TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 17 Disember 2009

Kenangan Lama Di Kuala Lipis - 1970an

By Idris Talu

Gambar ini diambil di rumah En Hamzah (kakitangan Pejabat Pos masa itu) dan isterinya Puan Aishah (kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis) yang kami panggil Kak Chah saja.

Turut serta di rumah Encik Hamzah dan Kak Chah ialah En. Taufik Mohd Jamaluddin (asal dari Jerkoh, Benta - bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis).

Turut hadir seorang kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis (penulis lupa namanya).

Rumah Encik Hamzah terletak di sebelah kiri jalan untuk naik ke Pejabat Daerah Kuala Lipis, berhampiran dengan Balai Polis Baru yang bersetentangan dengan Bukit Residen, di mana terletaknya rumah residen British dahulu yang kini dijadikan Rumah Rehat yang baru.

Penulis menduduki sebuah dari dua buah rumah kuarters milik Jabatan Telekom di kala itu, di atas Bukit Residen tersebut.



Dari kiri, En. Hamzah, di tengah - En. Taufik dan penulis (paling kanan).

Penulis menyuapkan Along (Ikhwan) makan, di rumah En. Hamzah.



©IdrisTalu@2009

2 ulasan:

Pengembara silam, berkata...

salam En.Idris..Pernah bertugas di Lepeh ye? En.taufik Majlis Daerah lipis kenal la saya..

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam, masa muda belia dulu kawan kerja di Telekom Lepih. Pejabat kawan di tengah-tengah Institut Pertanian Lepih, le ni ada lagi atau tidak, tak tahu le kawan.

En. Taufik kalau tak silap kawan asal Jerkoh, dekat Benta tu. Adik dia - Jambari pun kawan kenal. Kala jumpa dia, sampaikan salam kawan ke dia.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran