TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 18 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXVI

Mekah & Madinah 1428H/2007
By Idris Talu

Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia.

Inilah saat yang paling menyayukan di hati penulis dan isteri serta dirasakan oleh semua jemaah yang datang menziarahi maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya - Saidina Abu Bakar Assyiddiq dan Saidina Umar Al Khatab yang dimaqamkan (kini) di dalam Masjid Nabawi, serta para pejuang Islam yang dikuburkan di Pekuburan Baqi'.

Penulis katakan "kini" kerana menurut riwayatnya, maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya berada di dalam rumah isteri Baginda, Aisyah binti Abu Bakar Assyiddiq dan rumah itu asalnya berada di luar Masjid Nabawi. Apabila Masjid Nabawi melalui proses pembesarannya, maqam Baginda dan sahabat-sahabatnya termasuk ke dalam Masjid Nabawi.

Selepas shalat Subuh terakhir di Madinah, penulis beserta jemaah-jemaah lain beratur rapi untuk menziarahi maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya, Saidina Abu Bakar Assyiddiq dan Saidina Umar Al Khatab.

Suasana cukup sayu, penulis tidak dapat menahan air mata dari membasahi muka. Selepas memberikan salam kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabatnya, berdoa semoga berpeluang lagi beribadah di Masjid Baginda dan menziarahi Baginda di lain masa lagi.

Dalam arus jemaah yang semakin ramai itu dengan mata yang sudah kemerahan menahan kesedihan untuk berpisah dengan Baginda Rasullullah صلى الله عليه وسلم‎ dan masjidnya, penulis keluar sambil terus melihat kubah berwarna hijau yang di bawahnya terletaknya maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ . Ramai jemaah yang keluar bersama penulis, menangis teresak-esak bila keluar dari maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ .

Itulah bukti kecintaan dan kasih sayang umat Islam dari segala penjuru alam ini, kepada junjungan mereka, Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ yang telah membawa cahaya keIslaman kepada seluruh alam ini.




Bahagian Selatan Masjid Nabawi - di bawah kubah bewarna hijau itulah beradanya maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ di samping dua sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar Assyiddiq dan Saidina Umar Al Khatab.

Penulis, selepasah ziarah wida' ke maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan sahabat-sahabat Baginda.

Selamat tinggal ya Rasulullah, semoga berkesempatan datang lagi.

©IdrisTalu@2009

12 ulasan:

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng berkata...

Tn Hj,

Terima kasih kerana mengongsi gambar di tanah suci yang saya kira cukup indah dan menakjubkan.

Idris Talu berkata...

Terima kasih Prof.

Pujian harus kita berikan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana cekap menguruskan urusan ibadah haji kerana bukan perkara mudah untuk menguruskan pada masa yang serentak, 3.5 juta jemaah setiap tahun.

Pujian juga kepada Tabung Haji (TH) kita kerana cekap menguruskan jemaah haji dari Malaysia. TH dipuji dan dijadikan benchmark oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai pengendali urusan haji terbaik di dunia.

Terima kasih Prof.

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan Haji. Selamat kembali ke tanah air dan bertemu sanak saudara. Semoga haji yang diperoleh kekal mabrur hingga ke akhir hayat.

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam Mybabah,
Saya dan isteri mengerjakan ibadah haji hujung 2007 dan awal 2008 dahulu, cuma baru sempat upload gambar, itu selepas dijolok-jolok dek kenkawan, nak tengok gambar sekitar mengerjakan ibadah haji itu.
Selama ini, para jemaah haji biasanya berkongsi pengalaman secara lisan sahaja, bila melihat gambar baru kita nampak keadaan sebenar di sana dengan lebih jelas (bukan bermaksud cerita yang kita dengar tidak benar).
Insya Allah jika berkesempatan saya akan masukkan peta-peta ringkas supaya pembaca blog dan bakal-bakal haji boleh tahu jarak dan lokasi tempat-tempat penting baik di Mekah atau Madinah, supaya jika berlaku masalah bas seperti pada tahun 2007 itu berlaku, bakal haji tahu lokasi yang hendak ditujui.
Terima kasih kerana sudi singgah di pondok saya ini.
Wassalam.

Adam berkata...

:) salam kenal

Idris Talu berkata...

Dakjaat - Salam kenal juga. Terima kasih kerana sudi singgah di pondok saya.

Hashim Zabidi berkata...

Assalamualaikum...Tuan Haji,

Terima kasih kerana singgah dilaman saya yg tak sepertinya itu. Gayanya pernah berada di Lepih, bila tu Tn Hj.

Saya ni org Lepih totok. dari kecil sampai besar, sekolah, bekerja dan bersara di Lipis. Sekarang sdh bersara. Ke Mekah pd tahun 2006.

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam, Tuan Haji,

Sama-sama pesara ni, gitule, ada sikit masa, kita sesama bertandang.

Saya lama jugak di Lepih, dari Jun 1971 sampai Julai 1979. Mula saya menyewa di rumah Dato Dal Singh, lepas tu Taman Paris. Akhirnya dapat kuaters Telekom di Bukit Residen di tepi hutan tu. Le ni kalau tak silap ada Pejabat Risda di tepi rumah saya duduk tu.

Ofis saya masa tu di tengah-tengah Institut Pertanian. Masa tu polis pun belum habis keluar dari situ (asalnya polis punya). Pejabat Telekom itu, telah berpindah ke Jalan Cheroh di Raub.

Antara rakan sekerja saya masa tu, Allahyarham Wan Mohammad (ayah Wan Razak - Padang Tengku), En Abd Majid (rasanya orang Rawa)duduk di Bukit Kerani, En. Ahmad Nazri (Penjom) - abang dia Allahyarham Dato' Abu Dahari Othman (kalau saya tak silap).

Teringin jugak nak ke Raub, Dong dan Lepih, insya Allah kalau kelapangan.Dulu di pekan sari Dong ada jual keropok jangat (keropok kulit kerbau/lembu) - ntah ada lagi ke tidak?

Wassalam.

ahmad humairi berkata...

salam,

tn hj idris talu,
entri darimu,
buat aku jadi rindu,
musim-musim berlalu,
apakah aku sempat bergelar haji sepertimu...

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam,

encik Ahmad Humairi,
berbetik saja keinginan di hati
sudah tertulis di daftar Ilahi
berusaha pula mendaftar diri dan isteri
penuhkan syarat dan keperluan dari tabung haji

daftarlah diri untuk kursus teori dan amali
bacalah buku dan panduan diberi
supaya ilmu lengkap berdiri
tidak tertanya-tanya bila nak lakukan nanti

syukur hamba ke hadrat Ilahi
diizinkanNya menunaikan haji
sukanya hati tidak terperi
melihat rumahNya hati berseri
tanpa disedari airmata berlari
ya Allahu Rabbi!

selesai haji ziarahlah Nabi
maqamnya di Madinah, Baginda bersemadi
air mata berlari lagi
tanpa Baginda siapalah kami?

Wassalam.

mama ju berkata...

Tuan ni duduk kat LP 6 ke?

Idris Talu berkata...

Mama Ju, kami di Ipoh.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran