TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 28 Januari 2011
Jalinkan usahawan Malaysia - Indonesia
Oleh ZULKIFL ABDULLAH, pengarang@utusan.com.my
BANDUNG 28 Jan. - Malaysia dan Indonesia boleh membantu ASEAN menjadi kuasa ketiga terbesar dalam bidang ekonomi bagi rantau Asia selepas China dan India menerusi jalinan kerjasama usahawan kedua-dua negara.
Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yakin dengan bilangan penduduk melebihi 600 juta orang, pertumbuhan ekonomi rantau ini akan bertambah pesat.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan Indonesia yang mencatatkan pertumbuhan 51 peratus daripada KDNK ASEAN membolehkan mereka memainkan peranan melonjakkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini," katanya kepada pemberita sempena Maybank Semi '10-Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia di sini hari ini.
Seminar itu merupakan program tahunan anjuran Ikatan Setia Kawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang menghimpunkan pengamal media bersama ahli perniagaan kedua-dua negara dalam usaha merangka kerjasama ekonomi serta merapatkan lagi hubungan mereka.
Turut hadir pada seminar yang disertai lebih 400 peserta itu ialah Penasihat Khusus Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Dr. Hendry Subikto, Timbalan Pengerusi Iswami Malaysia, Datuk Chamil Wariya dan Pengerusi Iswami Indonesia, M. Saiful Hadi.
Ahmad Husni percaya dengan kepadatan penduduk yang sedia ada, negara jiran ini mampu mencapai pertumbuhan memberangsangkan bersama Brazil, China dan Rusia.
"Indonesia mempunyai potensi dengan nilai transaksi pembangunan yang besar dari segi skala ekonomi dan jika digabungkan dengan Malaysia, ia akan menjadi tumpuan utama kepada pertumbuhan utama di kawasan ASEAN," tambahnya.
Beliau memberitahu, Malaysia sudah bertapak di Indonesia dalam bidang perkhidmatan
kewangan, teknologi maklumat dan petrolium, perladangan dengan penglibatan Malayan Banking dan CIMB hingga berada dalam rangking ke-10 bank terbesar di rantau ASEAN.
Menjawab mengenai kesepakatan yang boleh dijalinkan, Ahmad Husni berkata, produk halal merupakan satu sektor ekonomi yang boleh diterokai terutama melibatkan negara-negara di Timur Tengah.
"Kita mesti terima hakikat dari segi struktur pembangunan ekonomi negara Timur Tengah yang masih berada di peringkat awal dan tidak banyak aktiviti ekonomi dilakukan di negara itu malah mereka bergantung import daripada negara lain.
"Potensi untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang-bidang lain yang melibatkan Malaysia dan Indonesia semakin meluas tetapi ia memerlukan penyelidikan di peringkat awal jika terlibat dalam pelaburan penting bagi menentukan viabiliti sesuatu projek," jelasnya.
Menurut beliau, masih banyak peluang perdagangan yang boleh dijalinkan tetapi belum mendapat pendedahan di kalangan usahawan kedua-dua negara dan mengakui kerjasama itu memerlukan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
Bagaimanapun, katanya, dengan adanya Empangan Bakun di Sarawak, bekalan elektrik boleh disalurkan ke Kalimantan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di situ.
Mengenai pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang 2015, Ahmad Husni memberitahu, perbincangan masih berjalan tanpa membuat sebarang pindaan undang-undang sedia ada antara Malaysia dan Indonesia serta Thailand yang dijangka selesai pada tahun ini.
Source: Utusan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
2 ulasan:
Tuan haji,
Saya melihat kerjasama peringkat atas antara Malaysia - Indonesia cukup intim. tetapi diperingkat rakyat jembel ada rasa ngeri kalau kita hendak ke sana. Ada segelintir rakyat Indon yang membenci kita atas dasar 'prinsip' kenegaraan dimana pelancung kita akan jadi mangsa untuk mereka melepaskan geram.
Saya anti Indon dalam beberapa aspek. Maaf.
Terima kasih Tuan Haji Hashim,
Kawan faham tentang "kejengkelan" yang Tuan Haji maksudkan. Beberapa orang rakan kawan yang agak kerap membawa rombongan sahabatnya ke seberang terpaksa menunda malah kadang-kadang membatalkannya terus kerana suasana di sana kurang kondusif.
Suasana kita hampir sama dengan suasana di Asia Barat. Mangkin pencucuhnya pun orang yang sama. Potensi kita untuk bangkit menjadi suatu bangsa yang besar terbantut kerana ramai pemainnya tidak nampak tiang goal dan sorakan batu api serta mercun di luar gelanggang.
Tuan Haji tak usah risau, kita mempunyai ramai entrepreneur yang fokus dalam bisnes mereka yang memahami alun kocakan air, samada sepat ronggeng ataupun temelian yang bermain.
Kawan faham perasaan Tuan Haji. Wassalam.
Catat Ulasan