BOSTON 10 Jan. – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk memulakan lawatan kerja enam hari ke Amerika Syarikat.
Ketibaan Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, di Boston Logan International Airport pada 5 petang ini (Isnin, 6 pagi waktu Malaysia), disambut oleh Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.
Di Boston, Timbalan Perdana Menteri akan bertemu pelajar dan masyarakat Malaysia di sini dalam jamuan malam yang dianjurkan beliau pada Rabu.
Semasa berada di Washington DC pada Khamis dan Jumaat pula, beliau dijadual bertemu pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Barack Obama, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton.
Dalam lawatan itu juga, Muhyiddin dijadual bertemu pemimpin Kongres Amerika Syarikat dan menjadi tetamu kehormat majlis jamuan tengah hari bersama anggota Majlis Perniagaan Amerika-Asean.
Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan Program Latihan Khas Keusahawanan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (myBeST) dan menghadiri majlis meraikan para pelajar yang menyertai program pertukaran pelajar American Field Service – Youth Exchange & Study (AFS-YES).
Program YES merupakan program pertukaran pelajar yang ditaja oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat selepas insiden 9/11 pada 2001 untuk membantu merapatkan hubungan antara warga Amerika Syarikat dan negara-negara di seluruh dunia, terutamanya yang banyak mempunyai penduduk beragama Islam.
Lawatan Muhyiddin dilihat sebagai susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat pada April tahun lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September, di mana beliau bertemu Presiden Obama dalam kedua-dua acara itu.
Lawatan ini juga akan meningkatkan kerjasama sedia ada dalam bidang yang dapat memanfaatkan kedua-dua negara, terutamanya perdagangan.
Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke tanah air dari London pada Sabtu. – BERNAMA
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan