TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 12 Januari 2011

Muhyiddin bincang program sukarelawan dengan Hillary


12/01/2011 2:35pm

BOSTON, 12 Jan. - Program Sukarelawan Amerika Syarikat, yang dicadangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dilaksanakan bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di ASEAN, adalah antara topik yang akan dibincangkan dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton di Washington pada Jumaat.

Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan input bila program berkenaan dapat dimulakan.

"Sambutan setakat hari ini (terhadap pelan program itu) baik dan ini peluang untuk kita menyusul balik, (tentang) bila rancangan itu dapat dimulakan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Selasa.

Muhyiddin, yang diiringi isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, berada di Amerika Syarikat dalam rangka lawatan kerja enam hari ke Boston dan Washington.

Pada pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pemimpin-pemimpin ASEAN yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York September tahun lepas, Najib mencadangkan agar Program Sukarelawan yang dikenali American Peace Corps yang begitu popular sekitar 1960-an, dilaksanakan. – Bernama.

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran