itu, suasana bercampur-aduk, gembira dan sayu buat penulis dan isteri.

Gembira kerana bakal menunaikan ibadah haji yang diwajibkan malah telah lama ingin dilakukan. Sayu kerana terpaksa meninggalkan jiran-jiran yang baik hati, keluarga, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kami.

Sementara penulis dan isteri bersiap-siap, jiran-jiran ramai yang datang ke rumah kami. Tuan Haji Yaakob, Ustaz Isa, Ustaz Ismail dan ramai lagi berhimpun untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami, suami-isteri.

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Ustaz Ismail melaungkan azan. Terasa cukup syahdu. Selepas bersalaman dengan jiran-jiran yang hadir, sekitar jam 9.20 pagi, penulis dan isteri kesayangan bertolak ke Kuala Lumpur kerana nanti malam akan terbang ke Jeddah dalam perjalanan untuk mengerjakan ibadah haji yang telah lama ingin kami kerjakan.

Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kami yang lima orang itu turut menghantarkan kami ke Kuala Lumpur.

Tiba di rumah adik saya, Ishak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, kami makan tengahari dan berehat sebentar. Selepas solat Isya' kami bertolak ke Kompleks Haji di Kelana Jaya.

Selepas mendaftar diri, kami diberikan taklimat ringkas di Kompleks Haji tersebut. Selepas itu, kami menaiki bas khas untuk ke ke KLIA sekitar jam 12.30 malam. Tiba di KLIA sekitar 1.45 pagi dan mulai boarding sekitar jam 2.00 pagi.


Anak-anak, menantu dan cucu-cucu Idris Talu.

Suasana di Kompleks Haji, Kelana Jaya.

Dari kiri, Irfanina, Iqbal, Shima, Idris, Ikram, Salbiah dan Ibtihal.

Sebahagian dari keluarga Idris Talu.

Paling kanan, adik penulis - Ishak yang kini menetap di Jelebu, dan isterinya, Salmah.

Kapal terbang Saudia yang kami naiki agak lusuh jika dibandingkan dengan kapal terbang MAS yang sentiasa tip-top. Kami berlepas dari KLIA sekitar jam 2.45 pagi.

Kebanyakan pekerja kapal terbang Saudia terdiri warga Indonesia. Bila mereka bertanya kepada penumpang, "sapi atau ayam?" maksudnya lauk-pauk makanan yang penumpang mahukan itu, daging lembu atau ayam. tidak semena-mena, penulis teringat Kampong Bukit Sapi di Lenggong.

Kami tiba di Jeddah, Arab Saudi sekitar jam 6.15 pagi (waktu Malaysia). Penulis belum ubah jam mengikut jam Arab Saudi lagi.

By Idris Talu

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran