TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 8 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-IX

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Suasana Kedai Roti - Makanan Utama Di Mekah

Disamping mengerjakan ibadah haji di Mekah, penulis juga memerhatikan cara makanan utama warga Arab Saudi diperbuat dan dijual.

Kedai pembuat roti di Mekah

Kedai ini terletak di pertengahan jalan antara al Janadiriah dengan Masjid al Haram.

Kesemua pekerjanya terdiri dari kaum lelaki.

Semua pekerja kelihatan sebok membuat roti.

Roti merupakan makanan utama, seumpama nasi bagi kita.

Pembeli roti berkerumun di depan kedai.


Mereka bekerja cukup pantas.

Pelanggannya cukup ramai, tertunggu-tunggu untuk membeli roti.

Pekerja pembuat roti sebok, pembeli sabar.


Lihat pembeli yang berkerumun di depan kedai roti.

Pembeli cukup sabar untuk membeli roti yang masih panas.


Pembeli menghulur rial Saudi.

Sekeping roti cuma RS1.00 sahaja. Penulis coba membeli dua keping, saiznya besar dan tebal, lebihkurang tiga kali saiz roti canai di negara kita. Penulis dan isteri mengambil masa tiga hari untuk menghabiskan sekeping roti.


Roti merupakan makanan utama rakyat Arab Saudi.

Harganya murah kerana roti, sebagai makanan utama, ianya mendapat subsidi dari kerajaan.

Pembeli tetap ramai. Kedainya simple sahaja.

Permintaan melebihi penawaran.

Ini pula kedai yang menjual roti canai.

Tetapi rotinya besar, bukan kecil macam di Malaysia

Harganya sekitar RS3.00 tanpa kuah.

Kalau kita ingin makan berkuah seperti di Malaysia, kuah tidak diberi percuma seperti di Malaysia. Kita perlu beli kari ayam sekitar RS6.00 dengan dua ketul kecil daging ayam.

Inilah rupanya restoran yang menjual roti canai Mekah.

Walaupun jemaah haji Malaysia agak kecil, sekitar 25,000 orang saja berbanding negara-negara lain, tetapi liletakkan sebaris dengan negara yang ramai umat Islam seperti Pakistan, India, China, dan Afrika.

Restoran ini terletak sekitar 200 meter dari maktab kediaman penulis iaitu al Janadiriah di as Sulaimaniyah. Penulis lihat ramai juga jemaah dari Malaysia singgah di sini untuk melepaskan rindu kepada makanan Malaysia.



©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran