By Idris Ismail Talu
Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior lember, atau gaerta amaryllidaceae.
Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar,
Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang (sekitar 30-32cm).
Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. Setiap bunga mempunyai enam kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk buah beri, berwarna putih dan berasa manis jika dimakan.
Gambar ini penulis ambil di halaman rumah adik penulis di Jelebu, Negeri Sembilan.
Sumber: http://agromedia.mardi.my/herba1/lemba.html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
6 ulasan:
Salam perkenalan, tuan ada mirip datuk johan jaafar.
Wa'alaikumussalam Waris Pahang,
Keh memang dah datuk pun, sebab cucu dah ada lima. Mungkin kebetulan serupa - sama2 Melayu.
Terima kasih kerana sudi jengok blog keh. Banyak sangat kenangan manih keh di Pahang. Lama dok di sini, anak sulong keh orang Lepih. Anak kedua lahir di S'ngor, ketiga dan keempat orang Perak. Kala lawan bola tiga negeri tu, rumah keh riuh rendah.
en. idris, kecik2 dulu saya slalu makan buah lemba, pastu minum air sungai, best je rasanya sbb air tu rasa manis. (tapi air sungai dulu2 masih bersih, skang jgn brani cuba xtentu pasal..)
En. Piewahid - pokok lemba ni cantik ditanam sebagai hiasan, buahnya pulak boleh dimakan. Betul sangat tu, air sungai le ni jangan diminum tak temtu pasa, anak Jelai di hulu Kuala Medang sana elok kut.
Sg Terla di Cameron Highlands, jangan nak maru, anak budu pun dah tak idup di situ, anak buntal pun dah tebuntang.
Terima kasih, sudi singgah.
Kalau dah makan buah lemba tn.hj. air sungai jernih ke keruh ke, manisnya semacam. Bahaya buah lemba ni. Buat perhiasan ajelah yek tn.hj...
Air sg.Lepih, Sg.Jelai keruhnya dah bekurun, tn.hj. Nak mandipun geli...
Tuan Hj Hashim,
Kawan dok rumah teres je, takde kawasan nak tanam, adik kawan dok di kampong, tanah lawas boleh tanam segala.
Kala dah ada "tiga sekawan" - diabetes, darah tinggi, lemah jantung - jangan nak cari maru le. Kata sahabat kita di sempadan Merapoh sana, "leh kelih je le".
Masa kawan dok Lepih dulu, Sg Jelai dari Lepih ke Bt Betong ke Medang di ulu sana jernih molek. Kawan dok nyelam pakai besi tirok je, boleh tengas, selimang, rong, batu ulu pun ada. Kala hari hujan, mancing dapat kenerak dekat 3 kilo sekor - masak asam tempoyak, meleleh air liur.
Kala keruh tu, penyakit balak le. Nak buat macamana, dogollah bukit kita.
Catat Ulasan