TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 18 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXXV

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah.

Semasa berulang-alik pergi dan balik ke Masjid Nabawi untuk menunaikan shalat fardhu dan sunat, penulis berkesempatan mengambil gambar-gambar suasana kehidupan di sekitar luar Masjid Nabawi dan pesekitaran hotel-hotel yang banyak di bandar Madinah Al Munawwarah ini.






Suasana jemaah bergerak ke Masjid Nabawi untuk shalat.

Selepas shalat, ribuan jemaah bergerak untuk pulang ke kediaman masing-masing.


Pedagang di sepanjang jalan ceria berjualan.


Suasana meriah walau pun agak sebok.

Walau pun agak bersesak-sesak, tetapi semuanya sabar bergerak pulang.


Suasana sebelum keluar dari pagar Masjid Nabawi.

Jemaah berduyun-duyun kembali ke kediaman masing-masing.

Suasana pedagang kecil berniaga di sekeliling hotel kediaman kami.

Penjual buah-buahan tetap diminati para pembeli.

Suasana di sekeliling hotel agak tenang, tidak sebok sangat.

Ada restoran masakan Indonesia di sini.

Restoran SiDoel Anak Madinah.

Kawasan kedai makan.

Restoran tumpuan jemaah.

Hotel penginapan kami.



©IdrisTalu@2009

4 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Seronoknya melihat segala kedamaian dan keindahan disana...insyaallah satu hari nanti saya tetap akan ke sana diatas doa dan harapan serta keizinananNYA jua.

Idris Talu berkata...

Ya le En Yassin, walau pun negerinya penuh dengan batu hitam yang pejal di mana-mana, tetapi hati kita jatuh cinta ke sini, dan akan berusaha untuk datang lagi.

Memang benar kata orang, pergilah semasa masih muda, semasa masih bertenaga, insya Allah, Tuhan akan ubah cara hidup kita.

Terima kasih le singgoh ke pondok kawan. Ari dok hujan manjang, kawan dok tengoh reboh biji bangkong, dah masok empok nanti kita makan dengan nyor parut.

Teringat mase dok di Lepih dulu, belajo makan putek bangkong rebus cecah dengan peda campor cabai ngan bawang hirih nipis-nipih.

wanita mutalib berkata...

saya dapat hantar mami ke sana pun jadi la..
mami saya teringin sangat nak gi..:)

salam singgah en.idris :)

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam, Elok sangatlah tu, kalau dapat sama-sama pergi. Nikmat dan hikmah mengerjakan ibadah haji cukup hebat.

Terima kasih kerana sudi ke pondok ini.

wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran