TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 14 Januari 2011
Orang Melayu diminta pertahan tulisan jawi agar tidak pupus
IPOH 13 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah mengajak orang Melayu mempertahankan tulisan jawi supaya terus hidup dan tidak pupus kerana ia merupakan satu perjuangan bangsa.
Baginda bertitah, tulisan jawi adalah khazanah bangsa yang bukan sahaja wajib dikekalkan tetapi diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia.
“Semangat para pejuang bahasa untuk terus mempertahankan warisan bangsa Melayu perlulah diberi penghargaan dan sokongan oleh setiap anak Melayu yang berjiwa dan bersemangat Melayu
“Meski setinggi mana mencecah awan, akar bangsanya biarlah mencecah bumi di tanah air warisan bangsa, tahu menghargai khazanah bangsanya dan tidak merelakan warisan bangsanya dihina atau dicerca,” titah baginda.
Baginda bertitah merasmikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) kali ke-174 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIAMPk, Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.
Raja Nazrin bertitah, tulisan jawi telah memartabatkan bahasa Melayu dan menyuntik komponen tulisan sehingga menjadikannya bahasa yang indah lagi kaya.
Melalui tulisan jawi, titah baginda, bahasa Melayu lebih luas tersebarnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa serta menjadi bahasa ilmu.
Source: Utusan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
By Idris Talu Suatu awal pagi - baru-baru ini, kerana suatu urusan di Raub Pahang, penulis, isteri dan dua orang anak singgah di Kuala Kubu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan