TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 31 Ogos 2011

Ibu Penulis Berpulang ke Rahmatullah

Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini)

Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Allahyarham ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa, 01 Syawal 1432 Hijriah bersamaan 30 Ogos 2011 setelah uzur tua agak sekian lama.

Allahyarham meninggal dunia di rumah adik penulis, Puan Asiah binti Ismail di kampong Gua Badak, Lenggong.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid Kampung Gua Badak sekitar jam 5.58 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut juga.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Allahyarham dan menempatkan ruhnya bersama ruh-ruh orang yang beriman.

Al Fatehah untuk Allahyarham.

Idris Talu.

Ahad, 28 Ogos 2011

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 1432H Di Malaysia

By Idris Ismail Talu.


Tan Sri Mufti Perak Darul Ridzuan semasa mencerap anak bulan
di Pantai Pasir Panjang, Manjong.


Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,


Tarikh mencerap anak bulan Syawal tahun Hijrah 1432 ialah pada 29 Ramadhan 1432 bersamaan 29 Ogos 2011. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri pada malam itu juga.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tiga puluh tempat untuk melihat anak bulan di seluruh Malaysia.

Tempat-tempat mencerap anak bulan Syawal 1432
bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Tempat-tempat mencerap anak bulan Syawal 1432
bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Tempat-tempat mencerap anak bulan Syawal 1432
bagi negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.

Tempat-tempat mencerap anak bulan Syawal 1432
bagi negeri-negeri di Tengah dan Selatan, Semenanjung.

Sebagaimana yang kita maklumi, Malaysia menentukan tarikh Hari Raya Aidil Fitri atau tarikh hari raya puasa mengikut kiraan rukyah dan hisab.

Dari arkib:
Staf dari Telekom Malaysia memberikan bantuan perhubungan
di Pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak.

Dulu-dulu: Ceramah agama sebelum mencerap anak bulan.

Ceramah agama sekarang disampaikan dalam khemah khas.

Menara untuk mencerap anak bulan
di Pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak Darul Ridzuan.






Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432 Hijriah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Penulis blog “idristalu.blogspot.com” mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432 Hijriyah, Minal ‘ain wal faizin” kepada semua Muslimin dan Muslimat - pembaca blog “idristalu” walau di mana jua anda berada.

Penulis mendoakan keceriaan bersama orang tersayang, kepada semua pembaca di sepanjang masa terutamanya di musim perayaan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Untuk sahabat-sahabat yang berjiran di Brunei Darussalam, Patanni, Singapura, Filipina dan Indonesia (khususnya di Minangkabau), selamat menyambut hari raya aidilfitri – semoga kita sama-sama diberkati Allah jua.

Foto ihsan Google.
Pengunjung idristalu.blogspot dari pelbagai negara.


Kepada sahabat-sahabat yang menyambut hari raya di luar negara – di Riyadh, Jeddah, UK, USA, Belanda, Jepun, Australia dan lain-lainnya, bergembiralah bersama keluarga atau rakan-rakan di sana. Penulis sentiasa ingatkan anda semua.

Akhir kalam, penulis memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa tersilap bicara di dalam penulisan blog ini yang mungkin menyinggung hati dan perasaan anda semua, penulis memohon maaf zahir dan bathin.

Selasa, 23 Ogos 2011

Makan Berulam Di Bulan Ramadhan

By Idris Ismail Talu.

Sesuai dengan suasana Ramadhan yang mulia ini, makanan yang segar cukup sesuai dengan keperluan badan kita. Oleh kerana itu, kali ini penulis makan sedikit nasi dengan berulamkan kacang panjang yang muda dan batang lambuk atau kemumu mentah dikawankan dengan sambal tempoyak - melilih air liur dibuatnya.

Pelepah lambuk atau kemumu muda.

Kacang panjang yang muda.

Dan ini pula, sambal asam tempoyak yang menyelerakan.


Gabungan yang cukup menyelerakan.



STAR (Ipoh) bina Galeri Tun Hamdan


23/08/2011

IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) di sini akan menubuhkan sebuah galeri bagi menempatkan catatan sejarah mengenai tokoh tersebut.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Hamdan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, galeri tersebut akan ditempatkan di sebuah bangunan sedia ada yang akan dibaik pulih di atas tanah seluas 1.9 ekar dan dijangka beroperasi sepenuhnya Mei tahun depan.

Katanya, perbincangan bersama Arkib Negara dan Yayasan Tun Hamdan telah dilakukan bagi menempatkan bahan-bahan sejarah melibatkan tokoh tersebut di galeri itu.

"Pembinaan galeri ini cukup bermakna kerana ia merupakan usaha bagi memperingati jasa dan sumbangan Tun Hamdan yang berkhidmat di sekolah ini sejak ia ditubuhkan.

"Perbincangan telah diadakan bersama pihak yayasan dan kerja-kerja pembinaan dan pengumpulan bahan sejarah akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan biasiswa, zakat dan sumbangan raya kepada pelajar-pelajar dan anak-anak yatim negeri Perak di sini, hari ini.

Seramai 58 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu STAR, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah dan SMK Clifford menerima biasiswa Yayasan Tun Hamdan berjumlah RM500 setahun bagi tingkatan empat dan lima, manakala RM650 bagi tingkatan enam.

Source: Utusan Malaysia Online.


Maklumat tambahan dari arkib:

Foto kenangan Allahyarham Tun Hamdan diiringi masyarakat Minangkabau selepas dianugerahkan gelaran Datuk Bagindo Sati oleh Datuk Rangkayo Mulia Nan Kuning, selaku Gabenor Sumatra Barat pada 19 Disember 1991.
Sumber: Tun Hamdan - Guru Sepanjang Hayat oleh Mohd Nor Long.


Masjidil Haram dibesarkan lagi


JEDDAH 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Source: Utusan Malaysia Online.

Suasana Umat Islam Beribadat Di Masjidil Haram

Suasana umat Islam yang tekun beribadat di penghujung bulan Ramadhan yang mubarak ini.

Sumber Foto: internet.

Sumber Foto: internet.

Sumber Foto: internet.


Isnin, 22 Ogos 2011

Bunga Teratai Dan Burung

By Idris Ismail Talu.

Memerhati tingkah laku burung memang cukup mengasyikkan. Burung terlalu pandai beradaptasi dengan alam dan masih mampu bertahan hingga kini.


Ruak-ruak kecil berselindung di sebalik
kuntum teratai yang masih menguncup.


Walaupun permukaan air dipenuhi tumbuhan keladi bunting, teratai masih mampu mengeluarkan kuntuman genitnya di permukaan air.


Keindahan kuntum teratai.

Betapa indahnya teratai di permukaan danau.


Pasar Ramadhan Batu Gajah - Bahagian Kedua

By Idris Talu.

Kita jalan-jalan lagi di Pasar Ramadhan Batu Gajah, lihat apa yang boleh kita dapat pelajari dan jadikan teladan dari suasana yang hanya wujud dalam bulan Ramadhan ini. Pasar Ramadhan wujud kerana pelbagai alasan, pertama kerana ramai kaum hawa yang berkhidmat baik di bidang awam mahu pun swasta, biasanya tidak sempat hendak menyediakan juadah untuk berbuka.

Kedua, dengan membeli, kita dapat menikmati pelbagai jenis juadah yang tidak dapat kita temui di luar bulan Ramadhan.


Pintu masuk ke Pasar Ramadhan Batu Gaja. Khemah tempat berjual didirikan oleh Majlis Daerah Batu Gajah.


Pelbagai jenis lauk-pauk disediakan oleh peniaga untuk menjadi pilihan para pembeli.



Apa jua juadah yang inginkan, tersedia untuk dibeli pelanggan.

Nasi ayam madu, puding dan juga karamel.

Usahawan muda yang ceria-ceria belaka.


Tempat menjual ayam panggang - pasti berasap, tetapi para penjualnya tetap ceria dengan jualan yang meriah. RM4 sahaja Yob.

Lagi ayam panggang.

Kuih-muih tinggal sedikit sahaja lagi.


Para peniaga suka bergurau dengan penulis, "Gambor masuk paper mana Yob?"

Roti John - ramai juga peminatnya.

Antara peniaga yang tak menang tangan, yob dan yong ini sebok dengan kuih putu bambu dan putu piringnya yang amat diminati ramai. Alhamdulillah - rezeki anak-anak dalam bulan Ramadhan.

Putu bambu Batu Gajah - agak berlainan bentuknya.

Buah Melaka, bukan buah orang Melaka.

Pelbagai pilihan air minuman untuk berbuka nanti.

Pasti ada yang melucukan kedua-dua yong kita ni. Rezeki bulan Ramadhan yang agak baik tahun ini.

Air kelapa muda pun ada.

Buah-buahan pun ada juga - rambutan, jambu merah dan mata kucing.
Usahawan berwawasan - sentiasa ceria menghadapi cabaran perniagaan.


http://idristalu.blogspot.com/

Ahad, 21 Ogos 2011

Pasar Ramadhan Batu Gajah - Bahagian Pertama

By Idris  Talu
Petang tadi sempat melihat-lihat suasana di Pasar Ramadhan Batu Gajah. Keadaan di pasar cukup meriah, walau pun dalam keadaan berpuasa, peniaga-peniaga di situ kelihatan ceria, mungkin kerana barang-barang yang dijual cukup menerima sambutan pembeli.


Pelbagai jenis kek dipamirkan untuk dijual.

Ini bukan berniaga periuk, tetapi lauk pauk di jual dalam periuk-periuk kecil yang comel.

Makanan yang dijual di sini harganya cukup berpatutan, tidak mahal.


Mertabak gajah (besar) di Batu Gajah.


Senarai harga makanan yang dijual - dipamirkan, pembeli boleh memilih kesesuaian makanan dengan wang yang masih ada dalam kocek mereka.


Usahawan kecil, termuda - bakal usahawan berjaya di masa depan.



Senyuman manis peniaga, lambang kegigihan peniaga di samping menjaga keharmonian komunikasi yang baik dengan para pelanggan.


Pasti produk jualannya cukup baik, kalau tidak tentu tidak ramai yang mengerumuninya.


CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran