Rencana dan gambar oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
Yang meliputi lawatan kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ke Jordan dan Syria, baru-baru ini)
Bertemu rakyat Malaysia di perantauan adalah suatu kenangan indah yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi jika yang menziarahi kita itu adalah 'orang besar' dan berpengaruh.
Kenangan itu pastinya lebih manis bagi kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di negara Asia Barat seperti di Jordan dan Syria. Maklumlah, bukan semua ibu bapa berkemampuan menziarahi anak mereka di sana kerana kos perjalanannya bukan sedikit.
Justeru, lawatan kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di kedua-dua negara itu mulai 22 hingga 29 Disember lalu menceriakan para penuntut di sana. Ia ibarat pepatah Melayu, "kecil tapak tangan nyiru ditadahkan".
Lawatan yang diketuai oleh Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.20 malam 22 Disember menuju ke Amman, Jordan.
Turut serta dalam rombongan seramai 15 orang itu adalah Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut dan Pengurus Besar Analisis dan Penyelidikan Yadim, Shauki Abd. Majid.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman pada pukul 5.20 pagi (waktu tempatan-waktu di Jordan adalah enam jam lewat daripada Malaysia), rombongan terpaksa menunggu lebih sejam sebelum semua urusan visa dan imigresen selesai.
Suhu ketika itu adalah sekitar lapan ke 10 darjah celsius. Sesekali terkena tiupan angin, sejuknya hingga ke tulang hitam.
Daripada situ, rombongan menaiki bas ke Irbid yang letaknya kira-kira 120 kilometer (km) yang memakan masa tiga jam.
Pada kira-kira pukul 6.30 petang, bertemulah rombongan Yadim dengan para pelajar Malaysia di Irbid di sebuah dewan yang disewa khas.
Pertemuan yang sengaja diadakan secara tidak formal itu ternyata berjaya memecah tembok pemisah antara para pelajar dan rombongan Yadim. Ia ibarat sesi bertukar-tukar pandangan dan nasihat bapa kepada anak-anak.
Dalam pertemuan selama kira-kira tiga jam itu, diadakan sesi penerangan tentang Yadim dan keadaan semasa di tanah air oleh Aziz Jamaluddin.
Turut dijelaskan adalah konsep '1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.
Sementara itu, Ibrahim pula menjelaskan tentang kedudukan terkini Mahkamah Syariah dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
Dalam mukadimahnya, Aziz Jamaluddin menjelaskan tentang fungsi dan peranan Yadim selepas beliau mengambil alih kepemimpinan yayasan itu pada 1 April 2010.
Katanya, sejak Yadim ditubuhkan pada tahun 1974, ia berperanan membantu kegiatan dakwah negara melalui penganjuran seminar, forum dan seumpamanya.
Menurut beliau, mulai tahun 2010, pihaknya menjenama semula Yadim. Sekarang Yadim lebih kerap turun padang ke perkampungan Orang Asli dan kampung-kampung pedalaman kawasan saudara Muslim.
"Kita juga mahu mengadakan ukhuwah dan bertanya khabar dengan para penuntut Malaysia di luar negara. Lagi pun, mereka ini adalah bakal daie di masa depan.
"Sebabnya, masa belajar begini, bila ada pelawat dari Malaysia datang kita rasa gembira walaupun yang datang itu bukanlah ibu bapa kita," kata beliau.
Pada masa yang sama, Aziz Jamaludin menasihatkan para pelajar agar menggunakan kesempatan di negara orang untuk mendalami ilmu sepenuhnya.
Katanya, mereka juga perlu menguasai dengan baik sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab agar boleh membantu membangunkan negara dengan lebih berkesan selepas tamat pengajian.
"Semasa belajar, elakkan daripada terlibat dalam kegiatan politik. Ini supaya kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya menuntut ilmu.
"Seterusnya mencapai kejayaan sebagaimana harapan dan doa ibu bapa yang menghantar kita belajar di sini," jelasnya.
Kesempitan hidup
Yadim turut mengedarkan kira-kira 150 borang keahlian Sahabat Yadim kepada para pelajar Malaysia di Jordan dan Syria.
Nasihat dan pesanan yang sama turut disampaikan dalam dua lagi pertemuan dengan para pelajar Malaysia di Amman dan Damsyik, Syria.
Sementara itu, di Syria, beberapa pelajar membangkitkan soal kesempitan hidup akibat ketiadaan biasiswa dan keperluan mengkaji semula pengiktirafan terhadap ijazah yang ditawarkan di situ.
Mengulas hal ini, Aziz Jamaludin menasihatkan para pelajar jangan menjadikan perkara itu halangan untuk mencapai kejayaan.
Sebabnya, kata beliau, sesuatu yang diperolehi melalui jalan sukar itu adalah lebih bermakna selain kesukaran dalam menuntut ilmu itu dijanjikan ganjaran syurga.
Ia sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (riwayat Muslim)
"Tentang pengiktirafan ijazah itu, elok para pelajar menulis surat kepada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Saya yakin permohonan itu kelak akan diteliti oleh MQA dan insya-Allah masalah ijazah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia itu boleh diatasi," tambah beliau.
Aziz Jamaludin berkata, melalui kekuatan ilmu, umat Islam akan diangkat oleh Allah SWT ke suatu darjat yang tinggi berbanding dengan kaum yang selainnya.
Ia bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mujadalah: 11)
Kata beliau, orang yang berilmu adalah mereka yang mampu menghadapi kepelbagaian bentuk ujian, rintangan, musibah, serangan, dan syubhat yang mendatang dengan sikap yang penuh tenang dan sabar.
"Dengan ilmu yang mereka kuasai, mereka mampu untuk membezakan kepelbagaian bentuk permasalahan yang muncul yang sekali gus mampu menentukan pendirian (sikap) dan jalan keluar yang tepat buat dirinya dan orang lain," tambahnya.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 11 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan