Wartawan: ZAHARI RAZAK
Tarikh Siar: Selasa 15 Disember 2009
Courtesy: Utusan Malaysia Online/BERNAMA.
BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul, itu yang dapat menggambarkan keadaan masyarakat di Padang, Indonesia selepas dilanda gempa bumi 30 Sept lalu.
Kesedihan masih jelas di wajah mereka, yang kehilangan orang tersayang, dan terpaksa menumpang pula tinggal di khemah-khemah sementara yang didirikan di Kampung Melalak, antara kawasan yang terjejas dengan kejadian itu.
Bagi seorang mangsa yang terselamat, Ajek Najan, menyaksikan enam anaknya berusia 4 hingga 9 tahun tertimbus di depan mata, hampir membunuh semangatnya untuk hidup.
Tidak dapat diungkapkan perasaannya apabila anak-anak yang selama ini bermanja dengannya dan tempat mencurahkan kasih sayang, sudah tiada lagi dalam tempoh beberapa detik sahaja semasa bencana melanda.
Ajek, 45, kehilangan empat anak lelaki dan dua perempuan.
"Tiada apa lagi dalam hidup saya, rumah pun ranap. Anak-anak mati, suami pula cedera," katanya kepada Bernama yang berkunjung ke khemah tempat tinggal Ajek baru-baru ini.
Ketika menceritakan saat menghadapi bencana alam itu, Ajek berkata beliau ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertani dan suaminya berada di rumah bersama enam anak mereka.
"Suami saya mungkin juga menjadi korban jika kami tidak melihat tangannya yang terkapai-kapai minta tolong di celah-celah runtuhan batu.
"Hanya Tuhan yang tahu betapa hancur hati ini. Namun, saya perlu cekal meneruskan hidup," katanya.
Baginya kehidupan kini lebih sukar kerana terpaksa membinanya semula tanpa bantuan suami yang masih belum mampu bekerja.
Sebelum ini punca pendapatan mereka ialah bertani dan Ajek kini mengusahakan sawah padi dan kebun sayurnya sendiri dalam keadaan dirinya masih trauma dengan kejadian gempa bumi itu.
Gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter menggoncang Padang pada 5.16 petang 30 Sept yang berpusat di Km 57 barat laut Pariaman, disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 skala Richter pada 5.38 petang berpusat di Km 22 ke barat laut Pariaman.
Menurut laporan, kerajaan Indonesia mengesahkan anggaran 1.2 juta penduduk daripada 250,000 keluarga terjejas akibat gempa bumi itu melalui kehilangan tempat tinggal dan punca pendapatan. Bencana itu menyebabkan kematian 1,115 orang, 1,214 cedera parah dan 1,688 cedera ringan.
Perlukan bantuan
Ajek berkongsi tinggal di khemah itu bersama 20 lagi keluarga sambil mengharapkan kerajaan dapat membantu membina rumah mereka yang rosak teruk dan dalam pada itu menantikan bantuan wang, makanan dan pakaian.
"Saya memerlukan bantuan. Tanpa bantuan hidup saya tidak mungkin berubah. Kami yang berada di khemah-khemah ini bukannya orang mewah," katanya.
Kunjungan rombongan seperti kami dari Malaysia memang dinanti-nantikan Ajek dan penghuni khemah di sini bagi mendapatkan bantuan sekurang-kurangnya keperluan harian.
Penulis menyertai rombongan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai Naib Cancelornya, Prof. Datuk Dr Zainai Mohamed, ke Padang dalam lawatan kerja misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan wang, barang dan pakaian kepada mangsa gempa bumi ini.
"Walaupun bantuan kemanusiaan yang diberi tidak semewah mana, kami mahu mereka tahu bahawa Malaysia turut berkongsi kesedihan mereka kerana asalnya kita serumpun. Hanya sempadan memisahkan kita tetapi budaya, bangsa dan agama masih sama," kata Dr Zainai.
UMK membawa bantuan bernilai RM30,000 hasil kutipan sumbangan pelajar dan petugas UMK serta orang ramai.
Dr Zainai dan rombongan UMK yang disertai 10 orang pensyarah dan pelajar turut melawat anak yatim di Pati Asuhan Aisyiyah di Kampung Birik-Birik, Pariaman.
Beliau berkata, lawatan itu bertujuan meninjau keadaan di samping mengenal pasti jenis sumbangan dan bantuan lanjut untuk diberikan kepada masyarakat di kawasan terbabit di bawah program bantuan kemanusian UMK yang akan dilancarkan nanti.
Bina hidup semula
Sementara itu, seorang lagi mangsa gempa bumi, Syiud John, 25, berkata, bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan kepadanya kerana beliau tahu dengan pertolongan itu dapatlah beliau secara perlahan membina semula kehidupan.
"Masih banyak lagi yang perlu kami lakukan. Perjalanan masih jauh tetapi semangat kami semakin hari semakin pulih dengan bantuan seumpama ini yang menunjukkan Malaysia prihatin.
"Terima kasih Pak kerana sudi datang membantu kami. Sumbangan ini amat bermakna bagi kami. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kamu semua," ujar Syiud.
Penulis mendapati walaupun bantuan untuk mereka dilihat sudah banyak, sebenarnya ia belum mencukupi kerana ramai daripada kalangan mangsa gempa bumi ini ialah golongan miskin sebelum ini dan keadaan mereka semakin daif akibat bencana alam itu.
Ini terutama bagi kalangan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa tempat bergantung.
Dalam hal ini bantuan yang mereka perlukan bukan hanya wang dan makanan, tetapi juga sokongan moral dan kata-kata semangat untuk cekal hidup. –BERNAMA
Courtesy: Utusan Malaysia Online/BERNAMA.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Isnin, 14 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan