Berita Sidang Parlimen
Courtesy: Utusan Malaysia Online.
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 11,770 rakyat asing mengemukakan permohonan status kerakyatan negara ini sejak 2005 hingga September lalu dengan jumlah paling ramai melibatkan rakyat Indonesia iaitu 3,405 orang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, ini diikuti warga Kemboja (1,115), Malaysia (855), China (501), India (494), Filipina (461), Thailand (392 ) dan negara lain (4,547).
Jelas beliau, permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia dibuat berdasarkan peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 15(1), 15(2), 15A, 16 dan Perkara 19(1).
"Tidak bermakna semuanya diluluskan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria yang ditetapkan dan telah melalui banyak peringkat tapisan.
"Mereka yang benar-benar layak sahaja dianugerahkan taraf warganegara Malaysia," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Kata Abu Seman, walaupun bilangan permohonan diterima agak tinggi, piagam pelanggan pihaknya menetapkan kes-kes diterima akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.
"Bagi 2007, 1,547 permohonan akan diselesaikan pada 2010 manakala 2,878 permohonan pada 2008 akan diselesaikan pada tahun 2011.
"Sebanyak 4,885 permohonan pada 2009 akan diselesaikan pada 2012 dan permohonan pada tahun depan akan diselesaikan pada 2013," katanya.
Menurutnya, antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah berkelakuan baik, tidak melanggar undang-undang negara, mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu dan menumpahkan taat setia kepada negara.
"Selain itu, kajian juga dijalankan kementerian untuk menentukan sama ada para pemohon mempunyai pertalian kekeluargaan atau akar umbi di negara ini sebelum sesuatu permohonan itu diputuskan," katanya.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang), Abu Seman berkata, kerajaan memandang serius isu dua kewarganegaraan dan kerakyatan Malaysia mereka akan dibatalkan jika ada kes yang berjaya dikesan.
Courtesy: Utusan Malaysia Online.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_03.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
Tempat Berehat Tumpuan Pelancong By Idris Talu Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam s...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
ادريس اسماعيل تالو Idris Ismail Talu Keindahan Cameron Highlands untuk dinikmati bersama, samada di kalangan pelancong tempatan, mahu pun da...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu. Lesung kaki ini biasanya digunakan untuk menumbuk padi yang telah dikeringkan bagi menjadikan ianya beras. Beras pula ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan