Suasana Melontar Jamrah di Mina I.
Untuk menjalankan ibadah melontar jamrah pada hari-hari berikutnya, penulis mulakan melontar untuk diri sendiri. Selepas selesai menyempurnakan ibadah untuk diri sendiri di tingkat pertama, penulis turun ke tingkat bawah untuk melakukan lontaran untuk isteri pula.
Melakukan ibadah melontar di tingkat bawah memang cukup mencabar. Jemaah terlalu ramai. Dalam termangu-mangu memikirkan bagaimana hendak masuk ke dalam kumpulan yang terlalu ramai itu, penulis didatangi dua hamba Allah, "Mari Haji, kami tolong!" kata seorang darinya berbahasa Melayu.
Mereka berdua terus mengepit penulis ke tengah kumpulan jemaah yang bersesak-sesak itu. Bila sudah hampir dengan tempat melontar, "Haji boleh melontar sekarang!" Penulis pun mula melakukan ibadah melontar untuk isteri yang uzur di khemah.
Selesai di Jamrah Sughra, mereka berdua mengiringi penulis ke Jamrah Wusta pula, sehingga selesai di Jamrah Qubra. Bila selesai ketiga-tiga jamrah, kedua-dua hamba Allah itu mohon diri. Penulis sempat berterima kasih dan masih termangu-mangu mengenangkan pertolongan Allah di saat-saat yang cukup mendebarkan itu.
Penulis balik bersama jemaah-jemaah haji yang lain ke khemah.
Dalam perjalanan ke tempat melontar, melalui terowong.
Suasana dalam terowong.
Baru keluar dari terowong menghala ke Jamrah.
Ada pagar kawat yang memisahkan jemaah yang pergi dengan yang balik dari melontar.
Menghampiri Jamrah.
Lautan jemaah yang menjalankan perintah Illahi.
Suasana tempat melontar di bahagian bawah.
Selepas menjalankan ibadah melontar, jemaah berduyun-duyun pulang ke khemah masing-masing.
Jemaah bergerak teratur selepas ibadah melontar.
Suasana Jamrah di bahagian bawah.
Dapat dilihat, khemah jemaah persendirian di lereng bukit sekitar Mina ini.
Jemaah bergerak pulang ke khemah masing-masing.
Bangunan hotel mulai muncul bakal menggantikan khemah di Mina.
Hari masih awal pagi.
Penulis cukup terharu melihat kegigihan jemaah ini yang berjalan dengan bertongkat bersendirian sewaktu pulang dari melaksanakan ibadah melontar. Kelihatannya beliau berbangsa Arab, nak ditegur, penulis tahu "ana" sama "ente" sahaja.
Aziziah Kodai, macam di Tanjung Malim sahaja bunyinya!
"Sign board" tandas lelaki.
"Sign board" tandas wanita.
Dah sampai ke khemah jemaah dari Malysia.
Kawasan khemah jemaah dari negara China.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan