TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 31 Ogos 2011
Ibu Penulis Berpulang ke Rahmatullah
Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Allahyarham ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa, 01 Syawal 1432 Hijriah bersamaan 30 Ogos 2011 setelah uzur tua agak sekian lama.
Allahyarham meninggal dunia di rumah adik penulis, Puan Asiah binti Ismail di kampong Gua Badak, Lenggong.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid Kampung Gua Badak sekitar jam 5.58 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut juga.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Allahyarham dan menempatkan ruhnya bersama ruh-ruh orang yang beriman.
Al Fatehah untuk Allahyarham.
Idris Talu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Ismail Talu Pada musim kering dan panas begini - yang dijangkakan akan berakhir sekitar bulan May nanti, alangkah enaknya di waktu ...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
-
Tempat Berehat Tumpuan Pelancong By Idris Talu Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam s...
-
Buya Hamka ketika menerima gelar Doktor Honoris Causa dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ket...
-
By Idris Ismail Talu. Mesin untuk membentuk getah keping terdiri dari dua jenis. Yang pertama seperti di bawah, digunakan untuk menipiskan d...
6 ulasan:
Salam Takziah dari tw semoga bersabar dan tabah hadapi ujian Allah kerana kehilangan bonda tercinta, semoga roh Allahyarhamah bersama roh-roh solehin dan solehah..Al-Fatihah...
Al Fatihah dan Takziah...semoganya disisi orang2 solehah
Tuan Haji Arshad di Makkah,
Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Terima kasih Tuan Haji.
Wassalam.
Tokwan Matarun,
Amin. Terima kasih TM – memang amat terasa kesedihannya. Maklumlah kami kehilangan bapa di umur enam tahun, kepada ibu sajalah tempat kami mendapat kasih sayang. Semuanya adalah rahmat Allah belaka kepada hambaNya.
Wassalam.
Salam Takziah, semoga roh Allahyarhamah bersama roh-roh solehin dan solehah..Al-Fatihah...
Daripada,
Lailatulkadar
En. Laila KPAS,
Terima kasih atas doa untuk aruah ibu saya.
Amin ya rabbal ‘alamin.
Wassalam.
Catat Ulasan