Oleh PROF. DATO' DR. SIDEK BABA
ISU dan polemik KFC QSR, Kulim Bhd dan Johor Corporation yang hangat diperkatakan beberapa bulan kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Aspek yang banyak dibicarakan ialah penyusunan semula kepimpinan Johor Corporaiton yang mengejutkan banyak pihak dan keinginan banyak pihak untuk menguasai saham KFC dan seumpamanya oleh pihak dalam dan luar negara.
Yang terakhir ialah usaha penyingkiran Tan Sri Ali Hashim yang dianggap tokoh kontroversial dalam isu ini yang dilakukan secara terancang. Sesiapa yang memerhatikan dengan rapi dan teliti pendekatan Ali akan menyaksikan dua perkara penting yang berlaku terhadap Johor Corporation.
Pertama, kemampuannya memperkasa Johor Corporation dan anak syarikatnya yang berjumlah hampir 300 buah sebagai sebuah entiti korporat yang dihormati dan disegani. Kedua, pendekatan Islam yang diambilnya iaitu memperkenalkan produk Islami yang menarik seperti Wakaf Korporat, Klinik An Nur, pembayaran zakat yang berterusan, menjamin pasaran halal KFC, Pizza Hut, Ayamas, Rasamas dan lain-lain lagi adalah suatu lonjakan berani yang mengambil pendekatan wasatiyyah atau sederhana iaitu suatu pendekatan yang amat serasi dengan iklim sosioekonomi dan politik Malaysia.
Dengan aset yang semakin besar dan aliran tunai KFC yang sangat menggalakkan tidak ada pertanda Johor Corporation akan menuju kepada muflis. KFC umpamanya menjadi semakin berkembang dan popular sehingga mampu mengembangkan sayapnya ke Singapura, Brunei, Kemboja dan India.
KPJ Healthcare umpamanya sudah memiliki 22 hospital dan termasuk beberapa buah di Indonesia. Ia menjadi kebanggaan umat Melayu dan Malaysia kerana keupayaannya mengembang dan menawarkan produk Islami yang berdaya saing.
Malaysia sebagai sebuah negara yang membangunkan institusi kewangan dan bisnes Islam yang kondusif tentunya melihat perkembangan ini secara positif. Pendekatan yang diambil dalam mengendalikan urusniaga dalam Johor Corporation adalah contoh unik bagi masyarakat Malaysia. Keupayaannya mengumpulkan lebih RM200 juta dana Wakaf Korporat dan membangunkan Klinik An Nur di seluruh negara didatangi oleh pesakit semua kaum dengan bayaran yang amat kecil, keupayaannya menampung kakitangan dan kepakaran di kalangan semua bangsa bagi hospital dan hospital pakar yang dikendalikan menjadi model praktis pengurusan bisnes perubatan yang berintegriti, keupayaan membina Hospital Tawakkal yang tegak dengan wajah baru di ibu kota adalah gambaran suatu kejayaan yang patut disyukuri sebagai lambang keupayaan umat Melayu dan Malaysia.
Walaupun Ali sering menggunakan pendekatan "Jihad Bisness", ia harus dilihat secara positif. Jihad pada pandangan sesetengah pihak adalah sesuatu yang negatif. Pada hemat saya, jihad ialah satu perjuangan. Memartabatkan kesedaran umat Melayu bahawa bisnes itu sebagai suatu jihad adalah penting.
Perjuangan
Bila bisnes itu dihubungkan dengan perjuangan, umat Melayu akan merasakan bahawa ada prioriti terhadap bisnes yang menjadi kekurangan umat Melayu. Ia menjadi lebih lengkap lagi kerana Islam dijadikan landasan untuk membangunkan kegiatan bisnes dengan tidak menafikan penglibatan dan penyertaan orang-orang bukan Islam.
Kerajinannya mendekati generasi muda umat Melayu di Institusi Pengajian Tinggi amat menarik sekali. Cetusannya terhadap Jihad Bisnes di kalangan generasi muda adalah langkah bijak.
Justeru, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun lalu menganugerahkan Doktor Kehormat kepadanya. Pada tahun ini saja Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kolej Universiti Insaniah, Kedah juga mengurniakan anugerah yang sama. Sudah tentu ada sebab mengapa kurniaan itu diberi.
Saya tidaklah bermaksud ''mendewa-dewkan''nya. Saya adalah salah seorang dari ramai umat Melayu dan Malaysia yang mengikuti usaha gigihnya memartabatkan kegiatan korporat yang berlandaskan Islam dan bermanfaat untuk masyarakat Malaysia.
Paling tidak, ada bukti bahawa kalau Tabung Haji boleh berjaya, bank dan Takaful Islam boleh berjaya, Johor Corporation juga tersenarai dalam senarai kejayaan ia memperlihatkan bahawa apa organisasi pun jika ditadbir urus dengan telus dan tulus, lebih-lebih lagi mengikut pedoman syariah, umat Melayu boleh berjaya. Dan yang paling penting manfaat kejayaan itu dikongsi dan dirasakan oleh orang-orang bukan Islam.
Bagi saya Ali sudah menjadi aset bagi umat Melayu. Beliau diibaratkan seperti "angsa emas" yang perlu dimanfaatkan bakat dan daya pengorbanannya. Tidak banyak dalam Perbadanan Negeri yang sehebat Johor Corporation yang bukan saja menjadi kebanggaan warga Johor tetapi menjadi kebanggaan umat Melayu dan Malaysia. Apakah kerana Ali dan kawan-kawannya seperti Datin Sri Paduka Saadiah, Ahmad Muhammad, Jamaludin Ali yang tidak memiliki kepentingan saham dalam Johor Corporation menjadi satu kesalahan hingga membiarkan persaingan terbuka dalam dunia korporat menyebabkan model kebanggaan umat Melayu ini sedang dimasalahkan?
Sekiranya benar Ketua Eksekutif Johor Corporation yang baru tidak berhajat menjual QSR dan KFC ia adalah suatu kenyataan yang melegakan. Ia lebih melegakan lagi sekiranya Ceo Johor Corporation menarik balik notis EGM Kulim supaya ada pemikiran baru lahir bahawa perlunya tradisi menghargai bakat dan kebolehan yang dimiliki dihargai dan diperkongsi supaya kisah Hang Nadim dan Singapura dilanggar tTodak tidak berulang lagi.
Dalam tradisi Islam yang mementingkan keadilan, kita dididik meletakkan sesuatu pada tempatnya kerana antara sebab yang membawa kejatuhan umat Melayu dalam sepanjang sejarah ialah penyakit hasad dan dengki. Kita tidak pandai menghargai sumbangan dan pengorbanan orang lain. Kita selalu mengambil kesempatan pencapaian orang lain. Lalu kita mengaku bahawa itu adalah usaha kita sendiri. Kalau kita tidak pandai menghargai jasa orang tunggulah masanya sumbangan kita tidak akan dihargai oleh orang lain pula.
Source: Mingguan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 1 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Ahmad bin Abdul Rashid Talu Ihsan: Perpustakaan Negara Malaysia. Nama sebenar ialah Ahmad Bogol bin Haji Abdul Rashid bin Sheikh Abdul Majid...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan