Photo: Idris Talu.
Article: Pusat Maklumat Rakyat.
Pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah stu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan, tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar.
Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yangdiperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa pencemaran alam sekitar dan pembaziran.
Antara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jarring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi.
Kerajaan telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian.
Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional.
Banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.
Kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Sesungguhnya, masih belum terlambat untuk anda menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan. Jadi, apa tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini!
Article source: Pusat Maklumat Rakyat
http://idristalu.blogspot.com/
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 7 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
By Idris Talu Suatu awal pagi - baru-baru ini, kerana suatu urusan di Raub Pahang, penulis, isteri dan dua orang anak singgah di Kuala Kubu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan