2011/01/10
Ramai jangka pilihan raya umum sudah semakin hampir
PELBAGAI tafsiran dibuat mengenai dua pertemuan politik yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh dua minggu lalu – pertama dengan pemimpin kanan PAS ketika menghadap dan menghadiri majlis santapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, pada 24 Disember lalu dan kedua, pertemuan beliau dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelmarin.
Walaupun kedua-dua peristiwa itu tidak mempunyai kaitan, ia bukan saja mengundang pelbagai reaksi dan andaian, malah kebimbangan daripada kelompok tertentu seperti yang boleh dibaca dalam beberapa laman web politik.
Sementara pertemuan di Istana Terengganu mencetuskan kebimbangan di kalangan pakatan pembangkang terhadap komitmen PAS dalam barisan pembangkang itu, perjumpaan Najib dengan Ahli Parlimen BN menguatkan andaian sesetengah pihak kononnya pilihan raya umum semakin hampir walaupun penggal Parlimen sekarang masih jauh.
Bagi meredakan kebimbangan sekutu PAS dalam pakatan pembangkang, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terpaksa memanggil sidang media di Kota Bharu minggu lalu. Beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, yang turut dihadiri Perdana Menteri itu, tiada kaitan dengan isu politik. Menurut Nik Aziz, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia, bulan lalu.
“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya. Hadi, yang juga hadir pada sidang media itu, turut menegaskan walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib, mereka tidak membincangkan langsung soal politik.
“Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya. Sebelum itu, ada laporan kononnya pertemuan itu turut membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan, yang pernah dicadangkan oleh Hadi sejurus selepas pilihan raya umum lalu.
Penjelasan pucuk pimpinan PAS itu bagaimanapun gagal memuaskan hati di kalangan rakan mereka dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Ahli Parlimen PKR dari Kapar, S Manikavasagam, dilaporkan menuntut PAS mendedahkan secara terperinci apa yang dibincangkan dalam pertemuan di Istana Terengganu itu. “Sebagai Ahli Parlimen dan sebahagian daripada pakatan, saya berasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP. Mengapa mereka harus pergi (hadir pertemuan itu)?” katanya.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, pula mahu PAS menjelaskan mengenai ‘perundingan perpaduan Melayu’ yang didakwanya berlaku dalam pertemuan itu. “Satu kenyataan daripada PAS untuk menjelaskan isu ini adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan. Biar PAS keluarkan kenyataan rasmi untuk mengulangi kedudukan dan komitmen mereka kepada pakatan pembangkang,” katanya.
Reaksi PKR dan DAP terhadap pertemuan di Istana Terengganu dan penjelasan PAS itu bukan saja memberi gambaran pembangkang saling tidak percaya antara satu sama lain, tetapi dua parti itu bagaikan takut kepada bayang sendiri.
Apa salahnya jika dua pertubuhan yang mewakili Melayu/Islam walaupun berbeza ideologi politik, makan semeja apabila dititahkan oleh Seri Paduka, yang menjadi Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu? Reaksi DAP dan PKR itu juga seolah-olah pemimpin UMNO dan PAS tidak harus bertemu walaupun sekadar menjalin silaturahim.
Pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN kelmarin turut mengundang pelbagai reaksi pembangkang. Kebanyakannya menjurus kepada kepercayaan bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, walaupun Perdana Menteri menegaskan bahawa itu adalah sebahagian daripada proses transformasi politik.
Proses itu bermula dengan Konvensyen BN akhir tahun lalu, diikuti pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN kelmarin untuk mendengar sendiri masalah dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing. Selepas ini, Perdana Menteri sendiri turun padang menemui dan mendengar masalah rakyat di seluruh negara.
Sama ada selepas proses transformasi ini berakhir nanti, Najib akan mengadakan pilihan raya umum atau sebaliknya adalah soal lain. Yang jelas, BN selepas pertama kali kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum lalu, menampakkan perubahan ketara sama ada dari segi kepemimpinan parti komponen dan pendekatan politik.
Beberapa kajian pendapat umum jelas membuktikan hakikat itu. Sebaliknya, pembangkang, kerana mempercayai pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, melihat semua perkara dari sudut politik sehingga melupakan janji mereka pada pilihan raya umum lalu.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan