Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu
08 Zulhijjah 1428 Hijriah bersamaan 17 Disember 2007.
Masih dalam waktu Zohor, sekitar jam 2.30 petang, kami menaiki bas di depan hotel kami, Al Janadiriah, untuk berangkat ke Arafah.
Keadaan jalanraya dari Mekah ke Arafah agak sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Kenderaan yang paling banyak di jalanraya ialah bas – membawa jemaah haji ke perhimpunan agong umat Islam sedunia.
Suasana di Arafah, sebelum kami tiba di khemah yang disediakan untuk kami. Jemaah haji persendirian, baru tiba di Arafah. Khemah pun belum didirikan lagi. Persediaan mereka cukup minima, berbanding jemaah haji dari Malaysia yang disediakan dengan pelbagai kemudahan.08 Zulhijjah 1428 Hijriah bersamaan 17 Disember 2007.
Masih dalam waktu Zohor, sekitar jam 2.30 petang, kami menaiki bas di depan hotel kami, Al Janadiriah, untuk berangkat ke Arafah.
Keadaan jalanraya dari Mekah ke Arafah agak sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Kenderaan yang paling banyak di jalanraya ialah bas – membawa jemaah haji ke perhimpunan agong umat Islam sedunia.
Jemaah persendirian baru tiba di Arafah.
Kekuatan azam mereka untuk mengerjakan haji cukup kental.
Perbezaan antara jemaah persendirian dengan jemaah yang lain.
Bas-bas mula tiba di Arafah.
Khemah jemaah haji di Arafah - sayup mata memandang.
Dua keadaan yang berbeda.
Lepas itu, penulis kembali ke khemah penulis di khemah nombor 101L. Berehat sebentar. Bila masuk waktu maghrib, kami sembahyang Maghrib dan Isya’ – Jamak Taqdim.
Barang-barang milik penulis di dalam khemah di Arafah.
Jemaah dari Malaysia berjalan-jalan di depan khemah mereka.
Maktab penulis - Maktab 91 di Arafah.
Ada kerusi untuk berehat.
Tanda sempadan Arafah.
Jemaah dari Malaysia berjalan di depan khemah mereka.
Pak Teh, penulis dan En. Othman dalam khemah di Arafah.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan