MAKASSAR: YAB Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini, hari ini untuk lawatan sehari bagi menghadiri, selaku tetamu kehormat, upacara peringatan ke-689 daerah kecil Gowa, di sini.
Ketibaan Perdana Menteri dan isteri di Pangkalan Tentera Udara Sultan Hasanuddin di sini disambut oleh Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo, dan isteri, kenamaan tempatan dan pegawai Kedutaan Malaysia.
Najib, tokoh yang amat disanjung tinggi di wilayah Sulawesi Selatan berikutan keturunan Makassar-Bugis beliau yang berasal daripada generasi ke-11 tokoh sejarah dan wira tempatan, Allahyarham Sultan Hasanuddin dari Gowa.
Kehadiran Najib di upacara peringatan itu diberi liputan meluas oleh media tempatan yang menyanjung beliau sebagai anak tempatan yang mencapai kejayaan besar di luar negara dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara membangun dengan kemajuan pesat yang memberi inspirasi bukan saja kepada penduduk di kawasan ini tetapi juga kerajaan provinsi.
Selepas menghadiri jamuan tengah hari di kediaman rasmi gabenor di sini, Najib dan Rosmah akan diberikan upacara sambutan rasmi secara tradisi sebelum menukar pakaian dengan mengenakan pakaian istiadat tempatan Gowa bagi menghadiri majlis utama di Medan Syekh Yusuf di Jalan Masjid Raya, Sungguminasa, Gowa.
Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan yang dijangka menyentuh mengenai kemungkinan menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan wilayah seluas 1,883 kilometer persegi ini yang dihuni kira-kira 500,000 penduduk, selain menyentuh tentang kehebatan masyarakat Makassar-Bugis, terutamanya keupayaan pelaut mereka yang menurut sejarah telah meneroka banyak pesisiran serantau.
Bukan Najib saja yang popular di sini, bapa beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein juga sangat dikenang, lebih-lebih lagi dengan pembukaan Jalan Tun Abdul Razak di Gowa baru-baru ini.
"Jalan itu dinamakan sempena bapa Perdana Menteri Malaysia keenam itu sebagai lambang persahabatan dan menandakan ikatan hubungan antara bekas pemimpin Malaysia itu dengan Sulawesi Selatan," kata seorang pegawai tempatan baru-baru ini.
Najib, menurut pegawai itu, adalah keturunan daripada Raja Gowa ke-19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenganga ri Lakiung. - Bernama
Courtesy: Berita Harian Malaysia/Bernama.
Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091118143849/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Keindahan alam semula jadi ciptaan Allah Ta'ala cukup indah dan menawan hati setiap insan seni yang tahu menikmati anugerah Illahi itu. ...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Will it become reality this year? ©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan